Monday, September 10, 2012

Tanyala CiK Braces


Assalamualaikum tak jawab dosa......

owh..lame tak update blog, cerita travelog  for next next day at beijing pun tak habis lagi..i'm busy lor (mengalahkan PM kita busynya)..pasal braces nie pun sudah lama tulis cuma dalam draf tidak di publish jer..so alang-alang tue publish jerla...Ceritanya begini, Sejak start pakai braces nie ramai plak peminat yang bertanya pasal my braces. Biasanya soalan dia berbunyi Cantiknya gigi dia berwarna- warni ( haha..naik segan betul bila ade yang suka memuji nie, yang suka pujinya bukan budak besar jer, adik-adik yang umur 3-4 tahun pun ada yang baby plak nak main sentuh-sentuh plak.... ), 'Sakit tak pakai braces? Kena cabut gigi tak? Berapa batang kena cabut? Macam mana prosuder nak pakai?

Orang Malaysia, sape tak tahu sangat terkenal dengan sikap fobia yang amat ketara. Iaitu fobia pergi klinik gigi atau jumpa dentist. Selagi gigi tak goyang, selagi dapat tolerate sakit gigi, selagi tu kental tak akan jejak klinik gigi. Jadi disebabkan kekentalan yang tidak berbelah bahagi ni, maka rakyat malaysia macam kurang exposure sikit pasal oral hygiene. kan...kan...kan... macam sayala, times kecik-kecik dulu gigi sudah goyang tak nak cabut, sampai main kejar-kejar plak dengan Ummi.. tengok sekarang gigi jadi tak cantik and terpaksala cari pengubatnya...pakai braces...

Baiklah, hari nie saya just nak cerita pengalaman pakai braces, tak nak la cerita scietific fact yang boleh korang tanya abang google. Pengalaman nie tak boleh dijual beli just saya jer yang merasai, terasa rugi plak tak dikongsi-kongsi kan.

Next...
Saya Izzah Amanina Binti Abdullah (kali nie kena tulis dengan detail sebab teringat plak ada orang kena sound tak sebut nama penuh time driving test JPJ hari tue, so hari ini nak try praktikla) sudah pakai braces hampir 1 tahun lebih, pakai braces sebab ada gigi tak nak keluar..hah!!, macam pelik jer kan dengar...

 Kisahnya begini, dahulunya gigi saya tak straight macam korang, yerla masa kecik gigi da goyang tapi still tak nak cabut. Da besar jadi complecated plak (padan muka kan ). Bila x-ray nampak ada gigi taring kekal kat dalam gusi tak nak keluar & gigi susu tak nak goyang2 (da berumur still ada gigi susu, nurse gelak jer).  Bila da masuk high school terikut-ikut dengan rakan sekelas buat braces, teringin sangat so cakapla kat my parent..Alhamdulillah selepas sesi membodek My Big Boss (ayah )  nak taja my braces, hati sangat girang.

Cara nak buat braces ada 2 cara

Private

Jika kat area Kuala Terengganu, setahu saya just ada satu klinik yang buat, “ Klinik Hamidah, jalan Air Jernih”. Tapi mostly, harga pun cantik area 3k-5k, sekarang rasa sudah up sedikit kot tapi bayar bukan serentak semuala. Setiap kali appoinment biasa kena charge 100 keatas, ini mengikut apa yang doktor tue buat kat gigi kita. Jika banyak dia letak kat gigi kita banyakla kena charge. Masa saya dulu, doktor just cheak biasa-biasa & buat appoinment pun da kena charge RM150

Goverment

Biasalanya kena Waiting list 2-3 tahun, macam saya daftar masa form 3, time masuk kolej baru nama dipanggil. Jika kira-kira hampir 3 tahunla. Firstly, kena pergi cheak gigi di klinik gigi goventment berdekatan. Cakap kat miss doc tue, “ saya datang nie nak buat braces”, pastu nanti cheakla gigi kita sama ada layak atau tidak terima rawatan ortodontik nie, jika layak dia akan cuci gigi anda, cabut & tampal yang mana patut. Setelah selesai dia akan hantar nama kita ke Klinik Ortodontik (sebelah HSNZ bagi area KT). Pastu tunggula 2-3 tahun sehingga dapat call dari pihak klinik. Jika bernasib baik dapatla. Tapi biasa gov nie lebih fokus kepada yang masih school – umur 18 tahun.



Pada mulanya, saya ikut prosedur govement seperti diatas pastu tawakal & doa banyak-banyak moga diri ini terpilih. Tapi tunggu sudah hampir 2 tahun nama tak naik-naik pun untuk dipanggil & hati pun da tak sabar untuk merasa braces nie pastu apa lagi pergila yang private . Nasib baik ada Big Boss yang baik hati nak taja.. Alhamdulillah, semasa proses nak pakai braces nie sedang digiatkan dapat panggilan dari nurse klinik ortodontik goverment  yang baik hati “ NAMA ANDA DIPANGGIL UNTUK.........” time nie tengah orentasi di kolej ( KTD)..hati nie melompat-lompat dapat pakai braces free, Big Boss plak kata selamat duit i.. but still kena bayar ok tapi lebih murah dari buat kat private klinik


Seterusnya candid sebelum hinggala pakai braces...

nie time sebelum operate and then....habis bengkak muka kesan bius, banyak darah ooo..




Warna braces (elastic band) kegemaran adalah pink/turquoise. Terasa macam baby-baby gituu..after eat, Cheaking time


SAKIT TAK PAKAI BRACES?
Kalau saya kata tak sakit. Penipula la kan. nampak sangat nak promote orang pakai braces haha! Sakit oooo. Tapi mula-mula je la. Sakit dia tolerable. Kalau korang pakai braces, ada 4 jenis kesakitan yang  bakal korang alami. 

1. SAKIT BILA PAKAI SEPARATOR - separator ni adalah penjarak gigi. orthodontic akan letak separator kat in between gigi geraham korang yang kuat tu supaya gigi korang jarak-jarak sikit. Separator ni dipakai before orthodontic fix braces kat gigi korang. Kiranya rasa sakit tu sekali je. Tahap kesakitan adalah melampau sampai tak boleh nak makan apa-apa. Lama kesakitan : 3-5 hari

2. SAKIT SEBAB ADA ULCER - ulcer ataupon nama kampongnye mate ikan akan mula menumbuhi mucous membrane, justin bibir & lidah. Tahap kesakitan adalah tahap tahap ayam jer kalau nak dibandingkan dengan kesakitan yang dialami ketika memakai separator. Kenapa boleh ada ulcer? Good question ladies & gentlemen. Sebab braces tu adalah besi yang dianggap foreign matter oleh cik mulut. Lagi satu, cik mulut menghadapi masalah adaptation yang menyebabkan brackett braces berlanggar-langgar dengan anatomy cik mulut anda. Lama kesakitan : 1minggu atau lebih bergantung kepada kehebatan cik mulut mengadaptasi

3. SAKIT SETIAP KALI FOLLOW UP SEBAB WIRE TERLALU KETAT - kesakitan ini akan datang menghampiri anda setiap kali anda balik dari follow up (sebulan sekali). Orthodontic akan ketatkan wire supaya gigi anda rapat. Tahap kesakitan bergantung kepada berapa ketat orthodontic tu nak. Rasa sakit dia macam gigi nak luruh. Lama kesakitan : 1-2 hari. pada mula pakai tue terasa macam nak cabut jer semua gigi nie sebab sakit dia tau-tau jerla kan...ouh, tak perlu mengeluh ok..jadilah manusia yang STRONG baru handsome ><

4. SAKIT SEBAB CABUT GIGI - haa yang ni ramai orang cuak. cabut gigi memangla sakitkan sebab gigi tu sihat, utuh & cekal. Tapi apalah sangat cabut gigi sebatang dua untuk kecantikan yang abadi betol? Bagi saya semua ni bergantung kat kecekalan semangat kita. Kalau ko pikir sakit-sakit dah tentu arah la sakit. Cuba la sekali sekala korang pikir, alangkah indahnya cabut gigi, akan kucuba jadikannya satu hobi di waktu senggang. Kan? saya dulu kena cabut 5 batang gigi. Geraham ok. Sebelum cabut gigi, kena 4 injection anestesia. Jangan takut Yang penting, tabah bro!
Oleh sebab saya nie Kes pelik sedikit terpaksala buat operate kat hospital, diberi bius penuh.. masuk bilik bedah jam 11 lebih keluar jam 4 lebih..uh, paling tak suka duduk kat hospital..boring kot



 SUSAH TAK NAK JAGA BILA PAKAI BRACES NI?
Tak susah. Yang penting follow up jangan miss ok. Follow up tu penting untuk determine progression gigi. Anyway, sebab pakai braces, jadi saya pakai 2 jenis tooth brush. 1 yang khas untuk braces (boleh cari kat guardian/watson) & 1 lagi interdental + listerine. Sebab pakai braces, makanan senang terlekat kat brackett, so it is advisable untuk beli interdental toothbrush supaya senang nak remove plaque. Saya kalau gosok gigi lama kot. 10 minit jugaklah. Lepas tu terus rasa penat,time mandi pun LMAO. Oh ya, saya pergi mana-mana mesti bawak mineral water + berus gigi jika rajin. You dont want that broccoli to stuck on your brackett dont you?



SEGAN TAK PAKAI BRACES?
Bangga. Asal nak segan? Eh jap jap pernah jugak segan masa cabut gigi tu kan. Gigi gongak wakakaka. Tapi bila gigi dah mula teratur, thats the sweetest thing ever baby. Memang la saya nak senyum sampai telinga. The thing is, bila korang pakai braces, orang akan pandang korang like korang ni alien. Korang kena cekal & build up your confidence level. Dorang pandang tu bukan sebab korang nampak bodoh atau buruk. Tapi its just that, braces tu jarang orang pakai & people tend to stare & menghayati keunikan braces itself LOL ! 

- - - - - - - - - - - - - - - -


Harap dapat membantu korang sedikit sebanyak ;) Sorry kalao terover. Anyway, bagisaya pakai braces tidaklah teruk mana pon. tidaklah sakit sangat. Sakit kejap je lepas tu okdah. Macam sekarang ni, memang saya dah tak rasa sakit langsung. Mungkin 6 bulan yang pertama je kot rasa uncomfortable lepas tu korang rasa selesa sampai rasa sayang nak bukak! So pada sapa yang nak berbraces tu, sila teruskan niat anda! Akhir kata, yang baik datang dari Allah & yang buruk itu datang dari saya sendri. Take care!




 Antara budak suka nak pegang my braces...aip tak boleh!





Thank you for reading this entry ! 



*sedikit Tip from blogger Fatin Liyana