Thursday, February 23, 2012

Masyarakat yang buta tak akan bangkit



"Jika generasi awal terdahulu menjadi kuat kerana keimanan, maka kita generasi kini jua harus kembali kuat dengan berbalik kepada  mencapai KEIMANAN "-Dr. Abdullah Sudin.

Tersentak melihat mereka mula bangkit mempertahankan Islam, berjuang habis-habisan kerana-Nya..tapi saya kat sini hanya mampu berdoa....tapi  "DOA sahaja tak akan mengubah apa-apa"

 “Kita lihat hari ini orang Islam berdoa supaya Allah menghancurkan Israel, memusnahkan tentera-tentera mereka dan menurunkan bantuan kepada kita. Tetapi, ingatlah semua bahawa, doa tanpa usaha tidak akan membawa apa-apa makna.”

Kita boleh membantu mereka....tetapi adalah dengan kita sendiri mengubah diri kita dahulu menjadi dengan lebih baik dan membawa sahabat-sahabat, keluarga dan masyarakat kearah pemantapan aqidah, fizikal dan mental.

...Khaled Mesyal, salah seorang pemimpin HAMAS ditanya oleh wartawan, apakah bantuan yang sepatutnya dihantarkan kepada palestin?

Khaled Mesyal ketika itu menjawab, "Binalah ummat di kawasan kamu, itulah dia bantuan terbesar buat kami disini , selain doa dalam Qiamullail yang kamu dirikan."

 ~ semoga Allah berikan kekuatan pada diri ini dalam memperbaiki diri menjadi hamba yang lebih baik....Aku berjuang hanya di medan peperiksaan ( menuntut ilmu), tapi mereka berjuang dimedan peperangan, setiap hari ada yang syahid....mereka langsung tidak mengeluh, tapi AKU hanya diuji sedikit sudah... =_="............~