Monday, May 2, 2011

MaTriKuLasi OR DipLoma!!! -_-"



Baru-baru ini result kemasukan pelajar ke matrikulasi sudah keluar...kebanyakan student sukar nk buat keputusan...kata orang belajar dimatrikulasi nie susah nak skor..Klu saya Online kat FB, ramai Adik2 yang mendapat tawaran matrik meminta pandangan..antaranya..akak klu stdy akaun kat matrik susah ker??...berapa pointer minimum?? macam maner cara study?? ish2  em..macam2 la.. but it is normal dalam membuat keputusan...
BIaR BeRsuSAh-SusaH DaHulu...

Dalam hidup ini, hendak mencapai sesuatu kejayaan tiada jalan pintas.Jalan menuju kejayaan mesti menempuhi banyak kepayahan dan pengorbanan.Hendak mengejar pangkat,perlu berusaha lebih dan tingkatkan prestasi.Hendakkan segulung ijazah perlu gigih dan bersungguh belajar.Bagaikan mengejar mutiara di lautan, terpaksa menyelam ke laut dalam yang penuh dengan bahaya.

   Ketika salah seorang adik mendapat tawaran ke kolej matrikulasi, hatinya berbelah bagi sama ada hendak menerima atau menolak,kerana dia juga mendapat tawaran memasuki IPTA dalam jurusan diploma.KAKAk bertanya berkenaan alasannya menolak tawaran ke matrikulasi.Bukankah ia jalan pintas untuk mendapatkan ijazah tanpa perlu mengambil diploma?

BUANG TANGGAPAN NEGATIF
 "Orang kata pelajaran di matrikulasi susah nak skor.Ramai kawan ina tak terima tawaran tu, sebaliknya memilih ambil diploma."
  " Jadi kamu ni hendak ikut apa kata orang ya? kenapa tak cuba dulu? Tiada perkara yang senang dalam dunia nie.Bukankah kita ada Allah S.W.T. yang akan membantu jika kita berusaha?..
  Begitulah dengan sikap kebanyakan orang kita yang lebih suka mendengar kata orang daripada mencuba dan berusaha,SEpatutnya jangan peduli sangat apa kata orang,Jangan akhirnya kita memilih sesuatu yang senang hanya kerana tidak mahu merasakan kesusahan dan cabaran.Akibatnya terjadilah lambakan penganggur yang susah mendapat pekerjaan.
 kata yang pernah mengugatkan hatiku untuk masuk matrik
"Abang dulu student matrik juga, matrik nie susah klu x dapat 4 flat susah nk apply medic, Accounting, & kos yang kita nk..kawan abang pointer 3.7..student science hayat degree jst dapt tesl..
abang pun dapat course...
ada kata sampai xsempat makanla...jadual pad giler LA..jangan hiraukan k..ambil yang positif tolak yang negatif.


Tetapi dengan hatiku tekad nk masuk matrik juga salah satunya cz nk grade cpat..hehe...tetapi permulaan memang betul apa yang diorg cakap..rasa letih pun ada, putus asa, menyesal pun ada...tapi atas nasihat parent & sister saya, saya mula bangkit & semangat mula tumbuh dalam diri ini...YUP. NOW saya perlu strategi..setiap masalah pasti ada penyelesaian..sy perlu bijak bertidak...sy bijak kenapa perlu ikut & dengar kata2 yang melemahkan...CHAYOOOOKKK..Aku mula buat penyusunan jadual..mmg padat la..TP klu diingatkan aku hanya 10 BUlan jer kat matrik nie, xkan dapat klu x usaha...jadual biasa kat matrik biasa habis kul 5..rehat kul 1-2..maSA  nie akan guna sebaiknya baiknya kebiasaan klu ada rehat kul 12 sy akan Khailullah( wajib tdo sekejap nk kumpul tenaga utk bgun thjud & stdy),makan & solat...kul 2 sambung kelas balik..petang biasa siapkan homewark...sy biasa x makan malm so no prblemla..jimat masa..mgrb break skjp solat pah isyak smbung stdy balik smpai kul 12..& kul 4.30 bangun..klu x faham esk g jupe lectre tnye jgn tangguh tau...jangan ikut klu x biasa, setiap orng lain cara..cuba reka cara sendiri pun boleh...Alhamdulillah walaupun letih sy tingkatkan hbungan dengan Allah,InsyaAllah Allah akan bg kekuatan..perlu percaya pada-Nya.

KURANG PERCAYA KEPADA ALLAH S.W.T
 Dimanakah keyakinan kita kepada Allah s.w.t, bahawa dia al-razzaq iaitu maha memberi rezaki.Yakinlah bahawa Allah s.w.t. telah menjamin rezeki setiap anak adam.Cuma kita dituntut supaya berusaha dan membuat sesuatu dengan sebaik-baik pelaksanaan.
  Jika awal-awal lagi kita sudah menolak sesuatu peluang kerana takutkan kesusahan,orng lain pula berebut-rebut mengambil peluang dan ruang tersebut.

adik-adik yang dikasihi
  Tetapkanlah matlamat yang kita ingin capai dalam hidup ini.Fikirkan masa depan yang cemerlang,kita akan menjadi apa yang kita selalu fikirkan.
  Berpegang teguh pada ajaran al-quran dan sunah supaya kita tidak terpesong jauh daripada landasan islam.Bersabarlah dengan setiap kesusahan,kegagalan atau rintangannya kerana Allah s.w.t akan memberi ganjaran kepada orng yng bersabar sebagaimana firman-Nya bermaksud;"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah berita gembira kepada org yang bersabar" ~surah al-baqarah 2:155~
  Cabarlah diri untuk melakukan yang terbaik.Misalmya lebih banyak membaca, bijak mengatur masa,solat pada awal waktu , bijak menyusun strategi,lebih berdisiplin dan sebagainya.Jika gagal,carilah kelemahan sendiri dan baikinya.Belajarlah daripada pengalaman orang telah berjaya.
  Bersusah-susah dahulu bersenag-senang kemudian.Semoga kesusahan atau kepayahan yang dihadapi hari menjadikan kita insan yang mempunyai semangat juang yang tinggi.Dengan semangat juang itulah kita akan menjadi orang yang berjaya..InsyaAllah.....Good luck, buatlah pilihan terbaik, solat istikarah itu penting ^_^

No comments:

Post a Comment