Saturday, January 19, 2013

PERJALANAN DI BUMI TUHAN, BEIJING (PART 4)

Assalamualaikum...bertemu lagi kita di part ke 4

Seterusnya, saya akan kongsikan pengalaman saya hari kedua sepanjang di Beijing.

 Hari ini kami keluar lebih awal dari semalam kerana banyak tempat akan kami lawati. Sedih-sedih hari ini bangun lewat lagi dalam jam 4 lebih baru terbangun. Tengok-tengok orang beijing pun sudah perpusu-pusu naik keretaapi untuk ke tempat kerja. Astagfirullah A'azim, iman tak berapa mantap hari nie kot.

Sebelum memulakan ekspedisi kami bersarapan pagi terlebih dahulu.

 Tempat pertama menjadi sasaran kami adalah pusat jed & kristal.




Oleh kerana pusat Jed & Kristal terletak jauh dari kota Beijing iaitu memakan masa dalam 40 minit. Mr.Liew ada kongsi sedikit tentang kehidupan orang-orang di beijing. Sepanjang perjalanan kami nampak kereta-kereta, bangunan-bangunan. Beliau akan cerita about this. Pada mulanya kami plek la juga kenapala banyak sangat kereta di bawah jambatan, bertambah plek lagi semua kereta itu bukan calang-calang kereta. Semuanya jenis mewah tetapi sudah berhabuk dengan debu. Kata Mr.liew, di beijing kereta di Beijing sangatlah banyak tetapi tidak boleh dibeli sehinggalah mendapat perintah/ kebenaran dari pemerintahnya. Perintah itu akan diwar-warkan di internet dan biasanya harga kereta mereka 60,000 Yuan. Harga minyak juga lebih mahal dari tempat kita iaitu 7.50 Yuan untuk 1 liter, katanya pemerintah harus buat demikian bagi mengawal pengunaan kereta di Beijing. Sebab tue bila kita lihat tidak banyak kereta digunakan. Motosikal lagila tak boleh digunakan just motosikal yang guna bateri jer boleh guna untuk kawal pollution. Trak /lori pula tak dibenarkan masuk waktu siang, sebelum 6 pagi wajib keluar dari kawasan bandar (cara ini bagi mengawal trafik, waa bila dengar explanation beliau tabik spring pun ada, bagus betul planning diorang). Rumah vila disana jika dilihat sangatlah mewah, harganya juga woww...10 juta Yuan jika dibandingkan dengan harga sebuah flat pula 1.5 Juta Yuan just terdapat 2 bilik.






Jed!!!

20 ribu tahun dahulu, semasa dinasti Ming & Ching, Perhiasan jed mempunyai kepercayaan mampu memberi tuah dan tidak semua orang boleh pakai seperti kita lihat pada hari ini, hanya orang di pejabat tinggi dan kerabat diraja sahaja boleh pakai. Di pusat ini kami diajar bagaimana mengenal pasti jed Asli dan palsu. Dimana jed asli apabila dilagakan dia akan menghasilkan bunyi yang lebih nyaring.




Seterusnya, kami dibawa tempat yang paling famous, dan tak lengkap ekspedisi jika tak pergi tempat nie, iaitu Great Wall!!!!!!!!!!!!, sebelum sampai, tengok dari jauh pun rasa kagum sangat-sangat.. macam manalah diorang boleh bina tembok nie sepanjang 15, 000 KM diatas gunung & kukuh tahap first class plak tue... hanya sebut subhanallah jerlah apabila melihat ciptaan Allah kerana bagi mereka ilham dan kekuatan untuk siapkan binaan tembok nie.



Great wall ini telah dibina sejak 200 tahun dahulu semasa pemerintahan Dinasti Ming, dibina disebabkan bagi mengelak serangan musuh Mongolia. Oleh kerana Pembangunan sedang berlaku, sebahagian Great wall terpaksa dirombak bagi tujuan pembinaan jalan raya & bangunan, sekarang tinggal hanya 2000km. Buat pengetahuan kalian Beijing sebenarnya 68% dikelilingi oleh gunung- ganang.

Anda semua dinasihatkan jika nak beli something, tidak digalakkan beli di kaki great wall sebab terlalu mahal & pembelinya sedikit sombong bila kita nak berunding harga.



Next, setelah melelahkan diri mendaki kami dibawa rehat, lunch & solat terlebih dahulu di restoran international. Restoran ini sangatlah mewah, dan layanan pun Alhamdulillah, surau dia pun sangat bersih ( boleh bagi Gred A). Tetapi apabila sesi nak ambil wudhuk & buang air, yang terkejutnya air dia sangatlah panas, wow..wow...berasap, apa-apa pun terpaksalah tahan sampai kemerahan kulit kami. Bila nak masuk toilet diorang, siap ada pelayan dia hulur bagi selipar dan tolong susun selipar kita. Ya Allah segannya, layanan First Class nie....



Next kami, di bawa ke Burning Cream Center. Dalam perjalanan Mr.Liew say nanti akan ada pertunjukan dimana ada orang akan bakar tangan dia ( kami semua tercegan, haih.... ada juga orang yang sanggup buat macam tue erk)...










Sampai jer disana kami disambut seorang lelaki dan diiringi beberapa oranng pembantu perempuan bagi sesi untuk promote produk mereka. Tetapi yang pastinya Apabila si Lelaki ini mula berbicara, seolah-olah menjadi bahan lawak plak , bukan apa beliau cuba bercakap bahasa melayu ( indonesia) tetapi perkataan yang diguna kadang-kadang ada part tak sesuai digunakan. Pada pendapat saya, dia just menghafal skrip yang diberikan, sebab apa dia cakap sama apa yang diexplain oleh pelancong malaysia yang pernah pergi ke sana. Aksi-aksi yang ditunjukkan, aduhhh...sakitnya...( tutup mata sebelah bila tengok)

Next, kami dibawa ke upacara minum teh di Tea House. Kedatangan kami disambut beberapa orang pelayan perempuan & dibawa ke bilik Khas. Apabila masuk jer dalam bilik nie terus otakkku imagine seperti berada dalam cerita China dimana sebuah family mengusaha ladang teh sehinggala menjadi pembekal terbesar di China, pernah ku layang semasa sekolah rendah (tak ingat tajuk cerita tue apa) Disini kami diajar bagaimana nak hidang teh, pegang cawan & kami berpeluang merasa 4 jenis perasa semuanya.











Next, tempat last kami pergi hari ini adalah Wangfujing street merupakan First tempat shopping kami lawati, Shopping ..yeay!!! pasar malam ini terkenal di kalangan pengunjung cina dan pelancong di Wangfujing street dimana ia terkenal dengan menjual makanan yang aneh dan jarang ditemui seperti serangga goreng, kala jengking, kuda laut dan cacing sutra. Tetapi apabila masuk di pasar ini terdapat bau yang kurang selesa dimana baunya dari makanan organ-organ dalaman haiwan atau disana lebih dikenali Sup babat. Banyaknya makanan... tapi tak berani nak beli...takut tak halal..sebab bila sampai di China mata saya tiba-tiba jadi buta huruf...Pengalaman paling best & mencabar saya dapat kat tempat nie...saya saje meloloskan diri...g shopping sorang-sorang, dan apa yang paling seram apabila masuk 1 lorong nie, saya sorang jer kot pakai tudung semua orang tengok saya macam mengancam, bagi nak kawal rasa takut cuba main hp & tangkap gambar banyak-banyak... Alhamdulillah selamat, masa nie takde sorang pun tau saya jalan sorang-sorang sehinggalah bertemu dengan Mr. Liew, terkejut dia bila tengok saya jalan sorang2... tempat shopping dia luas & banyak lorong, takut tak sempat nak shopping saya lebih memilih g shopping sorang-sorang. Sempat juga saya masuk kedai gajet ( Apple & kamera DSLR) , kedai coklat ( macam-macam coklat ada & kedainya sangat besar, tapi still x berani nak beli..huhu..huhu..), pakaian branded, kasut and .... tersangat best beli barang sorang-sorang + buat tawar-menawar dengan diorng.. wow..sangat mencabar (sabar jerlah). Walaupun jalan sorang2, saya tak sesat tau!! Sebab ada diantara kami jalan dah berpartner tapi still sesat, terpaksala tunggu diorang sampailah bertemu balik. Alhamdulillah pengalaman hari ini banyak mengajar kami.













Hari ini kami pulang lewat tak seperti yang dirancang disebabkan kes SESAT tuelah. Sebelum pulang ke hotel kami dibawa dinner dahulu. Sampai jer di hotel terus jer kami buat sesi post moterm. Bagi baiki balik apa yang perlu & peringatkan balik peranan masing-masing selaku peserta, moga-moga perjalanan keesokkan lebih berjalan dengan lancar berbanding hari ini. Malam ini, kami tak keluarlah sebab balik da lambat dan tambahan lagi keesokkan kena bangun awal, banyak tempat perlu jelajah lagi.





Thank you for reading this entry “)