Thursday, January 20, 2011

Supaya gelisah bernilai ibadah

Sedih berbenih boleh membuat fikiran kacau dan jiwa celaru. Maka perlu ada cara untuk menakluki kesedihan itu. Jangan sampai ia berlarutan dan kelamaan dalam kubangan lumpur kesedihan. Atau malah akan terhanyut dibawa arus kesedihan itu.
     Ini saatnya bangkit dari peluh yang membuatnya runtuh. Berdiri di atas kaki sendiri, tegap menghadapi masalah yang membelit hati.Mengucapkan bismillah sebagai awal dari usaha untuk menghindar rasa sedih.

Bagaimana mengubah kesedihan menjadi ibadah?

 Bagaimana menghadapi kritikan pedas orang lain?

 Dan kaedah islam untuk mengubati gelisah.....


"Selaku orang yang beriman, apabila kita ditimpa musibah kita kena cepat-cepat ingat pada Allah dan kembali kepadaNya. Terdapat banyak doa-doa yang boleh membantu dan memujuk hati kita yang gelisah untuk menghadapi situasi yang merunsingkan kita itu"

Tuesday, January 18, 2011

Kursus Jati Diri & Kesukarelawan Remaja_2009/2010


 Tarikh: 22 Disember 2009-7 februari 2010
Tempat: Kolej Teknologi darulnaim
                & Sri Pantai Resort, Bachok
Anjuran : JAKIM, HALUAN,& KTD

MOdul:
  1. Modul Anjakan Paradigma( lebih kepada Motivasi jati diri)
  2. Modul Kemahiran Insan Dan Profesional (penulisan, Perbelajaran berkesan)
  3. Modul Kemahiran Kepimpinan Kemasyarakatan( pertandingan debat, pidato, nasyid &...)
  4. Modul Khidmat Masyarakat ( Berkomunikasi & aktiviti dgn masyarakat)
  5. Modul Kemahiran Keusahawanan( Jualan,melawat ladang2-kambing,pokok2, cengdawan..)
  6. Modul Kemahiran asas Kewanitaan( cara mengurus bayi baru Lahir &...)
  7. Modul celik IT (ujian IT & cara menguna Software)
  8. Modul Kecerdasan Fizikal dan Rekrasi ( ekspedisi...)
  9. Modul HIjarah Ke Menara Gading ( hala tuju Selepas SPM &...)
                                      -Menekankan kepada UkhwahFiLLah sesama ahli-


                                                           hari last & majlis penutupan

                                                           ke SMU(A) Nurul Falah

                                                    My group-Humaira'

                                                           on the way....









 HALUAN TERUS MAJU...

Suasana kota ku
maksiat berlaluasa
nafsu bermaharajalela
islam tidak diamalkan
nafsu bermaharajalela
islam tidak diamalkan....

seperti tidak percaya
tetapi itu realiti
seperti tidak percaya
tetapi itu realiti....

HALUAN wadah perjuangan
berakhlak mendidik berbakti
tidak kenal erti penat dan jemu
dengan bantuan ALLAH
tidak kenal erti penat dan jemu
dengan bantuan ALLAH
HALUAN terus maju...x2

dakwah mengubah masyarakat
yang berada dalam kegelapan
tarbiyah lahirkan pemimpin
menjadi pewaris ummah
HALUAN terus maju....x3

HALUAN wadah perjuangan
melahirkan para pendakwah
yang membawa sinar kebenaran
dari kegelapan.....pada cahaya

HALUAN terus maju...x2
HALUAN....TERUS MAJU!!!!
" Mengaji Biar Pandai ,
Perangai Biar juruh,
Hidup biar boleh tupe"
 

IslamiC


~ Hanya pada-Mu ya ALLAH, aku sandarkan segala2nya..Sememangnya diri ini lemah tanpa bantuan darimu..Kasihani lah diri yg penuh dgn kelemahan ini ya Rahim..AmeeN~
 

Monday, January 17, 2011

Gunung Tebu...easy!!!

"You see things and  you say,  "Why?"
But i dream things that never were:
and say, "Why Not?"
_-George bernard Shaw_-


  berhenti rehat di kaki gunung


Gunung tebu-oh- Gunung tebu...nie buat kali ke-2 ana mendaki gunung...masa nie ana F4, first daki gunung masa darjah 3...waaa..masa tue kecil lagi..huhu...Pada mulanya ummi n ayah x kasi ikut pun tapi oleh kerana diri ini suka benda yang mencabar ana nak ikut juga..cepat2 packing barang then duk dalam kereta...ayah suka jer tengok, masa 2 ana sorang jer perempuan, yang la pc2 da tua and Abg2 anak kawan ayah...tapi ana x kisah..sebenarnya diri ini jeleous tgok gambar along. ajang nga abi da pun sampai kat puncak sana, ingin juga smpai..tapi Alhamdullilah berkat n sokongan yang diberi oleh ayah akhirnya sampai juga puncak sana.  mula2 mmg da putus asa sangat nak sambung perjalanan nie cz tibe2 lelah dan x boleh nafas..


buat kali kedua mendaki gunung  ana berpeluang mendaki bersama kak Elah( dia baru first time)...happy juga cz ada teman, kami kira rapat jugalah..I Love her....atas sana kami berpeluang tengok sungai berbentuk "Y", and banyak lagi ciptaan Allah..sangat cantik!!!...


My sis 


                                                           Batu ape erk?? lupe da

                                                       di Puncak Gunung Tebu..

                                                       Antara halangan2 perlu dilalui..


                                                          daki lagi


time ana rase lemah, ana akan call parent..teringat kate2 ayah " cuba ina ingat balik camner ina daki gunung dulu,camtue nk teruskan perjuangan..belajar nie bukan senang dia perlukan pengorbanan, usaha yang lebih,x der yang senang diatas dunia nie......" kata nie memberi smgatku kembali..kita sebagai hamba Allah adalah lebih baik kita dapat menguasai semua bidang exp: dlm akedemik, agama, sukan( lasak), kepimpinan,ICT n Etc....InsyaAllah proses dalam membina menjadi insan n hamba Allah yang kuat, mujahidah,soleh...niat n praktikal


                                                           my Dad









Kisah Cinta Ali & Fatimah boleh dicontohi bersama

Zaman sekarang topik yang selalu dibincangkan oleh muda mudi kita semestinya pasal cinta. Tak laen xbukan tandanya nak kawin la tu.Memanglah itu darah muda . Bila ramai kawan-kawan dah mula mendirikan rumahtangga, mulalah diri nak bercakap mengenainya seakan-akan diri yang hendak berkahwin.Apa kata kita baca dulu sirah cinta anak Junjungan besar nabi Muhammad SAW.Sama-sama mencontohi pengorbanannya>>>
 Ali Bin Abi talib waktu itu ingin melamar Fatimah, putri nabi Muhammad SAW. Tapi karena dia tidak mempunyai duit untuk membeli mahar, maka ia membatalkan niat itu. Ali segera berhijrah untuk bekerja dan mengumpulkan duit. Pada saat Ali sedang bekerja keras, ia mendengar khabar kalau Abu Bakar ternyata melamar Fatimah. Wah, bagaimana agaknya perasaan Ali, wanita yang sudah dia inginkan dilamar oleh seseorang yang ilmu agama nya lebih hebat dari dia. Tetapii Ali tetap bekerja dengan giat.

Lalu setelah beberapa lama Ali mendengar kabar kalau lamaran Abu Bakar kepada Fatimah ditolak. Ali terpegun dan sedikit bergembira tentunya, kata Ali “waah, saya masih punya kesempatan ”. Setelah mendengar khabar itu, Ali bekerja lebih giat lagi agar cepat mengumpulkan duit dan segera melamar Fatimah. Tapi tak lama setelah itu, Ali mendengar khabar kalau Umar Bin Khatab melamar Fatimah. Wah, sekali lagi Ali mendahulukan orang lain, bagaimana perasaanya? Tapi tak berapa lama Ali mendengar kalau lamaran Umar bin Khatab ditolak. betapa senangnya Ali, mendengar kabar itu.

Tapi tak lama kesenangan itu kembali pudar Karena terdengar khabar lagi, ternyata Usman bin Affan melamar Fatimah. ini sudah yang ketiga kalinya, kata Ali “mungkin kali ini diterima. Kalaulah Usmantidak melamar Fatimah secepat ini, InsyaAllah tidak lama lagi saya akan melamar Fatimah, tapi , apa hendak dikata , adakah mahu mengalah
Dan sekali lagi, tidak berapa lama dari itu, khabar ditolaknya lamaran Usman bin Affan pun terdengar lagi, betapa bahagianya Ali. Semangat Ali untuk melamar Fatimah pun berkobar lagi, dan semangat itu didukung oleh sahabat2 Ali. Kata sahabat nya “pergilah Ali, lamar Fatimah sekarang, tunggu apa lagi?? kamu kan sudah bekerja keras selama ini, kamu juga sudah mengumpulkan harta dan cukup untuk membeli mahar. tunggu apa lagi??? Tunggu yang ke4 kalinya??? baik cepat!!!”

Dengan segera Ali memeberanikan diri untuk menghadap ke Nabi Muhammad S.W.T dengan tujuan melamar Fatimah, dan sahabat2 u-jam nak tau??? LAMARANNYA DITERIMA!!!

Oh rupanya : ternyata memang dari dulu Fatimah sudah mempunyai perasaan dengan Ali dan menunggu Ali untuk melamarnya. Begitu juga dengan Ali, dari dulu dia juga sudah mempunyai perasaan dengan Fatimah,. Tapi mereka berdua sabar menyembunyikan perasaan itu sampai saat nya tiba, sampai saatnya ijab Kabul disahkan . Wah..wah.. mereka hebat yaaa (harus kita contohi, sahabat-sahabat u-jam). Walaupun Ali sudah merasakan kekecewaan 3 kali mendahulukan orang lain, akhirnya kekecewaan itu terbayar juga.

Yup, sekali lagi, kata-kata ini pasti akan muncul dalam benak sahabat2 >>> “Jodoh memang tidak kemana”
, dari cerita itu, lebih memperjelas lagi kan bahwa “Cinta itu, mengambil kesempatan , atau mempersilakan yang lain”

Cinta adalah hal fitrah yang tentu saja dimiliki oleh setiap orang,
namun bagaimanakah membingkai perasaan tersebut
agar bukan Cinta yang mengendalikan Diri kita
Tetapi Diri kita yang mengendalikan Cinta

Mungkin cukup sulit menemukan teladan dalam hal tersebut
disekitar kita saat ini
Walaupun bukan tidak ada..
barangkali, kita saja yang tidak mengetahuinya

Dan inilah kisah dari Khalifah ke-4, Suami dari Putri kesayangan Rasulullah
tentang membingkai perasaan dan
Bertanggung jawab akan perasaan tersebut
“Bukan janj-janji”
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan ’Ali pun menikahi Fathimah.
Dengan menggadaikan baju besinya.
Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan sahabat2nya tapi Nabi berkeras agar ia membayar bakinya
Itu hutang.

Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakr, ’Umar, dan Fathimah.
Dengan keberanian untuk menikah.
Sekarang.
Bukan janji-janji dan nanti-nanti.
’Ali adalah gentleman sejati.,
“Laa fatan illa ‘Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali!”

Inilah jalan cinta para pejuang.
Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Putri Sang Nabi,

dalam suatu riwayat dikisahkan

bahwa suatu hari (setelah mereka menikah)

Fathimah berkata kepada ‘Ali,

“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”

‘Ali terkejut dan berkata, “kalau begitu mengapa engkau mau manikah denganku? dan Siapakah pemuda itu”

Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, karena pemuda itu adalah Dirimu”

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, 'Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.


Cerita ini adalah dikisahkan menurut penceritaan yang mudah untuk difahami,insyaAllah tegurlah ana jika ada sebarang fakta yang tidak benar...

"Jika kamu memelihara dirimu daripada sesuatu perkara yang haram kerana allah diatas wanita kesukaanmu kerana banyak bersabar , insyaAllah hanya dengan izin Allah akan menghalalkannya kepada mu atas kesabaranmu kerana Allah"

Tempat baru -KMPh-

                                                      My new Classmate!!!!


                                                       bukit kmph...time koko



                                                        nie jer....


Pengaruh YAHUDI dalam Industri Hiburan

Wes Penre
Wes Penre
Penulis ingin menghuraikan berkenaan komposer terkenal iaitu Wes Penre dalam membongkar agenda gerakan sulit Yahudi iaitu ILLUMINATI dalam dunia hiburan di Amerika, Hollywood. Wes Penre pernah diberi liputan dalam beberapa akhbar utama tempatan dahulu kala tetapi tidak meluas, dan mungkin ada dikalangan anda yang sudah mengetahui hal ini.
Siapakah Wes Penre? Peminat-peminat muzik mungkin tidak mengenalinya tetapi dialah salah seorang individu penting dalam membangkitkan zaman Rock dan Heavy Metal tahun 1980-an dan 1990-an dahulu di Amerika Syarikat. Beliau adalah komposer terkenal, pengubah lagu, pencipta lagu bagi kumpulan-kumpulan rock zamannya seperti Rolling Stone, Led Zepallin, Black Sabbath, Metallica, Aerosmith, Slaughter, Megadeath, Dio, Sepultura dan lain-lain lagi.
Apakah yang Wes Penre ingin bongkarkan? Menurut Penre, semasa beliau menjadi komposer muzik dan pencipta lagu, dia amat hairan bagaimana lagu-lagu ciptaannya yang berunsur-unsurkan pemujian kepada tuhan, kedamaian, intergrasi antara kaum, cintakan keluarga dan kehidupan manusia tidak diterima oleh syarikat-syarikat rakaman gergasi seperti BMG dan Sony Music dan beberapa syarikat rakaman gergasi lain lagi.
Lagu-lagu ciptaannya yang bertemakan seks, pemujaan syaitan, penghinaan kepada semua agama, peperangan dan sewaktu dengannya pula diluluskan untuk diterbitkan dalam album-album kumpulan rock. Beliau kurang mengambil berat masalah ini ketika itu kerana masih banyak lagu-lagu ciptaannya diterbitkan. Lama-kelamaan sifat ingin tahu mula timbul dalam diri. Sifat ini berkobar-kobar sehingga mendesak dirinya untuk melakukan kajian dan siasatan sendiri.
Selepas berkahwin pada 1988, Wes Penre mula mendapatkan sebuah komputer dengan kelengkapan internet. Pada ketika itu, komputer agak mahal kemampuan pencapaian internet tidak sebaik zaman sekarang.
Hasil ketekunannya membuat kajian mendapati bahawa industri muzik di Amerika Syarikat di kawal sepenuhnya oleh suatu kelompok Yahudi ekstremis. Kelompok ini ialah gerakan sulit Illuminati yang sudah bertapak di bumi sejak 1770-an lagi. Kajiannya juga dibantu oleh beberapa artis-artis lain yang mengetahui rahsia disebalik industri hiburan Amerika, banyak maklumat yang diperolehinya. Pada awal tahun 2000, Penre tekad meninggalkan bidang hiburan dan sekarang ini beliau menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang penulisan dan kerja-kerja dakwah agama Kristian. Namun itu bukanlah bermakna dia tidak mengambil tahu langsung perkembangan muzik-muzik masa kini, katanya….
“I am one of those who at that time didn’t understand why my revealing lyrics and melodic songs were not appreciated by the big Record Companies. Now I know better. And no matter what some people might think, I am NOT a bitter, failed musician, who wants to “get even” with the Industry. I live a life I am very happy with, and even if I had the chance again, I would not sign up to be a professional musician. In a better world I would, but I will NOT sacrifice my body and soul to make big bucks for the Illuminati.”
Katanya lagi,
“……so when I write this, I am one of the few who exposes this without having a religious or personal agenda. Whatever you may think of the following, it will definitely open your eyes, and next time you see an interview with one of those artists, listen to a concert, or listen to a CD, you will recognize some of what is written here. Again, my intention is not to have you stop listening to music. I still find much of the rock music being great, and I listen to it daily – but with a new insight …”
Lihatlah, bekas komposer rock terkenal pun sudah insaf, tambahan Penre bukanlah beragama Islam. Jadi dimanakah hala tuju anak-anak muda Islam di Malaysia, mahupun yang belajar di universiti, adakah mereka sedar bahawa mereka cumalah hamba-hamba orang Yahudi sahaja sekarang ini.
Pembongkaran Gerakan Illuminati Dalam Bidang Muzik
Berikut adalah perkara-perkara yang Wes Penre ketahui selepas membuat kajian tentang industri muzik yang menjadi darah dagingnya itu;
  • Penre menyedari terdapat suatu gerakan sulit orang-orang Yahudi di peringkat antarabangsa di belakang syarikat-syarikat rakaman dan industri bisnes di Amerika Syarikat. Gerakan sulit ini dikuasai oleh golongan billionaire yang menggelarkan diri mereka Illuminati atau Moriah Conquering Wind, iaitu orang-orang yang bertanggungjawab menggunakan industri hiburan untuk memutar belit minda masyarakat untuk mencapai matlamat pergerakan sulit mereka iaitu One World Government.
  • Kesemua pengarah-pengarah eksekutif tertinggi Syarikat-syarikat rakaman terdiri dari individu yang sama, mereka adalah ahli pergerakan rahsia Yahudi iaitu Freemason dan Illuminati.
  • Untuk menjadi ahli-ahli muzik di bawah syarikat-syarikat rakaman gergasi, anda mesti bekerja sebagai pembawa agenda Illuminati, yang mana bermatlamat mengawal pemikiran seluruh populasi dunia, atau dalam erti kata lain, anda mesti bersedia untuk digunakan sebagai hamba mereka sebelum memulakan kerjaya. Namun demikian, ini tidak bermakna semua artis diserap masuk sebagai pembawa agenda mereka, tetapi mereka terikat dengan peraturan-peraturan dalaman industri tersebut. Dalam dunia sebenar, anda bebas melakukan apa saja sebagai seorang artis, sama ada untuk meluahkan perasaan anda melalui muzik anda. Tetapi jika anda mahu membuat perkara tersebut dalam industri muzik barat, anda mesti menyesuaikan diri dengan kehendak kelompok-kelompok Yahudi ini. Sehinggalah sekarang, industri hiburan dan Holywood adalh dua contoh industri yang dikawal sepenuhnya oleh Illuminati.
  • Artis-artis terkenal, yang mendapat publisiti meluas, mereka sendiri sebenarnya adalah mangsa aturan kelompok Yahudi (Illuminati) ini, artis-artis ini diberi personaliti yang berbeza-beza dan semuanya dikawal oleh seorang Programmer yang bertindak sebagai pengurus mereka. Semuanya ini dilakukan untuk memastikan artis-artis tersebut sentiasa berada di atas landasan matlamat Illuminati, oleh sebab itu artis-artis tersebut terpaksa mengikut sahaja apa yang direncanakan ke atas mereka. Jika mereka cuba lari dari landasan Illuminati atau tidak mengikut perancangan yang ditetapkan, mereka akan dibelot, dihalang dari membuat rakaman album, atau dibuang dari industri atau mungkin dibunuh. Sebab itulah artis-artis terkenal di Amerika mempunuyai statistik kes-kes bunuh diri yang tinggi, yang sebenarnya bukanlah bunuh diri tetapi dibunuh menggunakan helah tertentu. Contoh terdekat seperti yang berlaku kepada bekas gitaris kumpulan rock terkenal, Metallica tahun 1980-an dahulu yang dijumpai mati di sebuah bilik hotel.
  • Kebanyakan artis-artis Amerika terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan rahsia seperti Church of Satan. Artis-artis ini mengamalkan upacara-upacara penyembahan berhala dan ilmu hitam di Church of Satan sebagai syarat untuk kekal popular (seperti Marilyn Monroe, Ozzy Osborne, Led Zepellin, Michael Jackson, The Eagles dan banyak lagi). Wes Penre juga berjaya mendedahkan apakah yang sebenarnya berlaku disebalik sifat glamour yang dimiliki artis.
Sedutan dari tulisan Ibn Yaacob

memori at KMK

                                                      KMK
                                                 


                                                             with sir Ramesh



                                                              my classmate at kmk

Still in my memory before move to KMPh...elah (my sis) call n ckp surat dr kementerian da smpai then kena pindah slpas raya..masa tue diri x t'kata n ntah tiba2 jer air mata keluar..nasib gak masa tue rehat n Roomate tgok plek jer then ku ckplah sumer tue...kami sama2 nangis lucu plak...tp mmg sedih sgt2, ana call ummi ckpp x nk pndah n g jupe pngarah mntak ditanggguhkan tp x dpt buat ape2 ku ttp kena pndah...aish...-_-, pastu jam 2 ada msuk tuto math, ana cuba gk bertahan tp tibe \2 ummi call n ana nangis..classmate n cg  sumer nmpak plek,slps abis jer tuto math cg. tnye arrr...malu rase n mase nie classmate sumer x tau, klu boleh  xnk ckp kat sape2 pun sal nie...ntahlah kali nielah rase cam lain jer..friend forever to all my friends....



rindu!!!
Luahan rindu pada jawatanku kat KMK(setiusaha biro penerbitan, majlis pewakilan pelajar kmk)..terasa perit melepaskannya,tp diri ini hanya hamba yang lemah, sudah takdir Ilahi telah menetapkan akan perpindahan ini.walaupun hanya satu sem sahaja ana sempat study kat sini tapi banyak pengalaman dapat ana kutip hasil daripada perhijrahan di kmk. Memang tak dinafikan apabila pegang jawatan nie masa untuk study amat terhad kerna meeting, kertas kerja, n perlu hander event2 at kmk sedikit menganggu. Tapi pengalaman x dapat dirasa tanpa dicari dan sedikit pengorbanan. Ana terlibat dalam bidang nie kerna minat sangat tapi sekadar hobi jer,ada cita -cita yang lebih tinggi perlu ana capai...








                                       

my roomate chayuk... ^_^

                                             my roomate at KMK...norfa, sofea,me, n aisyah

nie last day ana wif my roomate, terpaksa berbuka puasa lmbat dalam pukul 8 lebih disebabkan makanan sumer da habis..ptg tue kami pergi ke bazar tapi sebelum itu pergi ker cafe dulu..kami pun pergi la tempah makanan n pesan kat pc cafe smpan kami punya makanan  6t balik dr bazar baru nk ambk tp last bile balik pc tue da bagi kat org lain...sedih jugakla cz p bazar pun mknan da..so kami p la cafe blok B plak nasib yg sama...dgn sedih t'paksala buat keluar sumer makanan yg ada dlm loker n dgn pujuk hati masing, makan jerla makanan yg ada...right kami happy ^_^..



                                                                biskut pun biskutla


                                                              y??? selipar tandas????

huhu...kenapa erk selipar pun nk tangkap???...sbnarnye ada al-kisahnya, cz kami di blok c aras 3 ada peraturan macam kat hostel asrama skol dulu,kadang- kadang tue rase lucu gak...sebenarnya selepas pukul 12 malam segala-segala selipar tidak boleh letak dekat depan pintu sumuanya kena letak n susun atas rak jika tidak selipar kami kena kutip n kena tuntut nga felo plak and adalah denda dikenakan..ntah kenape 1 malm nie kami semua terlupa may be kepenatan study lewat malam n terlupa plak sal selipar kami nie..esok hari, bangun jer dari tido n nak pergi toilet..tengok2 hilang,kami apa lagi m'gelabahla m'cari kemana hilangnya sumer slipar, nk nangis pun pun ada( aik macam budak kecil jer)....nie sumer keje ketua aras la, rajin sgt mengutip selipar dimalam ari...huhu...nasib dia susun kat depan  bilik iron jer klu x..t'paksa la mngadap felo yg garang n cantik org yer...


                                                nie masa bukak puasa perdana.
.                                                             ngah beratur ambik makanan



sekarang sumer da jadi kenangan jer,...

CINTA OH JODOH

Tamat sudahhh ….cerita ‘Aku Masih Dara’. Pada yang masih belum tengok, tengok lah…tapi ingat scene yang bagi  cam keterlaluan tu pandai-pandai la klik button skip forward ke depan. Yang penting sekali, ambik pengajaran dan pelajaran yang terkandung dalam cerita tersebut. Apa yang ana dapat lihat, dalam cerita tersebut banyak menyentuh bab ‘hati’ dan ‘prinsip diri’.sebenarnya ana tak tengok pun citer nie tapi entah banyak sangat komen dari kawan2 tentang citer nie...so ana ambik peluang la jugak apa yang diorang kata kan tue...jadi conan sekejap..huhu

ana ada la jugak perasan, cerita ni ada persamaannya dengan cerita ‘Syurga Cinta’. Rasanya semua dah tengok kan…beza nya dengan filem Aku Masih Dara hanya pada permainan watak. ana masih teringat mesej yang terkandung dalam filem Syurga Cinta (kalau salah betulkan ye).

-“Cinta itu adalah permulaan jodoh. Cinta itu terbahagi kepada tiga. Pertamanya, jodoh dari syaitan; Kamu (lelaki dan perempuan) berkenalan, berpegangan tangan dan terus buat maksiat. Akhirnya wanita tersebut mengandung kemudian baru kamu menikah. Yang keduanya, jodoh dari jin; Kamu berdua berkenalan, dan kamu sukakan wanita tersebut dan wanita itu tidak suka kepadamu. Maka kamu bomohkan dan sihirkan dia supaya dia suka kepada kamu dan kemudiannya kamu bernikah. Yang ketiganya, jodoh dari Allah; Kamu berdua memandang antara satu sama lain, terus menusuk ke kalbu, dan kamu terus meminanginya dan dia terima pinangan kamu. Kemudian kamu bernikah, insya-Allah berkekalan keakhirnya. Itulah yang dikatakan ‘syurga cinta’.”

Dan dari filem Aku Masih Dara pula,

-“Setiap perempuan mempunyai 9 darjah keaiban iaitu ‘malu’. Apabila kesemuanya darjah keaiban itu hilang dalam diri seorang wanita, maka rosaklah akhlaknya. Berlakunya maksiat, penzinaan, dan semuanya itu adalah dosa-dasa besar - . bila adanya dosa-dosa besar susah untu kita mendapatkan ketenangan dalam diri. Sementara itu seorang lelaki itu memiliki 1 darjah keaiban. Sebab itu seorang lelaki itu suka mendesak, suka merayu, menzalimi wanita, memperdayakan wanita dan mempergunakan wanita.”

Selain daripada itu, sekadar nak kongsi apa yang terlintas di fikiran ana berkenaan dengan scene-scene yang mana memang tak patut dan jelas-jelas haram dalam Islam. Bukan sekadar cerita ini, tetapi mana-mana filem orang kita pun pasti adanya, dan memang menjadi kebiasaan dalam masyarakat saudara yang seagama dengan kita. Contohnya apa? of course  bab menutup aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan lain-lainnya. Pasti ramai yang menganggap hal ini normal dan perkara biasa yang tak perlu diperbesar-besarkan, sebenarnya dalam agama kita ia adalah perkara yang tidak normal dan jelas-jelas sekali dilarang dalam Islam. Ramai orang-orang kita melihat perkara ini dari sudut budaya hidup tapi bukan melihat daripada kaca mata Islam. Makanya, kita perlu mengubah mindset diri kita supaya tidak melihat dan menilai sesuatu perkara itu hanya melhat kepada suasana dan cara hidup masyarakat setempat tetapi melihat melalui kaca mata Islam.

Apabila seseorang itu bergelar seorang muslim dan mukmin, wajib keatas kita mematuhi segala yang dianjurkan syariat. Taat dan patuh kepada perinta Allah, dan meninggalkan segala yang dilarang oleh-Nya. Kesilapan yang berlaku diantara kita, terlalu mudah dan suka buat perbandingan dengan orang lain.
Misalnya;

A: Kenapa kau tak tutup aurat? Bukan ke tutup aurat tu wajib?
B: Aku tengok orang lain ada je yang tak tutup aurat. Cube tengok kat sana tu, siap pakai skirt lagi.

Daripada contoh dialog di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa, mereka ini tidak mengikuti atau tunduk kepada hukum Allah, sebaliknya mengikut hokum manusia yang hanya berlandaskan nafsu, dan berbicara dalam kejahilan. Maknanya, sebenarnya mereka tahu bahawa perkara tersebut salah disisi agama, masakan tidak…bukankah di setiap sekolah semua pelajar yang beragama Islam belajar Pendidikan Islam. Pernah saya post ayat ni (bab lain yep), “sebab diorang ikut mazhab ISA (Ikut Suka Aku)…”.

ana teringat seperkara, ustaz saya pernah cakap, macam mana nak tahu apa yang kita buat itu salah dan berdosa? Kita akan berasa bersalah dan tidak betul ketika hendak melakukannya. Contohnya, meninggalkan solat kerana urusan dunia. Memang tak dinafikan adanya orang-orang Islam sendiri yang tak menunaikan kewajipan ini sedangkan mereka tahu hal ini wajib, tetapi mereka tetap meninggalkannya kerana egonya tinggi dek kecetekan ilmu, kelemahan iman dan sifat takbur yang menebal dalam diri. Perkara-perkara inilah yang perlu kita elakkan dan wajib kita jauhi.


Pabila diri terasa jahil, Ilmulah cahayanya,
Pabila hati tidak tenteram, Al-Quran lah penawarnya,
Pabila iman mudah terlentur, Jaga mata jaga hati,

Pada kedua-duanya perlu dijaga…

Kerna hati raja kepada jasad yang bernyawa,
Dan mata senjata permainan syaitan yang berbisa.

diedit n ditambahbaikan oleh ana dr seorg editor ^_^