Sunday, September 18, 2011

Barakallah mirah :)

Terharu rasanya , Alhamdulillah, sahabatku telah selamat menjadi Isteri orang pada 15 september 2011.Sorry, tak dapat hadir yup.Tahniah dan selamat Pengantin Baru Untuk mirah dan Suami. selamat mendirikan rumah tangga… Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu, iman yang sempurna, ilmu yang Memberikan menafaat, Rezeki yg. Halal, Anak yang Soleh, rumah tangga yang bahagia, Usia yang Berkat, Doa yang Mustajab, hajat yang Tertunai, kesihatan yang Berterusan, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti..
Ya Allah, Ya tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkan Doa kami Untuk pengantin tersebut… dengan berkat nabi kami Nabi Muhammad S.A.W dan dgn berkat Amalan kami yang paling Ikhlas…..
AMIIN.....














just hantar wakil :)
                 


Thursday, September 15, 2011

Dunia Universiti


Hari ini hampir dua minggu saya berada di  UMT.sekian lame tidak menatap wajah2 FB & x berblog akhir-akhir ini dek kesibukan berorentasi.Tak kenal maka tak cinta, mula-mula jejak kaki UMT macam tak bermaya, takut & strees. TApi sekarang bile da masuk, semakin cinta plak akan UMT  kerana tertarik dengan aset UMT miliki..dia ada pulau sendiri ( setiap student & staf UMT wajib pergi  survival laut di pulau bidong  selama 2hr 1 malam) , ade kapal sendiri,dewan yang serba mewah (ala-ala snow),library serba canggih & cantik  ( semua touch & go) tapi sedikit letih untuk berulang-alik dari kolej kediaman ke falkulti sejauh 2 km..time nie terpaksa guna kaki untuk mengayuhnya.

                                               
 Kadang kala diri terlalu risau akan suasana terlalu bebas.. jauh & sangat-sangat  berbeza jika nak dibandingkan  dizaman persekolahan & matrik. Tidak ada sesiapa yang akan menghalang, marah kepada kita untuk membuat sebarang aktiviti. semuanya bergantung pada diri sendiri.Takut diri ini cepat hanyut dengan suasana & keadaan.

Tapi itu bukanlah satu keutamaan yang perlu saya fikir dan risaukan. Kerana menetapnya saya di sini punya misi dan tujuan yang perlu saya capai. Hidup dimana-mana pasti ada cabaran & dugaanya. Tidak ada tempat yang boleh kita letakkan pergantungan melainkan kepada Allah pencipta kita.

Saya bersyukur sangat-sangat kerana ditempatkan di IPTA kerana jika dikenangkan akan nasib 30414 orang lagi yang tidak dapat mana-mana U. Tapi kekadang terfikir akan  harapan manusia kepada aku. Tingginya cita-cita mereka yang ingin melihat aku berjaya. Hingga pernah aku terdetik di fikiranku, mampukah untuk aku memenuhi cita-cita mereka? Mampukah aku membenarkan harapan mereka kepada aku? Mampukah untuk aku perkenangkan doa-doa mereka? Mampukah ini? Dan mampukah?

Kerana yang aku rasa, aku hanya seorang hamba yang tidak mempunyai apa-apa yang hendak dibanggakan

Apabila terlalu banyak yang mengharap dan yang mendoakan, akhirnya muncul satu perasaan tidak tahu dari mana asal usulnya.

Perasaan takut untuk meneruskan kehidupan di sini. Takut dan bersalah.Takut tak dapat DEKAN.  Takut tidak mampu untuk membawa pulang kejayaan seperti mana yang diharapkan. Bersalah tidak mampu membawa balik harapan yang disandarkan ke atas diri ini.

Ya Allah.takut perasaan ini akan mendatangkan bebanan kepada diriku
Tapi hatiku sedikit terubat apabila hatiku sedikit terisi dengan Ilmu Allah, yang mengatakan " belajar bukan untuk cemerlang tapi belajarlah ini untuk  islam,untuk majukan islam,terus gemilang & kebanggaan islam. buang perasaan untuk mengejar kecemerlangan dunia sahaja tp tapi kejarlah kecemerlangan dunia & akhirat.jika mengejar kejayaan dunia sahaja, diri kita akan sentiasa akan terasa kecewa & sedih jika tidak mencapai target.

            mereka sudah maju kehadapan....saya plak tak kan tak boleh..

STRONG!!! STRONG!!
U SMILE ...I SMILE ^ -^

       lawatan ke Falkulti pengurusan & ekonomi





        setelah bergelar mahasiswi UMT


              explorace game...wakil falkulti FPE, we won 3rd place..cgrate sumer

Friday, September 2, 2011

jambatan ke akhirat

Sedar atau tidak, kita semua sebenarnya dalam perjalanan menuju kehidupan menuju akhirat. Perjalanan kita di atas dunia ini ibarat melalui sebuah jambatan yang mesti dilalui oleh setiap manusia sebelum menempuh atau sampai ke alam akhirat.
Maka, kehidupan duniawi adalah jambatan yang menyampaikan kita ke alam akhirat manakala kehidupan ukhrawi itulah kehidupan yang maha kekal lagi tiada penghujungnya. Dalam kata-kata yang lain, kehidupan dunia ini adalah medan persediaan dan persiapan umat manusia sebelum untuk kehidupan akhirat yang kekal sepanjang zaman.


sungguh terkesan jiwa apabila ayah membuat sedikit pengisian jiwa. semasa tue kami on da way balik umah, tiba-tiba jalan jam plak, pastu ayah cakap..try tengok nun sana ( jambatan sultan mahmud). Tahukah kamu kita akan merentasi jambatan 1700k tahun??... bagaimana nak lalu jambatan nie?? kerna jambatan nie just lebih nipis dari sehelai rambut kita..(masa nie sumer diam, dengar jew, takut pun ada bila dibayangkan)..nak buat macam mana  nie kita semua kena laluinya  tak ade yang terkecuali..bekalan untuk lalu jalan nie adalah dengan TAQWA.Terasa diri ini belum cukup sedia untuk mengadap-Nya, kerna risau akan bekalan  apa yang ku bawa untuk mengadap-Nya. TApi masa bile plak kita betul- betul  bersedia...kena banyak..lagi nie . Moga Allah permudahkan & terima segala amalanku 

Sudahkah kita bersedia dan mempersiapkan diri kita ke sana?