Friday, September 2, 2011

jambatan ke akhirat

Sedar atau tidak, kita semua sebenarnya dalam perjalanan menuju kehidupan menuju akhirat. Perjalanan kita di atas dunia ini ibarat melalui sebuah jambatan yang mesti dilalui oleh setiap manusia sebelum menempuh atau sampai ke alam akhirat.
Maka, kehidupan duniawi adalah jambatan yang menyampaikan kita ke alam akhirat manakala kehidupan ukhrawi itulah kehidupan yang maha kekal lagi tiada penghujungnya. Dalam kata-kata yang lain, kehidupan dunia ini adalah medan persediaan dan persiapan umat manusia sebelum untuk kehidupan akhirat yang kekal sepanjang zaman.


sungguh terkesan jiwa apabila ayah membuat sedikit pengisian jiwa. semasa tue kami on da way balik umah, tiba-tiba jalan jam plak, pastu ayah cakap..try tengok nun sana ( jambatan sultan mahmud). Tahukah kamu kita akan merentasi jambatan 1700k tahun??... bagaimana nak lalu jambatan nie?? kerna jambatan nie just lebih nipis dari sehelai rambut kita..(masa nie sumer diam, dengar jew, takut pun ada bila dibayangkan)..nak buat macam mana  nie kita semua kena laluinya  tak ade yang terkecuali..bekalan untuk lalu jalan nie adalah dengan TAQWA.Terasa diri ini belum cukup sedia untuk mengadap-Nya, kerna risau akan bekalan  apa yang ku bawa untuk mengadap-Nya. TApi masa bile plak kita betul- betul  bersedia...kena banyak..lagi nie . Moga Allah permudahkan & terima segala amalanku 

Sudahkah kita bersedia dan mempersiapkan diri kita ke sana?

No comments:

Post a Comment