Saturday, July 14, 2012

Hati Yang Tenang


Alhamdulillah....Alhamdulillah ramadhan datang lagi

Jom tenangkan jiwa untuk menyambut Ramadhan dengan penuh bahagia. Bersihkan masalah HATI  dahulu sebelum berjumpa RAMADHAN.

Sebagai umat islam, tiada istilah ‘jiwa kacau’ kerana kita mempunyai Allah yang maha Kuasa dan Maha mendengar. Jiwa pasti mempunyai tempat bergantung dan mengadu yang paling istimewa. Allah tidak pernah menolok rintihan dan luahan hambaNya. Senyumlah selagi nafas Allah kurniakan kepada kita insan pilihan. Hidup ini terlalu singkat untuk murung dan melayan perasaan tidak keruan.

Hati umpama kain yang putih
Jangan dicorok sedih dan rintih

Hati itu perlukan isi
Bukan hanya dengan fantasi

Hati itu amat sensitif
Usah biar selalu negatif

Bacalah selalu buku motivasi & fikrah
Sebagai panduan hidup berbudi

Hati itu perlu sahabat
Zikir dan Quran itulah ubat

Hati itu persoalan jiwa
Sebentar menangis sebentar ketawa

Pujukan iblis teramat kuat
Sabarkan hati tabahkan semangat

Jika sudah terlajur laku
Segera kembali kepada Yang satu

Sunnah-sunnah terus lakukan
Terkadung hikmah tiada bandingan

Dengan amalan yang istiqamah
Insya- Allah jiwa tiada gelisah

“ Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan keduakaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.” (Riwayat ibn Sunni No.351)

Hidup adalah pentas perjuangan dan salah satu antaranya adalah perjuangan ketika berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Kita tidak terlepas daripada berselisih pendapat , dan berbeza pandangan dengan orang di sekeliling kita.

plezzz... JANGAN lupa Target kita sempena RAMADHAN kali ini  >_<
 


Friday, July 13, 2012

CATATAN PERJALANAN DI BUMI TUHAN, BEIJING (PART 3)


Bersambung di part 3..
Assalamualaikum dan salam sejahtera... >_<

Nak update  part 3 nie memakan sedikit masa disebabkan oleh kerana beberapa kekangan
...memilih gambarnya  yang begitu banyak, apa tidaknya  Kolek punya kolek dari semua kamera totalnya sampai 56 GB..ish!, bergambar sakan kawan-kawan saya nie... nak buat susunan perjalanan yang seharian suntuk...+ kena siapkan kerja dokumentari yang sepatutnya hantar bulan 8 nie...tak campur aktiviti personal lagi.......

Teringat kembali kata-kata ini...

Sejuta penceritaan tidak akan sama dengan secalit kenangan yang terukir.."-Dr Hamdan

....apa yang saya ceritakan ini tak akan sama dengan pengalaman kita lalui sendiri... & banyak lagi nak dikongsi tapi..

Apabila duduk berbincang +berkawan  bersama-sama DR.hamdan, ustaz Razi, Ustaz Kasyf & puan isma selama di bumi Beijing ... macam-macam gelagat yang ada, sampai tidak rasa ada perbezaan antara student dengan lecture, yerla jika dalam bas siap main teki-teka, share & caring satu sama lain,makan satu meja, melawak entah apa-apa....tetapi dengan ini membuatkan hubungan kami & lecture semakin rapat. Jika sampai di sesuatu tempat dilawati saya lebih senang berjalan dengan my lecture, ( Dr.hamdan,Ustaz Razi , Pn.Isma or ustaz kasyf ) kerana bila  bersama mereka , mereka akan mengeluarkan pendapat, pandangan tentang sesuatu yang mereka lihat..ini membuatkan ilmu saya +++++ ( ambil  kesempatanla jugak)

Seterusnya ini antara tempat kami lawati pada 30/6....
  
PAGI ini kami mendarat di bumi Beijing, Alhamdulillah, cheak in hotel terus solat subuh & selesai mana yang patut then rehat di atas katil yang empuk + penghawa dingin ( Alhamdulillah,walaupun masa untuk rehat sekejap sahaja at least boleh menghilangkan sedikit rasa kepenatan )

Jam 7.30 kami berkumpul di Lobi hotel

Sementara tunggu kawan-kawan lain turun dapat juga beramah mesra dengan satu family dari malaysia, asal dari Syah Alam 





Sembang-sembang pasal serunding, iron &....

Macam mana entah tiba-tiba boleh keluar pasal serunding bagai. oppss...Aunty nie cakapla masa First day dia sampai, dia speaking dengan staff sana mintak iron, tapi kecewoo diorang tak faham pula, pening dia buatnya, entah nak guna language apa lagi (Negara Chinakan taat setia dengan bahasa bondanya). Seterusnya kami tawarla, klu nak kami ada bawa dari Malaysia jika nak pinjam bolehla datang bilik kami (siap bagi nombor bilik sekian2..)...bukan setakat Iron kami bawa segala mak nenek kami angkut dari malaysia (serunding, sambal,maggi, makanan, plat station...KEROPOK LEKOR pun ada, patutla beg overweight pun ) 

Walaupun baru jer kenal, tapi bersembang macam sudah lama kenal.. 

Seterusnya, sebelum bergerak ke First place destination yang patut kami lawati, kami break first dahulu di sebuah Restoran Muslim . Biasanya, orang jika sudah Cheak in di Hotel mesti ambil package makan di Hotel itu jugakan, tapi kami tidak, sebab makan di Hotel sudah tidak terjamin Halalnya, so terpaksala cari restoran di luar 




  Restoran Western Mahua

Restoran in terletak berdekatan dengan hotel penginapan so kami pergi naik bas yang memakan masa 15 minit . Jika di Beijing, untuk membezakan restoran muslim dengan restoran lain papan tanda dia mesti berwarna HIJAU (kebetulan sama pula dengan warna tema baju & banner kami...HIJAUKAN beijingla plak ). Walaupun ia merupakan restoran muslim, tapi didalamnya penuh dengan minuman arak ( bak kata Ustaz Razi : klu dekat Malaysia nie, Aku x pandang pun ini punya restoran..hehe..)



Gambar di atas merupakan menu Break first kami selama di Beijing,  tapi apa saya terkejut pinggan, judge yang sudah "sumbing" still dipakai.. Jika ikut sunnah nabi, sama sekali ditegah dan dilarang memakainya..makruh hukumya kerana ia membahayakan. Sudah terhidang pakai jerla kan..pada mulanya agak kekokla juga.

Hadis dari Abu Said Al-Khudri bahawa ia mengkhabarkan:

 "Rasulullah SAW melarang minum dari bahagian cawan yang pecah dan melarang untuk bernafas dalam air minuman." 

Seterusnya, tepat Jam 9.50 pagi kami sampai di Beijing Foreign Studies University ( BFSU ), agak terujala juga tengok suasana universiti di negara orang. Sementara menunggu kedatangan warga BFSU, biasala bergambarla dulu, posing sana posing sini...





Kedatangan kami telah disambut mesra oleh Penyandang Kerusi Pengajian Melayu, BFSU, Prof. Dr Muhammad Taib Dora dan wakil pelajar malaysia di universiti itu. Dalam sesi dialog yang ringkas itu, kami telah didedahkan mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh beliau dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu di sana. Sepanjang sesi ini juga kami sempat menemubual wakil pelajar-pelajar Malaysia di sana, sedikit sebanyak peserta dapat mengetahui  mengenai suasana sesi pelajaran dan graduasi, cabaran yang pernah mereka hadapi serta cara interaksi mereka dengan pelajar dan pensyarah  disana



 Nampak tak gambar petak-petak yang kakak tue lukis, sebenar dia sedang menceritakan bentuk Kota Beijing, dimana ia sudah dirangcang 600 tahun dahulu lagi, totalnya beijing mempunyai enam lingkaran dan BFSU ini terletak di lingkaran yang ketiga. Bahagian tengah sekali merupakan Pusat pertadbirannya dan sekarang Pemerintahnya sedang merancang untuk mewujudkan lingkaran yang ketujuh pula...teruja betul apabila mendengar penerangannya. patutla tengok kotanya strategik jer,jalan raya straight  (tak mudah Trafik la begini),sepanjang jalan penuh dengan pokok redang &  pokok bunga...suasana graduasi disana pula, mereka just bagi sijil dan jubah kepada para graduate pastu pergila nak bergambar pun & siap bergelar graduate (ringkaskan), tidak grand seperti di Malaysia, tapi sepatutnya beginila caranya jika nak dibandingkan zaman rasulullah mana ada macam kitakan, yang penting ilmu...

Suasana pembelajaran disana pula, meraka cakap macam di zaman sekolah still pakai kapur, tunggu lecture masuk, dalam kelas dan paling seronok mereka akan duduk dalam kelas yang terdiri dari semua pelajar Malaysia dan sesetengah subjek jer mereka akan gabung kelas ( tidak banyak beza sangatla dengan cara kita di Malaysia)..tempoh pengajian disana selama 5 tahun (1 tahun Foundation, 4 tahun degree), kebanyakkan mereka ambil course bahasa Mandarin merupakan di bawah tajaan MARA & KPT dan  apabila meraka grad, balik malaysia akan jadi cikgu bahasa Cina. Best jer dengar mereka bertutur bahasa mandarin ( yerla jarang tengok orang melayu bercakap bahasa cina ). Tetapi ada juga orang Malaysia yang ambil course lain disini seperti course business tapi tajaan PAMA (parent ) la...



agak-agak ada yang kenal tak bila tengok Student BFSU dan Lokasi nie

hehe...siapa pernah tengok SHORT FILM nie mesti kenal...


   & 









Next, sebelum meneruskan pergi melawat tempat seterusnya kami LUNCH dahulu


 
Suasana bilik VIP (masa nie segan lagi nak makan dengan Lecture, tau-tau jerla makan kenalah beristiadat sikit, tak boleh ketawa kuat-kuat..makan pun kena sopan-sopan..


 
Saya dan yang lain dibilik ini, satu meja 10 orang. Hari-hari makan besar, tapi still kena makan sopan sebab staff dia tengok kami makan, tercegak jer kat pintu tue & telur dadar wajib ada setiap menu tidak kirala waktu makan mana (muka macam telur da). Setiap hidangan sayur sahaja lebih dari 5 jenis & Nasi dia pun banyak kanji, makan sikit pun sudah kenyang ( kata kawan saya patutla kulit orang Cina cantik, makan nasi yang banyak kanji rupanya )..apa-apa pun bersyukurla

Seterusnya, ke  SUMMER PALACE


 
walaupun di musim panas..suhu di sini tetap dingin dan nyaman. Di sini juga menjadi tempat persinggahan Maharani Cixi ketika musim bunga dan panas. Tasik disini time musim panas akan ditumbuhi dengan pokok bunga teratai (cantik sangat ). Summer Palace ini terletak di utara Beijing. Ia dikelilingi juga  bukit yang namanya Longevity Hill dan Tasik Kunming yang luasnya kira-kira 2.9 kilometer persegi. 3/4 kawasannya adalah tasik. Struktur bangunannya sangat cantik dan klasik




Di belakang sana terdapat istana yang sangat cantik,tapi kami tidak berpeluang hendak pergi seberang sana kerana kesuntukan masa.

Summer Palace (Istana Musim Panas), pada zaman dahulu ia berfungsi sebagai istana singgah bagi Maharaja-maharaja Dinasti Qing. Maharaja, Maharani dan gundik-gundik serta keseluruhan rombongan akan pergi ke istana ini pada musim panas berikutan suhu di Beijing sangat panas. Pada hari-hari biasa diorang tinggal kat Istana di Forbidden City.

Satu daripada ciri landskap utama istana ini ialah Tasik Kunming yang luasnya 2.2 kilometer persegi. Masa musim sejuk, tasik  ini beku dan ia digunakan untuk aktiviti luncur ais (bestnya tapi tak berpeluang pula... )


Next destination ke THE FRESH WATER PEARL CENTER ( Pusat MUtiara)





 Sesi teka-teki, Berapa biji Mutiara ada didalam (MasyaAllah, indahnya Cipta-Nya ) & mutiara nie terdapat banyak warna, ia berdasarkan kandungan kalsium +++ )

Tidak terlepas juga untuk memborong alat perhiasan & Krim muka Mutiara, harganya bolehla tahan (pilih-pilih jangan tak pilih..tempat first shopping, time nie tak reti lagi nak tawar- menawar sebab tak tau lagi keadaan orang sini, masa nie saya RUGI sebab kawan saya dapat lebih dari saya pada harga yang sama...Kecewalaaa, tapi tak mengapa masih belajar..>< .)



Bersama Mr. liew


NEXT solat time.........



Masjid pertama yang kami lawati ialah Masjid Nue Jie yang merupakan masjid tertua di Beijing dengan umur mencecah 1000 tahun. Selepas berada sendiri di dalam masjid ini, apa yang dapat dilihat adalah seni bina masjid ini mempunyai keunikan dan ia masih kukuh dan tak lapuk di telan zaman. Di sekitar masjid nue Jie ini juga terdapat pekampungan muslim dan pasaraya muslim (tapi setelah solat orang lain pergi ke pasaraya muslim, tapi saya berehat sahaja di masjid ini, melihat keindahan masjid dan sempat lagi bersembang dengan penduduk yang menjaga masjid ini ) . Letih seharian berjalan tapi rugila plak rasa tak masuk pasaraya muslim. Pasaraya muslim nie just menjual produk dijamin halal jer untuk orang islam disini dan pelanggannya  kebanyakkan dari kalangan orang islam.

 Alhamdulillah, dapat juga beribadat di sini >_<


  sempat lagi, bermain bulu tangkis dengan penduduk setempat (sementara tunggu kawan yang lain bershopping di pasaraya muslim)

Next pergi tengok pertunjukkan arkrobatik



molek sangatla baru jer solat tadi selepas tue pergi tengok akrobatik plak...istighfar jerla masuk dalam nie...hihi...sekejap tunduk sekejap tengok balik (jaga pandanganla sangat kan)...nak kate hebat tak taula, teruja jer sebab boleh buat aksi yang saya tak boleh buat (lentik sana, lentik sini ), ramai pula penonton yang tengok sekali sampaikan tak cukup tempat duduk

Next, sebelum balik hotel DINNER dulu ( sudah lapar nie )




Next BAlik Hotel
Jam 7.45 pm sampai hotel ( aktiviti persendirian )

Selepas balik ingat nak rehat jer kat bilik tapi kawan-kawan plak ajak keluar.. mula teragak-agak juga nak join sebab jika di rumah my parent manalah benarkan keluar merayap nie malam-malam... lastly joinla juga tapi bukan merayap saja-sajala tapi pergi melihat, mendekati & buat researchla tentang kehidupan setempat. Tapi bila kami keluar tengok ustaz-ustaz aka my lacture terlebih dahulu dari kami, siap bershopping baju lagi...ish..ish..




 Just tengok je, tak beli pun. buah kat atas tue pun ustaz Razi belanja ( best sungguh..hihi).Apabila memerhati kehidupan sekitar kebanyakkan mereka menghabiskan waktu malam mereka beramai-ramai tengok Tv yang dipancar screen pembesar di kedai + yang lelaki tak pakai baju (panas kot ).. disebelah hotel kami, ada pusat hiburan (karoke) + arak pun bersepah sekali, kami pandang jerla..pengalaman yang menakutkan semasa lintas jalanla, tahu-tahu jerla pemandu dia macam mana bawak punya kereta tahap kelajuan ( kami melintas jalan pun lintang pukang sekali ) & jam 10 malam di sini semua kedai sudah pun da nak tutup (awal betul)...walaubagaimanapun sedikit sebanyak memberi pengalaman yang sangat berharga kepada saya...

Sekian sahaja untuk hari ini
bersambung lagi di lain part....






Wednesday, July 11, 2012

CATATAN PERJALANAN DI BUMI TUHAN, BEIJING (PART 2)



Assalamualaikum & Hello...Tuntutlah ilmu sampai ke Negara China, bertemakan "Jejak Tamadun Cina" . 29/6/2012 satu rombongan Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berangkat ke China bagi melihat sendiri keunikan negara China yang dilihat sebagai sebuah kuasa  ekonomi dunia dan penuh dengan pelbagai etnik yang mencecah 1.3 billion orang di seluruh China dibawah tajaan Tabung latihan akademik luar negara & Naib Canselor bersama Fakulti pembangunan sosial, UMT.

 Otw to LCCT
orang lain duk sembang-sembang kat belakang, saya sudah dengan kelengkapan first class (bantal + selimut travel) ... ZZZzzz



Jam 10.45 a.m  sampai di LCCT



Beg Overweight

Time nie lepas timbang bagasi, tut...tut...overweight plak..tapi nasib baik group yang naik MAS still ada kekosongan so terpaksala ambil mana-mana beg hantar ker KLIA...
 



sedang rehat dan selasai solat jamak di surau tiba-tiba terjumpa dengan baby Atiyah bersama umminya

Kebetulan masa nie mereka 1 family nak berhijrah ke Sarawak, Moga selamat tiba di sarawak dan selamat menjalani kehidupan di tempat dan suasana baru. Moga jadi anak yang solehah yer baby Atiyah, nanti  jumpa lagi ><.


keboringan tunggu flight delay to 7.15 pm

 sponsor... Thanks



cheaking beg, passport, personal
 Alhamdulillah, semua berjalan lancar tiada problem


sebelum naik, sempat lagi bergambar

sebenarnya dilarang bergambar di situ atas sebab tertentu, selepas jer kami bergambar tiba-tiba kena marah & kena delete balik gambar kami tangkap kat sini.. so delete punya delete sekarang just tinggal gambar kabur jew. pengajaran dia jangan ikut apa yang kami buat nanti kena marah lagi, klu nak ambik pun senyap-senyap jew :)


 Dalam flight (economy Class)

Jam 2.15 am selamat mendarat di Beijing






sekitar jam 3 lebih pagi di Beijing,time nie pun da masuk waktu solat Subuh




semangat mencari bas, tak sabar nak cheak in hotel & tidur di atas katil yang empuk, yerlah sudah 2 malam tidur atas seat jer ( malam first tidur dalam bas sambung plak malam kedua tidur dalam Flight) ...lenguh2 + penat 

 Cheak in hotel.. Alhamdulillah, begitu selesa ><

BERSAMBUNG lagi di lain part.....
Al- kisah tentang tempat-tempat yang menarik kami lawati.....