Saturday, July 30, 2011

Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan!!!

╲╭━━━━╮╲╲╭━━━━━━━━╮
╲┃╭╮╭╮┃╲╲┃Selamat menyambut
┗┫┏━━┓┣┛╲╰┳Ramadhan ♥
╲┃╰━━╯┃━━━╯╰━━━━━━ ╯
╲╰┳━━┳╯╲╲╲╲╲╲╲╲╲
╲╲┛╲╲┗╲╲╲╲╲╲╲╲╲...
 Ramadhan karim
Ramadhan datang lagi
bersimpuh malu antara bulan mulia
dan aku menyahut cintamu
membersih noda dan dosa


aku lihat kau tersenyum berseri
memberi nikmat dan syafaat
terangmu membawa cahaya
dimalam suci menanam taqwa
menyubur jiwa


aku ingin tersenyum padamu, ya Ramadhan
terimalah senyuman tulus ikhlasku
moga hati ini dekat padaNya




Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran kita rafakkan ke hadrat Allah swt kerana kini kita makin menghampiri bulanNya yang terlalu istimewa, iaitu Bulan Ramadhan AlMubarak. Dalam beberapa hari saja lagi, seluruh umat Islam akan ‘berpesta’ menyambut kedatangan bulan mulia yang dinanti2kan saban tahun. Benar, kita belum tentu lagi dapat bersama dengannya kali ini, kerana ajal dan maut, tiada siapa yang mengetahui, kecuali Allah. Namun, Ramadhan tetap akan menjengah jua (insyaAllah), maka rugilah sesiapa yang belum bersedia menerimanya…
                       Dan tahun ini juga saya sangat bersyukur berpeluang berpuasa Full di rumah bersama-sama ayah & bonda tercinta,dapat solat terawih di masjid yang paling ku suka iaitu dimana lagi klu tidak di masjid putih, kuala terengganu..masjid nie terletak di tengah-tengah bandar KT..kenapa erk saya suka sangat dengan masjid nie...of course kerana iman dia besttttttt sangat2 ( iman mesir) bila dia mengimankan solat seolah-olah saya nie solat di MAkkah tau..dapat hayati surah yang dibaca terkadang tue menitik air mata ketika solat...agaknya terlalu menhayati bacaannya..tahun lepas langsung tidak berpeluang solat berjemaah nga iman mesir Alhamdulillah tahun ini Allah masih mengizinkan lagi...


Ayah : bulan ramadhan nie ayah kena iring iman palestinla, dalam 10 orang akan datang, pastu akan kena iringi diorang ke masjid yang ditetapkan..nie under HALUAN


si anak : alaaaaa...ayah orang baru tahun nie nak solat kat masjid putih tue jew..x nak da g masjid lain cz iman dia best sangat2...tolong la suruh orang lain jew wat keje ayah tue..please, tahun nie jew k


Ayah : okla..6t ayah tengok balik jadual dia macam mana


si anak : yes2..ayah cuba tau, orang harap sangat nie, rindu kat iman mesir nie..hehe... da la tahun lepas full puasa kat kedah..tahun nie klu boleh  nak jugak..ayah cuba la yep ^^


*walaupun rumah dekat jew dengan masjid Kristal ( ada aircond, comel & ade iman mesir)..masjid putih tetap pilihan ku..kenapa???.,,hehe, jawabla sendiri



   < nie la masjid putih ( nama glamornya)..namanya masjid Abidin>
Yang pastinya puasa kat ganu memang bestla...siap ade bunyi bedil ( tembakan meriam) setiap kali masuk berbuka & sahur...dom..dom...dom....baZAr dengan rumah pun dekatla.
Tapi....apa-apa pun bulan ramadhan nie kita klu bolehla jom kita pimpin diri kita menuju oasis ramadhan k..
• Memperbanyakan taubat dan istighfar kepada Allah S.W.T. Memasuki bulan Ramadhan ini dengan jiwa dan hati yang bersih, putih dan jernih.
• Berbaiki hubungan dengan orang lain dan lupakan segala sengketa. Jadikan ia sebagai medan bermaaf maafan.
• Meminta keampunan dan kemaafan daripada kedua orang tua . Banyakan istighfar dan sedekahkan doa untuk mereka.
• Belajar dan fahamkan Fiqh Saum ( Puasa). Telaah kitab, lihat dan rujuk buku-buku karangan ulamak muktabar.
• Memperbanyakan amalan soleh. Gempurkan diri dengan ibadah-ibadah sunnat tanpa mengabaikan ibadah yang fardhu.
• Menanam azam untuk menghidupkan semua amalan soleh di dalam Bulan Ramadhan.
• Membaca Al-Quran. Letakan target secara ansur maju untuk mengkhatam Al-Quran.
• Memelihara solat berjemaah terutamanya di masjid.
• Perhebatkan amalan-amalan sunnat dalam kehidupan.
• Merancang untuk melaksanakan iktikaf di masjid pada 10 akhir Ramadhan.
• Menjauhi amalan-amalan kefasadan dan kemungkaranterutamaan yang melibatkan anggota pancaindera kita.
• Perlu memelihara dan menjaga hati kita daripada dosa-dosa, maksiat-maksiat dan noda-noda
.

Friday, July 29, 2011

See U di IPT

Malas nak pikir barang-barang keperluan yg perlu dibawa sebagai persiapan menjejakkan kaki ke U???? jangan risau :) kami sedia membantu anda :) hahaahahahahahahahahhaha :):):)



1. surat tawaran
2. bace syarat-syarat dan buku panduan kemasukan ke universiti (online)
3. prink SEMUA borang-borang dan maklumat pendaftaran
4. sediakan 8 keping gambar ukuran passport
5. fotostat IC dan surat beranak (3 keping in case diperlukan)
6. print slip gaji mak ayah (2 keping in case diperlukan)
http://www.anm.gov.my/main.php )
7. beli no. pin PTPTN di BSN
8. bace syarat-syarat permohonan PTPTN (http://www.ptptn.gov.my/gateway/docs/terma%20dan%20syarat_26052011.pdf )
9. apply PTPTN 
10. try apply any scholarship yang layak untuk dimohon
11.jangan lupa juga result medical cheakup 

okey!done pasal maklumat-maklumat penting :) now kite check plak bout barang-barang harian yg kite akan gunakan mase kat U nanti :):):)

SHOWER!!
1. tuala mandi n tuala muka ( 2 helai )
2. shampoo
3. sabun mandi
4. berus gigi
5. ubat gigi
6. kain basahan ( especially for girls - untok keselamatan diri )
7. sabun basuh baju
8. softlan
9. berus basuh baju
10. berus badan
11. pencuci muka
12. cebok
13. timba
14. hanger
15. sepit baju
16. penyidai bulat untok baju n seluar kecik
17. selipar toilet
18. sabun n sponge cuci pinggan

UNTOK BILEK TERCINTE!! :)
1. cadar katil , sarung bantal , blanket @ selimut ( 2 set - in case terkencing atas katil kerane ketakutan! hahahaha )
2. bantal dari umah ( senang ciom klu rindu family )
3. bantal busuk ( hahahaahhahaahahahahahahahahha )
4. jam loceng ( henpon pon bulehhh!! :) )
5. selipar bilik
6. jam dinding
7. penyapu n penyodok sampah
8. bakul sampah kecik
9. tikar kecil
10. mop lantai
11. beg plastik sampah
12. box makanan
13. milo @ nescafe @ chocolate drink
14. biskut @ maggi @ coklat
15. kain burok
16. large polycarbonate water bottle ( untok bekalan air dalam bilik )
17. kunci mangga untok almari
18. cermin
19. penggantung seluar
20. lapik kaki untok letak depan pintu bilik
21. extension , soket letrik , iron ,  (barang haram weehhhh!!hahahahahahahaha)

STUDY!!
1. pembalut meja study n softboard ( baru semangat nak study! )
2. buku-buku revision mase kat matrix dulu yg masih boleh digunakan
3. JANGAN BAWAK NOTES LAME! NANTI KAMU MALAS BUAT NOTES BARU!!!
4. alat-alat tulis @ pencil case
5. Campbell ( sape ambek BIO! cewah! )
6. paper kaler n pen warne-warni ( semangat buat notes )
7. paper A4
8. pencil kaler
9. lampu meja study
10. pelapik kerusi study ( soft n flat cushion )
11. test pad
12. fail
13. calculator
14. meja kecik @ meja jepun untok study atas lantai (suke ati nak bawak ke tak)
15. AL-QURAN

LECTURE!!
1. baju kurung , jubah
2. blouse
3. baju melayu
4. kemeja
5. t-shirt kolar
6. seluar slack
7. t-shirt lengan pendek @ panjang
8. tracksuit
9. beg kuliah
10. kasut kuliah
11. kasut sukan
12. stokin
13. tudung @ shawl
14. tie , belt , songkok
15. small polycarbonate water bottle ( WAJIB BAWAK!! JANGAN SONGLAP AIR ORANG!! )
16. alatan sukan
17. gula-gula (PENTING BILE MENGANTOK!!!)
18. sweater (konon lecture hall sejuk! hahahahahaahahahahahahaha)
19. key @ handkerchief @ sapu tangan
20. cap

LEPAK-LEPAK!!
1. t-shirt n seluar harian
2. sandal
3. selipar
4. pad kotex or others (for girls)
5. sejadah
6. telekung 

OTHERS!!
1. laptop n accessories
2. charger handphone
3. barang-barang makeup
4. pencukur janggut n krim nye skali
5. bakul kecik tempat letak barang makeup
6. broadband (macam penting!wifi U lambat kot)
7. purse @ dompet
8. IC , kad bank , lesen
9. DUIT
10. cawan , sudu @ garfu , mangkuk , tupperware , pinggan
11. tisu muke n tisu kotak
12. GAMBO MAK AYAH ADEK ABANG JUGE KAKAK :):):) hahahahahahahahhahaha :):):)

YANG PALING PENTINGGGGG!!! BELI KEPOK PEDAS GANU BANYAK-BANYAK!!!KITE KENDURI DALAM BILEKKKK!!!! HAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA :):):)

hope, ini dapat membantu kawan-kawan  sume :)  ♥nie sekadar list yang perlu ade kat bilik korang jew, ade juga yang tak penting bagi korong tapi pandai-pandaila yerk..good luck ok. 
SEE U DI IPT ^^ 



info:Sayha Nasir

Saturday, July 16, 2011

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan....♥♥♥

Alhamdulillah...hasrat & hajat untuk terus berada dalam bidang akaun tercapai jugak terima kasih yer ^^ .