Tuesday, August 23, 2011

Tae-ho's story- ketabahan & kesungguhan

Assalamualaikum....
try korang tengok video nie....sebak pun ade
semangat kan budak nie mengharungi hidup walaupun fizikalnya x lengkap
tapi lagi best klu budak nie orang islam..lagi beruntung diakan
tapi jika nak dibandingka  dengan kita nie yang sempurna 
macam-macam keluhan diucapkan...---> saya tak boleh buat, saya tak pandai, saya lemah
macam-macam la..macam tak syukur langsungkan




be strong!!!!!
boleh tak....insyaAllah boleh kan
buat perancangan ---> usaha sungguh---> baru nak tawakal pun
jika nak difikirkan perjuangan?? masalah?? 
sampai mati pun tak kan habis
semua nie just cabaran & ujian kita sebagai hamba
so...be strong again & again.. ^ ^

selagi manusia dijadikan tempat pergantungan, masalah takkan selesai..
hanya Allahlah tempat pergantungan bagi manusia yg benar2 mengharapkan terbukanya pintu penyelesaian bagi setiap ujian hidup.. biarkan penyelesaian masalah itu mungkin mengecewakan manusia lain,tapi,bukankah ianya dtg drNya? 
~jagalah Allah,pasti Allah akan menjagamu~


Monday, August 22, 2011

Selamat Pulang Perantau

Assalamualaikum!!!! ^ ^
Hari ini tiba-tiba rajin plak buat post
yerla hari ini da termasuk hari ke-4 saya dikuarantinkan
borinkla jugak so buatla post nie
kepada my sis KHALILAH AZIMAH (cewahhhh) akan sampai besok 
selamat pulang ke negeri kelahiran
TAHNIAH habis jugak menamatkan pengajian 
selepas nie layakla nak jadi ustazah erk ^ ^
walaupun sekarang da tak pandai cakap ganung..
asyik cakap LORAK KL jewww
huhuhu......
may be da lame jadi orang KL kan(ahaks)
moga-moga balik ganung 6t dapat cakap ganung laaa

                 ape nie awak buat balik???


 WAaa banyakkan

abang jang cakap sampai berus jambang pun buat balik
awak tau tak sampai tergelak saya baca tau tadi
kenapa x sedekah jew..lebih-lebih lagi nak dekat rayer nie
moto ego tue 6t boleh la pinjam erk...
jangan risau saya da dapat lesen
tp "L" jew tau (jangan nk gelakla, ingat senang kew nk pnjat moto tue)
tapi tak kisahlah asal dapat lesen kereta cukupla


post nie special untuk awk (khalilah Azimah)

Mujahid da Nak balik KB

                 siap packing barang nak balik plak


                                 ayah mithali ^^

Da hampir sebulan mujahid duduk kat  umah tok ki, ingatkan sampai rayer..
Tut....tut..mak lang nga mak der plak kena chicken pox
abi dia cepat-cepat turun ke ganu bila tau
yerlaaaa...takut virus terkena anak dia plak
6t rindu mak lang nak tegok mujahid tolong kemas rumah (yer ker)
bangun sahur sama-sama
tido sama
.............
mujahid dak bijak & soleh, ape jew diarah sumer dia buat
walaupun tak pandai cakap lagi dia faham ape orang cakap
sampai kitaorang takut nak cakap hal secret2 nie...
btw sekarng mak lang da rindu Mujahid la >_<
6t datang lagi tau umah tok ki & tok mi yer
kesian Mujahid kena masuk nurseri balik 
klu x, boleh mak lang buat bola lagi untuk mujahid
.........^^

 Bola kertas mak lang ^^

Baca buku sebelum tido >_<


Saturday, August 20, 2011

Khadeejah khyrah & Akif Zharfan





                 Kepala kami da botok


Khyrah




Akif 




Khyrah


           Akif



Friday, August 19, 2011

chicken pox MENYERANG

orang kata, seumur hidup virus nie just serang sekali jew...
wah, sangat meriahla gatal rasanya bila terkenal pada diri sendiri
sebelum nie sedap-sedap jew tengok orang kena sekarang rasa plak
adus!!! gatal..gatal...



Tanda-tanda demam campak

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi
  • Batuk, selsema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot
*mula adikku tegur mataku merah macam sakit mata...tapi tak rase macam sakit mata pun just merah- merah jew.. ok niela simptom2 nyer

Kena kurantin lagi (10-14 hari)

  1. Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
  2. Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.
  3. Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.
  4. Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi
  5. Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa.
  6. Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi 
*alamak tak berayala saya tahun nie....

                     ambik ubat

yang kelakarnya tadi bile rujuk kat Dr dia kate macam kena gigik semut..agak-agakla
sebenarnya Dr ku temu hari nie Dr. baru kat klinik nie may be baru masuk tue
cze biasanya Dr. panel yang biasa ku jumpa da tua, hari lain ckit yang muda plak
pastu aku tunjuk bengkak yang berarir baru dia teragak=agak nak mengiakan plak..aduis..
da la nak kasi ubat kat ku nie rujuk i-pone dia dulu...kelakar btol (takut-takut tersalah dos kot)
* ape-ape jewla harap-harap tak ramai Dr. macam nie wujud kat negara kita =_=" & jangan lupa doa untuk saya nie yup moga-moga cepat sembuh..at least bolehla beraya jugak tahun nie, da la x prepare abis lagi untuk masuk U lepas rayer nie
*ape-ape pun anggap jew la Allah sedang menguji hambanya nie


Wednesday, August 17, 2011

UMT diHAtiku


Alhamdulillah, diriku juga tidak menyangka, impian semasa kecil ( takla kecil mana pun) sekarang menjadi realiti ^^. 
Bermulala al-kisah dulu-kala ku sentiasa menyebut " 6t klu ina da besar ina nak sambung study dekat-dekat jew 6t bolehla jaga Ummi ayah "......
dulu2 ku sentiasa mengira umur parent tahun ke tahun yang semakin meningkat ape yang lebih merisaukan takut tak sempat berbakti kepada parentku ini. yela 6t da nak habis degree or 4 tahun akan datang ayahku pun da nk masuk 60 keatas da...
kesian plak kat dia nak kena berarak sana-sini...tak sampai hatila plak, nie pun x taulah ayahku sihat atau tak..harap2 umurnya dipanjangkan...
" hidup ini x nakla mengusahkan orang"... tak dinafikan pada mulanya ku adala jugak apply U jauh2 terutamanya UUM ( bolehla merantau) tp ntah tiba last minute aku ubah balik apply U depan umah jew da  6 september 2011 ku bakal menjadi student --->






 






                            Rumah Universiti




                        Bangunan Falkulti pengurusan & ekonomi


Tak kisahla study kat mana-mana pun asal buat yang terbaik, buat ape pergi U yang GLAMOUR tp orgnya just nak enjoy( study x setara mana),harapan just menjadi insan yang berguna & solehah not cultre shock..jadi diri sendiri
                    IZZAH = kebanggan ( islam & family)

                    AMANINA = harapan kami/ cita-cita yang tinggi ( kena buat terbaikla nie harapan parent nie)
"memang berjuang akan terkorban ,kerana kita berjuang untuk berkorban,itulah syarat utk menggapai kebahagiaan hakiki,kadang-kadang akan rasa lelah dan tak mampu utk teruskan perjuangan,tp carilah titik semangat dariNya utk kau mengorak langkah ke hadapan..meski terjatuh berkali2,derita menguasai diri,pautlah hati pada pemilik hati agar terasa indahnya setiap penderitaan..jadikan setiap kesusahan yang hadir adalah suatu peluang untuk tingkatkan iman dan pergantunganmu pd Dia.."

perjuangan seterusnya di UMT

Tuesday, August 9, 2011

Berpudah biarlah solehah

Ramai wanita yang mengimpikan diri dinobat wanita solehah, tapi malang dalam ia mencari solehah ia tersilap langkah... Sedang ia berusaha memperbaiki diri sendiri, tanpa disedari ia sedang melumurkan najis pada hati sendiri.Kadang-kala hati bergelora inginkan perubahan, namun malangnya kerana kaki yang masih belum mahir berenang, akhirnya lemas di lautan dalam.Sebenarnya kenapakah anda berpurdah?cuba teliti, mungkin ada salah satu jawapan dibawah :

Mungkin kalian ingin menunjukkan pada orang lain bahawa kalian adalah solehah
Mungkin kalian ingin menawan hati lelaki yang beriman
Mungkin ingin dianggap sebagai seorang seorang gadis cantik, kerana kebiasaannya wanita berpurdah di kaitkan dengan seorang yang berwajah cantik
Mungkin ingin lebih menonjol berbanding kawan-kawan yang tidak berpurdah
Atau mungkin juga hanya kerana takut dirogol...

Andaikata salah satu jawapan diatas adalah selari dengan apa yang tersemai di hati kalian, tahniah! kerana nafsu kalian telah berjaya menumpaskan iman.


Solehah Bukan Di Mata

Lelaki bukan memandang solehah seorang wanita pada purdah yang dipakai, atau labuhnya jubah yang digandal.Namun solehah itu terletak pada hati.Ramai dikalangan wanita yang memakai purdah, tetapi apabila berbicara dengan lelaki, MasyaAllah! jauh sekali dengan penampilan, hanya indah khabar dari rupa, hidup hanya untuk sedap di pandang mata.Sahabat, bukan begitu caranya menjadi wanita solehah.

Tidak kurang juga yang memakai sarung lengan, sepatutnya bila kalian memakainya, cubalah kalian sembunyikan menggunakan lengan baju dengan semampunya.Inikan tidak, lengan baju yang elok kalian sinsingkannya(lipatkan untuk menampakkan sarung lengan).Untuk apa?untuk menunjuk-nunjuk?.Kalau begitu sama sahaja kalian dengan Mami Jarum yang suka menunjukkan perhiasannya.Dan kalian akan bersama-sama golongan seperti mereka menghirup azab api neraka.

Bukanlah bermakna saya menafikan kebaikan berpurdah atau tidak menyukainya, namun peringatan agar dalam melakukan sesuatu keharusan kita tidak menambahkan lagi dosa.Biarlah sucinya hati itu sesuci pakaian yang ada di tubuhnya, walaupun kita mengerti bahawa begitu sukar untuk mendapatkannya, tapi kita mesti teruskan usaha.Sesungguhnya Allah senantiasa bersama sangkaan hambanya.

Ikhlas Menutup Pintu Fitnah,

Pemakaian purdah sebenarnya bertujuan untuk menutup pintu fitnah, bukan menambahkan lagi kuantiti wanita yang bergelar solehah hanya di wajah.Sekalipun kalian berpurdah, belum tentu kalian memakainya semata-mata kerana Allah,renungkanlah apakah sikap dan sifat di bawah adalah kelakuan kalian :

>> Suka mengupload gambar berpurdah/berpenampilan solehah di Facebook
>> Menampakah wajah tanpa purdah kepada lelaki muhrim yang dicintai melalui Yahoo Mesengger atau sebagainya
>> Memakai purdah hanya di tempat-tempat tertentu
>> Memberikan gambar yang berpenampilan solehah kepada lelaki muhrim

Andaikata salah satu atau lebih daripada ciri-ciri yang saya berikan adalah wujud dalam diri kalian, maka muhasabahlah dan bertaubatlah kepada Allah memohon keampunan.Sesungguhnya mereka yang berpurdah itu hakikatnya mereka ingin menutup pintu fitnah pada diri mereka, tidak ingin dilihat oleh lelaki sekalipun wajah itu adalah ruangan halal untuk di zahirkan.Apatah lagi untuk dikongsi-kongsikan.Saya sebagai lelaki tahu untuk memikirkan, kenapakah kalian tidak pernah terfikir di benak fikiran?

Maksiat Di Sebalik Tudung

Fenomena yang tidak asing lagi mewarnai wanita bertudung, ada sebahagian wanita yang mengambil kesempatan bertudung untuk melindungi dirinya daripada disangka buruk bila bersama-sama dengan lelaki, sehingga tudung itulah yang dijadikan penutup wajah lelaki yang bersembunyi di sebalik tudungnya, membenarkan teman lelaki memuaskan nafsu serakahnya, bahkan ada yang jadikan tudung sebagai pakaian untuk mengaburkan mata manusia daripada mengetahui bahawa ia sedang hamilkan anak luar nikah.Kalau pakai tudung, orang takkan nampak ada dua tangan jantan yang sedang memegang "tombol" api neraka di badannya.Wanita inilah yang menodai kesucian mereka yang benar-benar memakainya kerana mematuhi syariat Allah.Demikianlah wanita yang bergelar calon ahli neraka yang akan menerima azab siksaan hari akhirat nanti.Ambillah nasihat yang baik daripada bicaraku ini. seperti mana diceritakan oleh kakak saya & ia benar berlaku di kolejnya

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri” (Al-Baqarah [2]: ayat 222)