Friday, April 12, 2013

Nasihat buat diriku



Alhamdulillah, syukur kini Allah memilih diriku duduk dalam suasana fikrah,


Ya Allah jangan sesekali kau cuba menarik akan nikmat ini,

Apabila ku melihat, menyelami masyarakat kini kian rosak,

Kurenung sendirian,

Dimanakan aku ketika ini,

Dimanakah perananku,

Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menghadapi suasana hari ini,



Ya!! Wahai diriku

Apabila berasa lemah,

Ingatlah, kerana iman dan fikrah,

Kita terus gigih mengatur langkah..


Wahai diriku

Mungkin terkadang kita kecewa,

Kerja kita terasa sia-sia di mata manusia,

Namun, kita pasti sedar untuk bertahan,

Kerana Allah jua yang menilai ganjaran..


Wahai diriku

Kita pernah mengeluh jalan ini panjang,

Kita pernah menangis amanah ini tiada bersenang,

Tetapi kita sudah berjanji untuk kuat,


Setapak di medan tarbiyah,

Selangkah di lapangan dakwah,

Ingatlah,

Kita memburu dua kepastian,

Antara manisnya kemenangan,

Atau indahnya pengakhiran..


YA, tak pernah ku  mengatakan hidup ini mudah cuma aku ingin ingatkan balik betapa banyak peristiwa yang kita rasa kita tak mampu nak lalu berapa banyak perkara yang kita rasa 'tak da harapan dah'.. tapi Allah angkat kita untuk melaluinya, Allah beri kekuatan pada kita untuk menghadapinya dan kita tak lalu tanpa senang pun 'with blood and tears'

teruskan wahai hati

masih ada sesuatu yang Dia mahu kau belajar dan kau takkan pernah bersendirian..jangan sesekali give up dalam berusaha, jika kau jatuh cepat-cepatlah kembali bangkit..

Beijing part 5

Assalamualaikum....jumpa lagi di part 5


Hari ini merupakan hari ke 3 kami di kota Beijing. Selepas bersarapan kami bertolak Tian ann men Square. Dalam perjalanan menuju ke tempat destinasi, Mr. Liew ajar kami mengenal pasti tahap margin pollution pada hari ini. Dimana kita boleh mengenal pasti hanya melihat no. plat kereta yang boleh keluar pada hari demikian( jika no 3 & 8 dibenarkan bermakna margin tak berapa berat ). Kata Mr.liew orang cina tidak suka no 4, so jika diorang dapat no 4 diorang akan tukar kerana no tersebut kerana ia akan membawa bencana pada diri dan akan dikenakan caj tambahan untuk proses pertukaran. Jika mereka ingin keluar juga pada hari no flat mereka tidak dibenarkan keluar mereka akan dikenakan caj 100yuan / 3 jam. (hebatkan cara mereka mengawal pollution...teruja nyer). Plat warna putih merupakan kenderaan tentera manakala kuning untuk kenderaan berat yang mempunyai seat lebih dari 9. Gaji minimum diorang 1300 yuan . menurut kata Mr. Liew 10 tahun akan datang jumlah lelaki yang tidak akan mempunyai pancaran disini akan memcecah 20 juta. Ini disebabkan amalan orang disini apabila mengetahui diorang akan mendapat anak perempuan, diorang akan gugurkan dan mencuba lagi mendapat anak lelaki. (1 family hanay dibenarkan mempunyai 1 orang anak).



Akhirnya kami sampai juga di dataran Tian Ann Men yang terletak di hadapan pintu sebelah utara Forbidden City.Dataran ini merupakan dataran terbesar di dunia dan pernah dicatatkan bahawa lebih sejuta orang pernah berkumpul di sini. Kami mengambil peluang bergambar di sini sambil menikmati keindahan seni bina di sini. Terdapat gedung rakyat kogress 10 ribu kerusi dan ruang makannya boleh memuatkan 5000 orang. Disini juga terdapat penjara.







Selepas berjalan dan bergambar, kami berjalan kaki menuju ke Forbidden City atau Kota Larangan yang terletak bersebelahan dengan Dataran Tian ann Men dengan melalui laluan bawah tanah. Kota larangan telah menjadi istana rasmi maharaja cina sejak zaman dinasti Ming lagi. Ia merupakan istana paling besar didunia dan memakan masa 14 tahun untuk menyiapkan sepenuhnya. Didalam kota ini terdapat istana gunung, balairung & rumah-rumah gundik. Menurut sejarah, maharaja Pu Yi yang berumur 3tahun merupakan maharaja terakhir sebelum beliau digulingkan. Kota ini dikelilingi oleh tembok yang setinggi 10 meter yang digunakan untuk menghalang daripada penceroboh daripada menceroboh masuk kota tersebut. Serta, dianggarkan bahawa keluasan kota ini adaqlah seluas 720,000 meter persegi. Bagi tujuan keselamatan, tiada pokok yang ditanam di sekitar kawasan istana dengan bertujuan tiada pemberontak-pemberontak boleh bersembunyi di atas pokok tersebut. Sejarah pembinaan kota ini bermula ketika era pemerintahan dinasti Ming yang pada ketika itu ibu kota negeri cina terletak di utara kota Nanjing. Terdapat 9999 bilik di dalam kota ini. Tetapi kini hanya tinggal 8700 bilik sahaja. Sida-sida dan gundik-gundik maharaja tidak boleh keluar daripada kota ini sepanjang kehidupan mereka. Bahagian kemaluan mereka akan dipotong ketika berumur 13 tahun supaya sida-sida ini tidak berkahwin dan menggangu gundik-gundik serta hanya berkhidmat kepada maharaja mereka sahaja. Di dalam kota larangan, terdapat 308 buah tembikar tembaga dan kami difahamkan bahawa fungsinya adalah untuk tujuan kecemasan seperti kebakaran dan sebagainya. Terdapat juga bilik ibu suri atau the Dragon Lady. Dikatakan bahawa ibu suri menggunakan susu ibu untuk mandi. Ibu kepada maharaja ataupun bekas permaisuri akan menjadi ibu suri. Kami mengambil masa kira 2 jam setengah untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut.



Seterusnya, kami masuk Fobidden city ini bermula dari pintu ke-3. Wah!!!, bila masuk macam berada zaman maharaja dulu, aceh..aceh...klu nak jalan nak guna garisan tengah konon-konon Maharajalah..Sebab dulu garisan ini khas untuk Maharaja sahaja. Gundik-gundik tidak dibenarkan masuk melalui pintu depan, just guna pintu belakang.



Permaisuri akan naik atas sana hanya 1 kali seumur hidup dia, iaitu semasa hari perkahwinannya. Alhamdulillah, dapat juga melalui jambatan, tengok bilik-bilik gundik & balairung2 (cam dalam drama cina yang pernah ditayang semasa tue saya darjah 6, tak sangka kali ini dapat tengok depan mata)



Seterusnya, kami bertolak ke kilang sutera. Di sana, kami telah diterangkan tentang proses pembuatan sutera. Sutera diperoleh daripada kepompong yang dihasilkan larva ulat sutera kertau (Bombyx mori) yang diternak. Menurut wakil kilang di sana, ulat sutera yang dikeluarkan dari kepompongnya boleh dimakan setelah digoreng dan enak rasanya. Setelah kami melihat-lihat kawasan sekitar dan membeli beberapa barangan yang dijual, kami pun bergerak ke sebuah restoran yang menyediakan makanan halal dan singgah ke Masjid Madian untuk solat jamak zohor dan asar. Masjid Madian merupakan salah sebuah masjid yang terkenal di Beijing. Masjid tersebut telah dibina pada zaman Maharaja Kangxi semasa pemerintahan Dinasti Qing, iaitu lebih 300 tahun yang lalu. Luasnya ialah 3,800 meter persegi. Masjid Madian terletak di no. 7, Madian South Street, Haidian District, Beijing.





Then, kami dibawa ke urutan kaki percuma di pusat perubatan cina. Sebelum urutan kaki bermula kami disediakan air herba untuk rendamkan kaki untuk mengeluarkan segala kekotoran dan melegakan otot. Next, sesi urutan kaki dimana kami kami diurut manja dan mereka melihat problem yang ada pada diri masing-masing. Dan seperti biasa jika ada penyakit di detect mereka akan menyesorkan membeli product mereka & datang lagi untuk sesi seterusnya.









Tidak sah sekiranya ke Beijing tidak membeli apa-apa jadi destinasi kami yang seterusnya kami dibawa shopping di Sunny Gold street Clothing market dimana ia menjual pelbagai jenis barangan seperti keychain, aksesori dan baju. Pengalaman pertama kami membeli sudah pastinya tidak dapat dilupakan kerana kami dikehendaki untuk tawar menawar agar mendapat harga yang rendah. Pengalaman kami sampai ada yang kena pegang dan dia tak akan lepas jika kami tidak beli ( dengan keadaan ini kami mengunakan strategi meloloskan diri, alhamdulillah 1,2,3 lariiiiii.......berjaya) adatue kejar kami sampai kami nak balik, nak naik bas da pun... (sungguh dasyat bershopping di sini...hish...pengalaman yang sangat best ) Sesiapa saja pasti terkejut apabila peniaga di sana memberitahu harga barang jualan mereka yang bagi kami tidak padan dengan barangan yang dijual. Di situ barulah kami tahu betapa pentingnya untuk tawar menawar supaya kami dapat berbelanja dengan berjimat-cermat.

Sebelum balik dan berehat di hotel kami dibawa dinner terlebih dahulu di restoran muslim..









seterusnya hari terakhir kami di beijing...

Sebelum kami memulakan ekpedisi kami seterusnya, kami dibawa untuk santapan pagi yang terakhir.

Tempat yang pertama kami pergi hari ini ialah Cook room Appliance Shop, dimana kami ditunjukkan kehebatan pisau yang mereka ciptakan dan pelbagai tawaran hebat dia tawarkan. Pisau di shop ini mempunyai pelbagai level tahap kualitinya sehingga hati saya sendiri tertawan oleh kehebatan fungsi alatnya ( hebat punya hebat cara diorang promote saya beli satu set..huhu...bolehlah balik nanti rajin sikit duduk dapur )



Seterusnya kami ke Stadium Nasional Beijing, Bird’s Nest Stadium& water cube.

Stadium Nasional Beijing juga dikenali sebagai Stadium Nasional atau "Sarang Burung" Staium ini terletak di Olympic Green di Beijing, China telah siap sepenuhnya pada Mac 2008. Stadium ini pernah menganjurkan pertandingan sukan olahraga untuk Sukan Olimpik 2008, juga sebagai tempat untuk majlis perasmian dan penutupan Sukan Olimpik 2008. Stadium Nasional Beijing ini terletak bersebelahan dengan Pusat Akuatik. Pada 2002, kerajaan secara rasminya menerima pengambilan arkitek bertaraf dunia dalam pertandingan reka bentuk. Pritzker Prize-memenangi arkitek Herzog & de Meuron yang bekerjasama dengan ArupSport dan China Architecture Design & Research Group untuk menang dalam pertandingan. Artis Kontemporari China, Ai Weiwei, merupakan Konsultan Artistik bagi reka bentuk. Aktiviti pengorekkan tanah di kawasan projek ini dijalankan pada Disember 2003, dan pembinaan bermula Mac 2004, tetapi ia dihentikan sementara waktu atas sebab kos pembinaan tinggi pada Ogos 2004 dan kemudian disambung kembali. Pada Januari 2008, kecaman mengenai keadaan pekerja ke atas pembinaan





Cantik stadium olimpik ni kan? Nak masuk dalam pun boleh, kena bayar tiekt masuk, tapi dalam tu takda apa-apa kecuali tempat duduk stadium. Jadi kami tak masuk ke dalam stadium just jalan-jalan dan take picture.





Then , kami pergi sebuah kedai batu permata yang diusahakan oleh rakyat Malaysia sendiri ia terletak seberang jalan jer, kami just jalan.





Seperti biasa, ini yang terakhir Kedai government kami pergi dan diorang nie akan menggunakan modus yang sama setiap kali menerima pelawat. Nak tau apa? Bila kami sampai kat jewellery shop ni....kami diminta masuk ke dalam satu bilik taklimat. Lebih kurang 5min datanglah sorang lelaki dengan rupa paras dan pakaian macam bos besar. Dia start perbualan dengan cakap melayu dan bagitau kami yang dia berasal dari Malaysia (klu tak silap penang) dan merantau ke Beijing untuk buka kedai barang kemas. Dia suka Malaysia dan tak suka China sebab cuaca sejuk sangat.

Dalam keadaan yang sangat gembira tu sebab kami dari Malaysia , dia pun hadiahkan kami jade macam buah rantai tu sorang satu. Dan dengan senang hati ......dia nak belanja kami dengan menjual barang2 kemas tu dengan harga kos (konon-kononnya). Dia suruh je kami pilih apa saja, dia akan bagi harga kos. Nak dipendekkan cerita, saya belilah sebentuk cincin batu rubi ( biru). Lepas dah bayar, baru kami bolehla keluar dari tempat tu dengan tenang.



Inilah jade yang tauke barang kemas tu bagi percuma sorang satu. Saya pun taktau nak buat apa benda ni. So, simpan je dalam almari. Mungkin jade ni boleh jadi harta peninggalan di akhir usia nanti hihihihi.





Seterusnya, bershopping lagi...kami dibawa shopping di Yashow Market & Xiushui Street. Emm...Dekat sini lagilah mencabar kami nak bershopping, setiap kedai terpaksa kami peruntukkan selama ½ jam bagi sesi rundingan harga (untuk dapat harga paling rendah) . tapi pengalaman yang lepas mengajar kami berhati-hati & dapat kami guna taktik yang lebih powerrrr....huhu...power..power jugak ada jugak salah sorang dari kami tercedera ringan (berdarah jugak tangan..ganas sungguh orang diorang nie). Bershopping sampai petang.





Sebenarnya kami akan dibawa kedai cenderamata Hard Rock Cafe but kami pun dah sangat tak larat. Terus memutuskan untuk terus buat persiapan ke Airport untuk pulang Malaysia, Flight kami jam 2.00 Am. Sebelum pulang kami makan malam dan solat zuhur dan Asar terlebih dahulu di restoran muslim.





Selesai makan kami terus dihantar ke airport, sedih plak nak berpisah dengan Mr.liew yang telah banyak melayang kerenah kami sepanjang di beijing. Di Airport kami packing balik apa yang patut takut ter over weight tapi kami tidak risau sangat sebab sebelum kami berangkat ke beijing kami dah pun siap-siap tambah weight kat Malaysia. Alhamdulillah tiada masalah.





Wish...wish....wish from me.

Terima kasih buat penaja-penaja & UMT kerana menghantar kami ke sana...

Terasa baru semalam menjengah di Bumi Beijing. Suasana disana sekalipun tidak mengubah cara berfikir,malah ia meluaskan andaian dan tafsiran saya pada sesuatu perkara. Itu adalah manfaatnya kembara . Melalui ekspedisi ini saya rasa amat teruja kerana baru pertama kali menjejakkan kaki di kota dipenuhi dengan keunikan bangunan-bangunan lama bersejarah, budaya serta keindahan taman yang diiktiraf Tapak Warisan Dunia. Biarpun diulit kemodenan, Beijing masih mengekalkan ciri-ciri keagungan zaman silamnya pada bangunan bersejarah seperti Dataran Tianmen, Kota Larangan dan Tembok Besar China. Menyaksikan gelagat penjual sedaya upaya menarik pelanggan dengan cara masing-masing. Ada yang menjerit, menarik pelanggan masuk ke kedai sehingga salah seorang daripada kami tercedera ringan dan kelebihan berpihak kepada penjual yang pandai berbahasa asing termasuk berbahasa Inggeris dan Perancis. Apa yang membanggakan dan uniknya, ada penjual yang menyapa dan mempromosikan jualan dengan menggunakan bahasa Melayu. Sehinggakan setiap kali mengembara, saya melihat sesuatu yang baru meskipun tidak mengubah hidup. Namun, ia pasti memberi kesan. Akhir kata pengalaman dapat memberi ilmu, tetapi dengan ilmu belum tentu dapat memberi pengalaman dan carilah pengalaman dengan berbekalkan ilmu