Agak sibuk kebelakangan ini.Dan banyak juga perkara
yang perlu diselesaikan dalam satu masa. Serabut, bersabut dan pening juga
kepala dibuatnya. Oleh sebab itu juga. Daya kreativiti saya di masa-masa ini
berada pada tahap yang menyedihkan. Ada idea untuk menulis, tapi tidak punya
masa yang mencukupi untuk menulisnya dengan baik.
Preparation before berangkat ke madinah
Alhamdulillah, dapat juga my parent menjadi tetamu Allah. Pada mulanya kesihatan ummi tidak dapat ummi nak join pergi buat haji.. 3 kali buat medical cheakup tak lepas sungguh merisaukan untuk lepas dia pergi sana. ummiku sayang moga sihat-sihat sahaja disana yup. Apa-apa pun saya sentiasa berdoa Semoga selamat pergi dan pulang. Bertapa gembiranya
ayah bila surat sampai kat rumah.
Sampaikan serbak + nak nangis bila call saya
(saya cool jer times nie). 3
minggu sebelum ayah ummi berangkat, terpaksala belajar survival serdiri (kena
berani bawak kereta, kadang-kadang bawak Yamaha EGOku kehulu-kehilir pergi
kelas di UMT). Bila makcik-makcik ku tahu, habisla kena beleter..yelakan saya
nie perempuan... baru dapat lesen plak tue...tambahan lagi sepupuku baru nie
baru excident plak lagila mereka bimbang. pastu mulala diorang menawarkan diri
duduk rumah diorang..bukan tak nak tapi tak suka menyusahkan.Terima kasih yup
mak cik pak cik sekalian.
Hari ini sudah hampir seminggu my parent sudah
berangkat, namun saya masih tidak berpeluang bercakap dengan diorang sebab
hari-hari balik lewat.
Seminggu- dua ini hidup sedikit kelam kabut untukku
uruskan, maklumlah perubahan peranan yang mendadak , terpaksa bermain
peranan sebagai ibu dan ayah (kemas rumah, urus segala persekolah adik,
tiap-tiap hari kena fikir menu apa nak masak,shopping barang dapur plus kena siapkan assignment yang
kena hantar undersport,test , ntah kemana lagi nak buat revision, tiap-tiap
hari kena drive sorang-sorang ulag-alik dari rumah ke UMT, kadang-kadang klu ada kelas dan
meeting terpaksala balik lewat malam ) sungguh tercabar, rupa ibu muda menguruskan
rumah tangga pun ada...hehe...Sampaikan ada satu hari saya tak mampu nak bagi masa
untuk pergi makan, pagi hari sudah keluar & kelas plak tak nak plak stop-stop
just ada gap 1 hours, times gap plak ada call untuk meeting so terpaksa tahan
sampai petang. Sampai petang plak sudah tak boleh makan sebab gastrik teruk
sudah menyerang.. adess, minggu yang tak terurus bagi ku..apa-pa pun be strong
sesungguhnya Pengalaman mengajarku tentang kehidupan. Adikku pulak asyik nangis
jer malam-malam ingatkan my parent, sebagai kakak kena tabah & wahai adik
ku sayang jangala asyik menangis kaukan lelaki nanti kakak kamu akan nangis
sekali plak. InsyaAllah, hari ini lebih baik dari semalam.
Anak manja nak lepaskan ummi pergi... sob..sob
Alhamdulillah juga, walaupun pada mulanya ada bad news ,
my friend inform me saya tak dapat asrama, namun tiba-tiba ada someone call me time
kelas suruh ambil kunci di pejabat kediaman menyatakan saya dapat asrama. (nama
saya tercicir di list yang ditampal but nama saya ada jer kat list staf) . Baru
semalam terasa teruji dan cuba baik sangka dengan Allah. Tapi alhamdulillah
esokkan Allah khabarkan khabar gembira (sangat bersyukur, sesungguhnya
perancangan Allah sangat baik).
Sob..sob.. take care ummi ayah
Mas 2 tingkat, first time tengok..ingat bas jer ada 2 tingkat nie...
Wahai diriku....
Walaupun siapapun kita hari ini
Bukan jaminan siapa kita di masa hadapan.
Tapi yang pasti
Siapa yang berusaha untuk membaiki dirinya hari ini,
Bermakna dia sedang bercita-cita untuk mencipta
perubahan demi kejayaan
Bila??? Masa yang akan menetukan
Miss my family
Ya Allah,
SeSungguhnya amat banyak limpah kasihmu,
Ku hirup dalam nikmat pelbagai
Namun doa kudus ini tetap mengharap,
Agar kami terus ditambah nikmat
No comments:
Post a Comment