Friday, October 5, 2012

Labbai Kallah Humma Labbaik


Agak sibuk kebelakangan ini.Dan banyak juga perkara yang perlu diselesaikan dalam satu masa. Serabut, bersabut dan pening juga kepala dibuatnya. Oleh sebab itu juga. Daya kreativiti saya di masa-masa ini berada pada tahap yang menyedihkan. Ada idea untuk menulis, tapi tidak punya masa yang mencukupi untuk menulisnya dengan baik.

 Preparation before berangkat ke madinah


Alhamdulillah, dapat juga my parent menjadi tetamu Allah. Pada mulanya kesihatan ummi tidak dapat ummi nak join pergi buat haji.. 3 kali buat medical cheakup tak lepas sungguh merisaukan untuk lepas dia pergi sana. ummiku sayang moga sihat-sihat sahaja disana yup. Apa-apa pun saya sentiasa berdoa Semoga selamat pergi dan pulang. Bertapa gembiranya ayah bila surat  sampai kat rumah. Sampaikan serbak + nak nangis bila call saya  (saya cool jer  times nie). 3 minggu sebelum ayah ummi berangkat, terpaksala belajar survival serdiri (kena berani bawak kereta, kadang-kadang bawak Yamaha EGOku kehulu-kehilir pergi kelas di UMT). Bila makcik-makcik ku tahu, habisla kena beleter..yelakan saya nie perempuan... baru dapat lesen plak tue...tambahan lagi sepupuku baru nie baru excident plak lagila mereka bimbang. pastu mulala diorang menawarkan diri duduk rumah diorang..bukan tak nak tapi tak suka menyusahkan.Terima kasih yup mak cik pak cik sekalian.


Hari ini sudah hampir seminggu my parent sudah berangkat, namun saya masih tidak berpeluang bercakap dengan diorang sebab hari-hari balik lewat.

Seminggu- dua ini hidup sedikit kelam kabut untukku uruskan, maklumlah perubahan peranan yang mendadak , terpaksa bermain peranan sebagai ibu dan ayah (kemas rumah, urus segala persekolah adik, tiap-tiap hari kena fikir menu apa nak masak,shopping barang dapur plus kena siapkan assignment yang kena hantar undersport,test , ntah kemana lagi nak buat revision, tiap-tiap hari kena drive sorang-sorang ulag-alik dari rumah  ke UMT, kadang-kadang klu ada kelas dan meeting terpaksala balik lewat malam ) sungguh tercabar, rupa ibu muda menguruskan rumah tangga pun ada...hehe...Sampaikan ada satu hari saya tak mampu nak bagi masa untuk pergi makan, pagi hari sudah keluar & kelas plak tak nak plak stop-stop just ada gap 1 hours, times gap plak ada call untuk meeting so terpaksa tahan sampai petang. Sampai petang plak sudah tak boleh makan sebab gastrik teruk sudah menyerang.. adess, minggu yang tak terurus bagi ku..apa-pa pun be strong sesungguhnya Pengalaman mengajarku tentang kehidupan. Adikku pulak asyik nangis jer malam-malam ingatkan my parent, sebagai kakak kena tabah & wahai adik ku sayang jangala asyik menangis kaukan lelaki nanti kakak kamu akan nangis sekali plak. InsyaAllah, hari ini lebih baik dari semalam.


 Anak manja nak lepaskan ummi pergi... sob..sob



Alhamdulillah juga, walaupun pada mulanya ada bad news , my friend inform me saya tak dapat asrama, namun tiba-tiba ada someone call me time kelas suruh ambil kunci di pejabat kediaman menyatakan saya dapat asrama. (nama saya tercicir di list yang ditampal but nama saya ada jer kat list staf) . Baru semalam terasa teruji dan cuba baik sangka dengan Allah. Tapi alhamdulillah esokkan Allah khabarkan khabar gembira (sangat bersyukur, sesungguhnya perancangan Allah sangat baik).

Sob..sob.. take care ummi ayah 


Mas 2 tingkat, first time tengok..ingat bas jer ada 2 tingkat nie...

Wahai diriku....

Walaupun siapapun kita hari ini

Bukan jaminan siapa kita di masa hadapan.

Tapi yang pasti

Siapa yang berusaha untuk membaiki dirinya hari ini,

Bermakna dia sedang bercita-cita untuk mencipta perubahan demi kejayaan

Bila??? Masa yang akan menetukan



 Miss my family


Ya Allah, 
SeSungguhnya amat banyak  limpah kasihmu,
Ku hirup dalam nikmat pelbagai
Namun doa kudus ini tetap  mengharap,
Agar kami terus ditambah nikmat

Monday, September 10, 2012

Tanyala CiK Braces


Assalamualaikum tak jawab dosa......

owh..lame tak update blog, cerita travelog  for next next day at beijing pun tak habis lagi..i'm busy lor (mengalahkan PM kita busynya)..pasal braces nie pun sudah lama tulis cuma dalam draf tidak di publish jer..so alang-alang tue publish jerla...Ceritanya begini, Sejak start pakai braces nie ramai plak peminat yang bertanya pasal my braces. Biasanya soalan dia berbunyi Cantiknya gigi dia berwarna- warni ( haha..naik segan betul bila ade yang suka memuji nie, yang suka pujinya bukan budak besar jer, adik-adik yang umur 3-4 tahun pun ada yang baby plak nak main sentuh-sentuh plak.... ), 'Sakit tak pakai braces? Kena cabut gigi tak? Berapa batang kena cabut? Macam mana prosuder nak pakai?

Orang Malaysia, sape tak tahu sangat terkenal dengan sikap fobia yang amat ketara. Iaitu fobia pergi klinik gigi atau jumpa dentist. Selagi gigi tak goyang, selagi dapat tolerate sakit gigi, selagi tu kental tak akan jejak klinik gigi. Jadi disebabkan kekentalan yang tidak berbelah bahagi ni, maka rakyat malaysia macam kurang exposure sikit pasal oral hygiene. kan...kan...kan... macam sayala, times kecik-kecik dulu gigi sudah goyang tak nak cabut, sampai main kejar-kejar plak dengan Ummi.. tengok sekarang gigi jadi tak cantik and terpaksala cari pengubatnya...pakai braces...

Baiklah, hari nie saya just nak cerita pengalaman pakai braces, tak nak la cerita scietific fact yang boleh korang tanya abang google. Pengalaman nie tak boleh dijual beli just saya jer yang merasai, terasa rugi plak tak dikongsi-kongsi kan.

Next...
Saya Izzah Amanina Binti Abdullah (kali nie kena tulis dengan detail sebab teringat plak ada orang kena sound tak sebut nama penuh time driving test JPJ hari tue, so hari ini nak try praktikla) sudah pakai braces hampir 1 tahun lebih, pakai braces sebab ada gigi tak nak keluar..hah!!, macam pelik jer kan dengar...

 Kisahnya begini, dahulunya gigi saya tak straight macam korang, yerla masa kecik gigi da goyang tapi still tak nak cabut. Da besar jadi complecated plak (padan muka kan ). Bila x-ray nampak ada gigi taring kekal kat dalam gusi tak nak keluar & gigi susu tak nak goyang2 (da berumur still ada gigi susu, nurse gelak jer).  Bila da masuk high school terikut-ikut dengan rakan sekelas buat braces, teringin sangat so cakapla kat my parent..Alhamdulillah selepas sesi membodek My Big Boss (ayah )  nak taja my braces, hati sangat girang.

Cara nak buat braces ada 2 cara

Private

Jika kat area Kuala Terengganu, setahu saya just ada satu klinik yang buat, “ Klinik Hamidah, jalan Air Jernih”. Tapi mostly, harga pun cantik area 3k-5k, sekarang rasa sudah up sedikit kot tapi bayar bukan serentak semuala. Setiap kali appoinment biasa kena charge 100 keatas, ini mengikut apa yang doktor tue buat kat gigi kita. Jika banyak dia letak kat gigi kita banyakla kena charge. Masa saya dulu, doktor just cheak biasa-biasa & buat appoinment pun da kena charge RM150

Goverment

Biasalanya kena Waiting list 2-3 tahun, macam saya daftar masa form 3, time masuk kolej baru nama dipanggil. Jika kira-kira hampir 3 tahunla. Firstly, kena pergi cheak gigi di klinik gigi goventment berdekatan. Cakap kat miss doc tue, “ saya datang nie nak buat braces”, pastu nanti cheakla gigi kita sama ada layak atau tidak terima rawatan ortodontik nie, jika layak dia akan cuci gigi anda, cabut & tampal yang mana patut. Setelah selesai dia akan hantar nama kita ke Klinik Ortodontik (sebelah HSNZ bagi area KT). Pastu tunggula 2-3 tahun sehingga dapat call dari pihak klinik. Jika bernasib baik dapatla. Tapi biasa gov nie lebih fokus kepada yang masih school – umur 18 tahun.



Pada mulanya, saya ikut prosedur govement seperti diatas pastu tawakal & doa banyak-banyak moga diri ini terpilih. Tapi tunggu sudah hampir 2 tahun nama tak naik-naik pun untuk dipanggil & hati pun da tak sabar untuk merasa braces nie pastu apa lagi pergila yang private . Nasib baik ada Big Boss yang baik hati nak taja.. Alhamdulillah, semasa proses nak pakai braces nie sedang digiatkan dapat panggilan dari nurse klinik ortodontik goverment  yang baik hati “ NAMA ANDA DIPANGGIL UNTUK.........” time nie tengah orentasi di kolej ( KTD)..hati nie melompat-lompat dapat pakai braces free, Big Boss plak kata selamat duit i.. but still kena bayar ok tapi lebih murah dari buat kat private klinik


Seterusnya candid sebelum hinggala pakai braces...

nie time sebelum operate and then....habis bengkak muka kesan bius, banyak darah ooo..




Warna braces (elastic band) kegemaran adalah pink/turquoise. Terasa macam baby-baby gituu..after eat, Cheaking time


SAKIT TAK PAKAI BRACES?
Kalau saya kata tak sakit. Penipula la kan. nampak sangat nak promote orang pakai braces haha! Sakit oooo. Tapi mula-mula je la. Sakit dia tolerable. Kalau korang pakai braces, ada 4 jenis kesakitan yang  bakal korang alami. 

1. SAKIT BILA PAKAI SEPARATOR - separator ni adalah penjarak gigi. orthodontic akan letak separator kat in between gigi geraham korang yang kuat tu supaya gigi korang jarak-jarak sikit. Separator ni dipakai before orthodontic fix braces kat gigi korang. Kiranya rasa sakit tu sekali je. Tahap kesakitan adalah melampau sampai tak boleh nak makan apa-apa. Lama kesakitan : 3-5 hari

2. SAKIT SEBAB ADA ULCER - ulcer ataupon nama kampongnye mate ikan akan mula menumbuhi mucous membrane, justin bibir & lidah. Tahap kesakitan adalah tahap tahap ayam jer kalau nak dibandingkan dengan kesakitan yang dialami ketika memakai separator. Kenapa boleh ada ulcer? Good question ladies & gentlemen. Sebab braces tu adalah besi yang dianggap foreign matter oleh cik mulut. Lagi satu, cik mulut menghadapi masalah adaptation yang menyebabkan brackett braces berlanggar-langgar dengan anatomy cik mulut anda. Lama kesakitan : 1minggu atau lebih bergantung kepada kehebatan cik mulut mengadaptasi

3. SAKIT SETIAP KALI FOLLOW UP SEBAB WIRE TERLALU KETAT - kesakitan ini akan datang menghampiri anda setiap kali anda balik dari follow up (sebulan sekali). Orthodontic akan ketatkan wire supaya gigi anda rapat. Tahap kesakitan bergantung kepada berapa ketat orthodontic tu nak. Rasa sakit dia macam gigi nak luruh. Lama kesakitan : 1-2 hari. pada mula pakai tue terasa macam nak cabut jer semua gigi nie sebab sakit dia tau-tau jerla kan...ouh, tak perlu mengeluh ok..jadilah manusia yang STRONG baru handsome ><

4. SAKIT SEBAB CABUT GIGI - haa yang ni ramai orang cuak. cabut gigi memangla sakitkan sebab gigi tu sihat, utuh & cekal. Tapi apalah sangat cabut gigi sebatang dua untuk kecantikan yang abadi betol? Bagi saya semua ni bergantung kat kecekalan semangat kita. Kalau ko pikir sakit-sakit dah tentu arah la sakit. Cuba la sekali sekala korang pikir, alangkah indahnya cabut gigi, akan kucuba jadikannya satu hobi di waktu senggang. Kan? saya dulu kena cabut 5 batang gigi. Geraham ok. Sebelum cabut gigi, kena 4 injection anestesia. Jangan takut Yang penting, tabah bro!
Oleh sebab saya nie Kes pelik sedikit terpaksala buat operate kat hospital, diberi bius penuh.. masuk bilik bedah jam 11 lebih keluar jam 4 lebih..uh, paling tak suka duduk kat hospital..boring kot



 SUSAH TAK NAK JAGA BILA PAKAI BRACES NI?
Tak susah. Yang penting follow up jangan miss ok. Follow up tu penting untuk determine progression gigi. Anyway, sebab pakai braces, jadi saya pakai 2 jenis tooth brush. 1 yang khas untuk braces (boleh cari kat guardian/watson) & 1 lagi interdental + listerine. Sebab pakai braces, makanan senang terlekat kat brackett, so it is advisable untuk beli interdental toothbrush supaya senang nak remove plaque. Saya kalau gosok gigi lama kot. 10 minit jugaklah. Lepas tu terus rasa penat,time mandi pun LMAO. Oh ya, saya pergi mana-mana mesti bawak mineral water + berus gigi jika rajin. You dont want that broccoli to stuck on your brackett dont you?



SEGAN TAK PAKAI BRACES?
Bangga. Asal nak segan? Eh jap jap pernah jugak segan masa cabut gigi tu kan. Gigi gongak wakakaka. Tapi bila gigi dah mula teratur, thats the sweetest thing ever baby. Memang la saya nak senyum sampai telinga. The thing is, bila korang pakai braces, orang akan pandang korang like korang ni alien. Korang kena cekal & build up your confidence level. Dorang pandang tu bukan sebab korang nampak bodoh atau buruk. Tapi its just that, braces tu jarang orang pakai & people tend to stare & menghayati keunikan braces itself LOL ! 

- - - - - - - - - - - - - - - -


Harap dapat membantu korang sedikit sebanyak ;) Sorry kalao terover. Anyway, bagisaya pakai braces tidaklah teruk mana pon. tidaklah sakit sangat. Sakit kejap je lepas tu okdah. Macam sekarang ni, memang saya dah tak rasa sakit langsung. Mungkin 6 bulan yang pertama je kot rasa uncomfortable lepas tu korang rasa selesa sampai rasa sayang nak bukak! So pada sapa yang nak berbraces tu, sila teruskan niat anda! Akhir kata, yang baik datang dari Allah & yang buruk itu datang dari saya sendri. Take care!




 Antara budak suka nak pegang my braces...aip tak boleh!





Thank you for reading this entry ! 



*sedikit Tip from blogger Fatin Liyana

Saturday, July 14, 2012

Hati Yang Tenang


Alhamdulillah....Alhamdulillah ramadhan datang lagi

Jom tenangkan jiwa untuk menyambut Ramadhan dengan penuh bahagia. Bersihkan masalah HATI  dahulu sebelum berjumpa RAMADHAN.

Sebagai umat islam, tiada istilah ‘jiwa kacau’ kerana kita mempunyai Allah yang maha Kuasa dan Maha mendengar. Jiwa pasti mempunyai tempat bergantung dan mengadu yang paling istimewa. Allah tidak pernah menolok rintihan dan luahan hambaNya. Senyumlah selagi nafas Allah kurniakan kepada kita insan pilihan. Hidup ini terlalu singkat untuk murung dan melayan perasaan tidak keruan.

Hati umpama kain yang putih
Jangan dicorok sedih dan rintih

Hati itu perlukan isi
Bukan hanya dengan fantasi

Hati itu amat sensitif
Usah biar selalu negatif

Bacalah selalu buku motivasi & fikrah
Sebagai panduan hidup berbudi

Hati itu perlu sahabat
Zikir dan Quran itulah ubat

Hati itu persoalan jiwa
Sebentar menangis sebentar ketawa

Pujukan iblis teramat kuat
Sabarkan hati tabahkan semangat

Jika sudah terlajur laku
Segera kembali kepada Yang satu

Sunnah-sunnah terus lakukan
Terkadung hikmah tiada bandingan

Dengan amalan yang istiqamah
Insya- Allah jiwa tiada gelisah

“ Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan keduakaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.” (Riwayat ibn Sunni No.351)

Hidup adalah pentas perjuangan dan salah satu antaranya adalah perjuangan ketika berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Kita tidak terlepas daripada berselisih pendapat , dan berbeza pandangan dengan orang di sekeliling kita.

plezzz... JANGAN lupa Target kita sempena RAMADHAN kali ini  >_<
 


Friday, July 13, 2012

CATATAN PERJALANAN DI BUMI TUHAN, BEIJING (PART 3)


Bersambung di part 3..
Assalamualaikum dan salam sejahtera... >_<

Nak update  part 3 nie memakan sedikit masa disebabkan oleh kerana beberapa kekangan
...memilih gambarnya  yang begitu banyak, apa tidaknya  Kolek punya kolek dari semua kamera totalnya sampai 56 GB..ish!, bergambar sakan kawan-kawan saya nie... nak buat susunan perjalanan yang seharian suntuk...+ kena siapkan kerja dokumentari yang sepatutnya hantar bulan 8 nie...tak campur aktiviti personal lagi.......

Teringat kembali kata-kata ini...

Sejuta penceritaan tidak akan sama dengan secalit kenangan yang terukir.."-Dr Hamdan

....apa yang saya ceritakan ini tak akan sama dengan pengalaman kita lalui sendiri... & banyak lagi nak dikongsi tapi..

Apabila duduk berbincang +berkawan  bersama-sama DR.hamdan, ustaz Razi, Ustaz Kasyf & puan isma selama di bumi Beijing ... macam-macam gelagat yang ada, sampai tidak rasa ada perbezaan antara student dengan lecture, yerla jika dalam bas siap main teki-teka, share & caring satu sama lain,makan satu meja, melawak entah apa-apa....tetapi dengan ini membuatkan hubungan kami & lecture semakin rapat. Jika sampai di sesuatu tempat dilawati saya lebih senang berjalan dengan my lecture, ( Dr.hamdan,Ustaz Razi , Pn.Isma or ustaz kasyf ) kerana bila  bersama mereka , mereka akan mengeluarkan pendapat, pandangan tentang sesuatu yang mereka lihat..ini membuatkan ilmu saya +++++ ( ambil  kesempatanla jugak)

Seterusnya ini antara tempat kami lawati pada 30/6....
  
PAGI ini kami mendarat di bumi Beijing, Alhamdulillah, cheak in hotel terus solat subuh & selesai mana yang patut then rehat di atas katil yang empuk + penghawa dingin ( Alhamdulillah,walaupun masa untuk rehat sekejap sahaja at least boleh menghilangkan sedikit rasa kepenatan )

Jam 7.30 kami berkumpul di Lobi hotel

Sementara tunggu kawan-kawan lain turun dapat juga beramah mesra dengan satu family dari malaysia, asal dari Syah Alam 





Sembang-sembang pasal serunding, iron &....

Macam mana entah tiba-tiba boleh keluar pasal serunding bagai. oppss...Aunty nie cakapla masa First day dia sampai, dia speaking dengan staff sana mintak iron, tapi kecewoo diorang tak faham pula, pening dia buatnya, entah nak guna language apa lagi (Negara Chinakan taat setia dengan bahasa bondanya). Seterusnya kami tawarla, klu nak kami ada bawa dari Malaysia jika nak pinjam bolehla datang bilik kami (siap bagi nombor bilik sekian2..)...bukan setakat Iron kami bawa segala mak nenek kami angkut dari malaysia (serunding, sambal,maggi, makanan, plat station...KEROPOK LEKOR pun ada, patutla beg overweight pun ) 

Walaupun baru jer kenal, tapi bersembang macam sudah lama kenal.. 

Seterusnya, sebelum bergerak ke First place destination yang patut kami lawati, kami break first dahulu di sebuah Restoran Muslim . Biasanya, orang jika sudah Cheak in di Hotel mesti ambil package makan di Hotel itu jugakan, tapi kami tidak, sebab makan di Hotel sudah tidak terjamin Halalnya, so terpaksala cari restoran di luar 




  Restoran Western Mahua

Restoran in terletak berdekatan dengan hotel penginapan so kami pergi naik bas yang memakan masa 15 minit . Jika di Beijing, untuk membezakan restoran muslim dengan restoran lain papan tanda dia mesti berwarna HIJAU (kebetulan sama pula dengan warna tema baju & banner kami...HIJAUKAN beijingla plak ). Walaupun ia merupakan restoran muslim, tapi didalamnya penuh dengan minuman arak ( bak kata Ustaz Razi : klu dekat Malaysia nie, Aku x pandang pun ini punya restoran..hehe..)



Gambar di atas merupakan menu Break first kami selama di Beijing,  tapi apa saya terkejut pinggan, judge yang sudah "sumbing" still dipakai.. Jika ikut sunnah nabi, sama sekali ditegah dan dilarang memakainya..makruh hukumya kerana ia membahayakan. Sudah terhidang pakai jerla kan..pada mulanya agak kekokla juga.

Hadis dari Abu Said Al-Khudri bahawa ia mengkhabarkan:

 "Rasulullah SAW melarang minum dari bahagian cawan yang pecah dan melarang untuk bernafas dalam air minuman." 

Seterusnya, tepat Jam 9.50 pagi kami sampai di Beijing Foreign Studies University ( BFSU ), agak terujala juga tengok suasana universiti di negara orang. Sementara menunggu kedatangan warga BFSU, biasala bergambarla dulu, posing sana posing sini...





Kedatangan kami telah disambut mesra oleh Penyandang Kerusi Pengajian Melayu, BFSU, Prof. Dr Muhammad Taib Dora dan wakil pelajar malaysia di universiti itu. Dalam sesi dialog yang ringkas itu, kami telah didedahkan mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh beliau dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu di sana. Sepanjang sesi ini juga kami sempat menemubual wakil pelajar-pelajar Malaysia di sana, sedikit sebanyak peserta dapat mengetahui  mengenai suasana sesi pelajaran dan graduasi, cabaran yang pernah mereka hadapi serta cara interaksi mereka dengan pelajar dan pensyarah  disana



 Nampak tak gambar petak-petak yang kakak tue lukis, sebenar dia sedang menceritakan bentuk Kota Beijing, dimana ia sudah dirangcang 600 tahun dahulu lagi, totalnya beijing mempunyai enam lingkaran dan BFSU ini terletak di lingkaran yang ketiga. Bahagian tengah sekali merupakan Pusat pertadbirannya dan sekarang Pemerintahnya sedang merancang untuk mewujudkan lingkaran yang ketujuh pula...teruja betul apabila mendengar penerangannya. patutla tengok kotanya strategik jer,jalan raya straight  (tak mudah Trafik la begini),sepanjang jalan penuh dengan pokok redang &  pokok bunga...suasana graduasi disana pula, mereka just bagi sijil dan jubah kepada para graduate pastu pergila nak bergambar pun & siap bergelar graduate (ringkaskan), tidak grand seperti di Malaysia, tapi sepatutnya beginila caranya jika nak dibandingkan zaman rasulullah mana ada macam kitakan, yang penting ilmu...

Suasana pembelajaran disana pula, meraka cakap macam di zaman sekolah still pakai kapur, tunggu lecture masuk, dalam kelas dan paling seronok mereka akan duduk dalam kelas yang terdiri dari semua pelajar Malaysia dan sesetengah subjek jer mereka akan gabung kelas ( tidak banyak beza sangatla dengan cara kita di Malaysia)..tempoh pengajian disana selama 5 tahun (1 tahun Foundation, 4 tahun degree), kebanyakkan mereka ambil course bahasa Mandarin merupakan di bawah tajaan MARA & KPT dan  apabila meraka grad, balik malaysia akan jadi cikgu bahasa Cina. Best jer dengar mereka bertutur bahasa mandarin ( yerla jarang tengok orang melayu bercakap bahasa cina ). Tetapi ada juga orang Malaysia yang ambil course lain disini seperti course business tapi tajaan PAMA (parent ) la...



agak-agak ada yang kenal tak bila tengok Student BFSU dan Lokasi nie

hehe...siapa pernah tengok SHORT FILM nie mesti kenal...


   & 









Next, sebelum meneruskan pergi melawat tempat seterusnya kami LUNCH dahulu


 
Suasana bilik VIP (masa nie segan lagi nak makan dengan Lecture, tau-tau jerla makan kenalah beristiadat sikit, tak boleh ketawa kuat-kuat..makan pun kena sopan-sopan..


 
Saya dan yang lain dibilik ini, satu meja 10 orang. Hari-hari makan besar, tapi still kena makan sopan sebab staff dia tengok kami makan, tercegak jer kat pintu tue & telur dadar wajib ada setiap menu tidak kirala waktu makan mana (muka macam telur da). Setiap hidangan sayur sahaja lebih dari 5 jenis & Nasi dia pun banyak kanji, makan sikit pun sudah kenyang ( kata kawan saya patutla kulit orang Cina cantik, makan nasi yang banyak kanji rupanya )..apa-apa pun bersyukurla

Seterusnya, ke  SUMMER PALACE


 
walaupun di musim panas..suhu di sini tetap dingin dan nyaman. Di sini juga menjadi tempat persinggahan Maharani Cixi ketika musim bunga dan panas. Tasik disini time musim panas akan ditumbuhi dengan pokok bunga teratai (cantik sangat ). Summer Palace ini terletak di utara Beijing. Ia dikelilingi juga  bukit yang namanya Longevity Hill dan Tasik Kunming yang luasnya kira-kira 2.9 kilometer persegi. 3/4 kawasannya adalah tasik. Struktur bangunannya sangat cantik dan klasik




Di belakang sana terdapat istana yang sangat cantik,tapi kami tidak berpeluang hendak pergi seberang sana kerana kesuntukan masa.

Summer Palace (Istana Musim Panas), pada zaman dahulu ia berfungsi sebagai istana singgah bagi Maharaja-maharaja Dinasti Qing. Maharaja, Maharani dan gundik-gundik serta keseluruhan rombongan akan pergi ke istana ini pada musim panas berikutan suhu di Beijing sangat panas. Pada hari-hari biasa diorang tinggal kat Istana di Forbidden City.

Satu daripada ciri landskap utama istana ini ialah Tasik Kunming yang luasnya 2.2 kilometer persegi. Masa musim sejuk, tasik  ini beku dan ia digunakan untuk aktiviti luncur ais (bestnya tapi tak berpeluang pula... )


Next destination ke THE FRESH WATER PEARL CENTER ( Pusat MUtiara)





 Sesi teka-teki, Berapa biji Mutiara ada didalam (MasyaAllah, indahnya Cipta-Nya ) & mutiara nie terdapat banyak warna, ia berdasarkan kandungan kalsium +++ )

Tidak terlepas juga untuk memborong alat perhiasan & Krim muka Mutiara, harganya bolehla tahan (pilih-pilih jangan tak pilih..tempat first shopping, time nie tak reti lagi nak tawar- menawar sebab tak tau lagi keadaan orang sini, masa nie saya RUGI sebab kawan saya dapat lebih dari saya pada harga yang sama...Kecewalaaa, tapi tak mengapa masih belajar..>< .)



Bersama Mr. liew


NEXT solat time.........



Masjid pertama yang kami lawati ialah Masjid Nue Jie yang merupakan masjid tertua di Beijing dengan umur mencecah 1000 tahun. Selepas berada sendiri di dalam masjid ini, apa yang dapat dilihat adalah seni bina masjid ini mempunyai keunikan dan ia masih kukuh dan tak lapuk di telan zaman. Di sekitar masjid nue Jie ini juga terdapat pekampungan muslim dan pasaraya muslim (tapi setelah solat orang lain pergi ke pasaraya muslim, tapi saya berehat sahaja di masjid ini, melihat keindahan masjid dan sempat lagi bersembang dengan penduduk yang menjaga masjid ini ) . Letih seharian berjalan tapi rugila plak rasa tak masuk pasaraya muslim. Pasaraya muslim nie just menjual produk dijamin halal jer untuk orang islam disini dan pelanggannya  kebanyakkan dari kalangan orang islam.

 Alhamdulillah, dapat juga beribadat di sini >_<


  sempat lagi, bermain bulu tangkis dengan penduduk setempat (sementara tunggu kawan yang lain bershopping di pasaraya muslim)

Next pergi tengok pertunjukkan arkrobatik



molek sangatla baru jer solat tadi selepas tue pergi tengok akrobatik plak...istighfar jerla masuk dalam nie...hihi...sekejap tunduk sekejap tengok balik (jaga pandanganla sangat kan)...nak kate hebat tak taula, teruja jer sebab boleh buat aksi yang saya tak boleh buat (lentik sana, lentik sini ), ramai pula penonton yang tengok sekali sampaikan tak cukup tempat duduk

Next, sebelum balik hotel DINNER dulu ( sudah lapar nie )




Next BAlik Hotel
Jam 7.45 pm sampai hotel ( aktiviti persendirian )

Selepas balik ingat nak rehat jer kat bilik tapi kawan-kawan plak ajak keluar.. mula teragak-agak juga nak join sebab jika di rumah my parent manalah benarkan keluar merayap nie malam-malam... lastly joinla juga tapi bukan merayap saja-sajala tapi pergi melihat, mendekati & buat researchla tentang kehidupan setempat. Tapi bila kami keluar tengok ustaz-ustaz aka my lacture terlebih dahulu dari kami, siap bershopping baju lagi...ish..ish..




 Just tengok je, tak beli pun. buah kat atas tue pun ustaz Razi belanja ( best sungguh..hihi).Apabila memerhati kehidupan sekitar kebanyakkan mereka menghabiskan waktu malam mereka beramai-ramai tengok Tv yang dipancar screen pembesar di kedai + yang lelaki tak pakai baju (panas kot ).. disebelah hotel kami, ada pusat hiburan (karoke) + arak pun bersepah sekali, kami pandang jerla..pengalaman yang menakutkan semasa lintas jalanla, tahu-tahu jerla pemandu dia macam mana bawak punya kereta tahap kelajuan ( kami melintas jalan pun lintang pukang sekali ) & jam 10 malam di sini semua kedai sudah pun da nak tutup (awal betul)...walaubagaimanapun sedikit sebanyak memberi pengalaman yang sangat berharga kepada saya...

Sekian sahaja untuk hari ini
bersambung lagi di lain part....