Monday, January 17, 2011

CINTA OH JODOH

Tamat sudahhh ….cerita ‘Aku Masih Dara’. Pada yang masih belum tengok, tengok lah…tapi ingat scene yang bagi  cam keterlaluan tu pandai-pandai la klik button skip forward ke depan. Yang penting sekali, ambik pengajaran dan pelajaran yang terkandung dalam cerita tersebut. Apa yang ana dapat lihat, dalam cerita tersebut banyak menyentuh bab ‘hati’ dan ‘prinsip diri’.sebenarnya ana tak tengok pun citer nie tapi entah banyak sangat komen dari kawan2 tentang citer nie...so ana ambik peluang la jugak apa yang diorang kata kan tue...jadi conan sekejap..huhu

ana ada la jugak perasan, cerita ni ada persamaannya dengan cerita ‘Syurga Cinta’. Rasanya semua dah tengok kan…beza nya dengan filem Aku Masih Dara hanya pada permainan watak. ana masih teringat mesej yang terkandung dalam filem Syurga Cinta (kalau salah betulkan ye).

-“Cinta itu adalah permulaan jodoh. Cinta itu terbahagi kepada tiga. Pertamanya, jodoh dari syaitan; Kamu (lelaki dan perempuan) berkenalan, berpegangan tangan dan terus buat maksiat. Akhirnya wanita tersebut mengandung kemudian baru kamu menikah. Yang keduanya, jodoh dari jin; Kamu berdua berkenalan, dan kamu sukakan wanita tersebut dan wanita itu tidak suka kepadamu. Maka kamu bomohkan dan sihirkan dia supaya dia suka kepada kamu dan kemudiannya kamu bernikah. Yang ketiganya, jodoh dari Allah; Kamu berdua memandang antara satu sama lain, terus menusuk ke kalbu, dan kamu terus meminanginya dan dia terima pinangan kamu. Kemudian kamu bernikah, insya-Allah berkekalan keakhirnya. Itulah yang dikatakan ‘syurga cinta’.”

Dan dari filem Aku Masih Dara pula,

-“Setiap perempuan mempunyai 9 darjah keaiban iaitu ‘malu’. Apabila kesemuanya darjah keaiban itu hilang dalam diri seorang wanita, maka rosaklah akhlaknya. Berlakunya maksiat, penzinaan, dan semuanya itu adalah dosa-dasa besar - . bila adanya dosa-dosa besar susah untu kita mendapatkan ketenangan dalam diri. Sementara itu seorang lelaki itu memiliki 1 darjah keaiban. Sebab itu seorang lelaki itu suka mendesak, suka merayu, menzalimi wanita, memperdayakan wanita dan mempergunakan wanita.”

Selain daripada itu, sekadar nak kongsi apa yang terlintas di fikiran ana berkenaan dengan scene-scene yang mana memang tak patut dan jelas-jelas haram dalam Islam. Bukan sekadar cerita ini, tetapi mana-mana filem orang kita pun pasti adanya, dan memang menjadi kebiasaan dalam masyarakat saudara yang seagama dengan kita. Contohnya apa? of course  bab menutup aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan lain-lainnya. Pasti ramai yang menganggap hal ini normal dan perkara biasa yang tak perlu diperbesar-besarkan, sebenarnya dalam agama kita ia adalah perkara yang tidak normal dan jelas-jelas sekali dilarang dalam Islam. Ramai orang-orang kita melihat perkara ini dari sudut budaya hidup tapi bukan melihat daripada kaca mata Islam. Makanya, kita perlu mengubah mindset diri kita supaya tidak melihat dan menilai sesuatu perkara itu hanya melhat kepada suasana dan cara hidup masyarakat setempat tetapi melihat melalui kaca mata Islam.

Apabila seseorang itu bergelar seorang muslim dan mukmin, wajib keatas kita mematuhi segala yang dianjurkan syariat. Taat dan patuh kepada perinta Allah, dan meninggalkan segala yang dilarang oleh-Nya. Kesilapan yang berlaku diantara kita, terlalu mudah dan suka buat perbandingan dengan orang lain.
Misalnya;

A: Kenapa kau tak tutup aurat? Bukan ke tutup aurat tu wajib?
B: Aku tengok orang lain ada je yang tak tutup aurat. Cube tengok kat sana tu, siap pakai skirt lagi.

Daripada contoh dialog di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa, mereka ini tidak mengikuti atau tunduk kepada hukum Allah, sebaliknya mengikut hokum manusia yang hanya berlandaskan nafsu, dan berbicara dalam kejahilan. Maknanya, sebenarnya mereka tahu bahawa perkara tersebut salah disisi agama, masakan tidak…bukankah di setiap sekolah semua pelajar yang beragama Islam belajar Pendidikan Islam. Pernah saya post ayat ni (bab lain yep), “sebab diorang ikut mazhab ISA (Ikut Suka Aku)…”.

ana teringat seperkara, ustaz saya pernah cakap, macam mana nak tahu apa yang kita buat itu salah dan berdosa? Kita akan berasa bersalah dan tidak betul ketika hendak melakukannya. Contohnya, meninggalkan solat kerana urusan dunia. Memang tak dinafikan adanya orang-orang Islam sendiri yang tak menunaikan kewajipan ini sedangkan mereka tahu hal ini wajib, tetapi mereka tetap meninggalkannya kerana egonya tinggi dek kecetekan ilmu, kelemahan iman dan sifat takbur yang menebal dalam diri. Perkara-perkara inilah yang perlu kita elakkan dan wajib kita jauhi.


Pabila diri terasa jahil, Ilmulah cahayanya,
Pabila hati tidak tenteram, Al-Quran lah penawarnya,
Pabila iman mudah terlentur, Jaga mata jaga hati,

Pada kedua-duanya perlu dijaga…

Kerna hati raja kepada jasad yang bernyawa,
Dan mata senjata permainan syaitan yang berbisa.

diedit n ditambahbaikan oleh ana dr seorg editor ^_^

2 comments:

  1. saya baru tgk cite ni. walaupun saya lelaki, tp saya menangis tgk cite ni. and blog awk, first result bila saya search "9 darjat keaiban wanita" kt google. saya suke blog awk. best. i followed you. nice to know you.
    Salam

    ReplyDelete