Sunday, October 31, 2010

sahabat kau teman

Kisah berkenaan seorang ulama tersohor, yang mempunyai seorang sahabat karib. Suatu hari, dia dan sahabat karibnya berpisah. Ulama itu terus menjadi terkenal kerana ketinggian ilmunya dan kesolehan dirinya. Dia telah terputus berita berkenaan sahabatnya. Hinggalah satu hari, seorang lelaki tiba kepada ulama itu dan bertanya.
        "Sheikh, apakah kau kenal fulan yang bernama fulan bin fulan?"
         "Ya, dia sahabat karib aku."
        " Aku dengar dia sekarang sudah rosak, tersungkur di lembah maksiat, melakukan kemungkaran kepada Allah."
   "Oh?" Dan ulama itu tanpa membazir masa, terus pulang ke rumah dan mempersiapkan bekalan perjalanan. Lelaki tadi pelik, apabila melihat ulama itu keluar semula dari rumah dengan keadaan seperti hendak bermusafir.
         "Sheikh, kau hendak ke mana?"
        Ulama itu menjawab. "Berjumpa shabatku."
       "Buat apa? kau masih menganggap dia sahabat? Dia sudah ingkar kepada Allah wahai Sheikh."
        "Maka sebab itulah aku pergi kepadanya.Aku hendak menyelamatkannya."
        "Kenapa?"
        "Sebab aku adalah sahabat dia."

  
 Begitulah kisah persahabatan yang sebenar. Kalau benar sahabat, maka kita akan membawa sahabat kita pulang kepada Allah,kita akan menegurnya jika dia terlupa. Sebab, kita bersahabat untuk mendapat keredhaa Allah.