Monday, May 30, 2011

Adakah aku Sepertinya ^^

Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA..
Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.
Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.


Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat.. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu kerana aku punya Dia! Kebenaran pasti tertegak!
Hasbee Rabbee. Maa fee qalbee ghairullah.
Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.
Tatkala perempuan lain megah memaparkan gambar di Facebook. Aku mengatakan. Itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita. Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tetapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia. Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong. Tidak pernah tergugat usahaku dalam mendamba reda-Nya. Sedikitpun aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli sedangkan Dia adalah Pencipta? Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan lelaki. Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas mata yang hanya memandang kecantikan. Aku langsung tidak ingin sang pria menaruh hati dan harapan kepadaku kerana rupa.
            Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. Aku tidak mahu mereka sibuk memikirkan aku melebihi Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak tahu alasan apa yang harus ku utarakan saat Dia bertanya kelak. Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka dan bergaduh, aku terasa begitu hina! Seolah-olah aku hanyalah barang yang bisa dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan barang jajaan yang mudah dilihat, disentuh, diusik, direbut sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat dia. Kerana aku sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada mata kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan pada-Nya dalam sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. Cukup buat aku bahagia dengan dia, takdirku kelak. Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di belakangku lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa yang dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu 'anhu, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita." Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati. Sukar dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. Sukar mengatakan ya kepada pergaulan yang tiada batasan syarak. Sukar untuk merasa tenang apabila melihat anak bangsa semakin rosak. Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. Aku mahu jadi perempuan yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha. Ini baru aku.

Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan. Itu bukan aku.

Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan kapan bila mahu bertemu pacarnya. Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan lumba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela! Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti.
Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan kudis yang semakin membusuk pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.

Tatkala perempuan lain sibuk menunggu dan membalas SMS cinta. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu. Oh, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu Fardu Ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya. Mencontohi Saidatina Aisyah a.s yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.
Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku teroka.
Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan 'dia' telah ditakdirkan buatku. Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah.

Tatkala perempuan lain ada yang materialistik terhadap wang. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang materialistik terhadap pahala. Mahu akaun akhirat kaya dengan amal soleh. Setiap detik bagiku amat berharga untuk aku lakukan sesuatu yang dipandang oleh-Nya. Kerana aku mahu menjadi wanita syurga! Itu bukan sekadar madah penyedap kata. Bukan sekadar omong kosong. Ini cita-cita tertinggi aku. Kerana aku perempuan yang berfikiran jauh. Berpandangan jauh ke hadapan. Aku benar mahu cinta-Nya. Terkadang aku terfikir. Andai aku di tempat Masyitah yang dipaksa terjun ke dalam minyak panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan, apakah aku kuat sepertinya? Atau mungkin aku akan lari atau mungkin aku akan... entah. Aku menangis... Aku mahu seperti Rabi'ah al-Adawiyah. Cintanya terhadap Kekasih Agung begitu mengagumkan. Sehingga dengan ujian dia merasa gembira. Benar reda dan tidak merungut walaupun ditimpa musibah. Diculik dan menjadi hamba kepada raja yang zalim. Apakah aku mampu seperti sufi wanita ini. Yang memperkenalkan apa itu falsafah Cinta Ilahi sehingga tiada cinta manusia di hatinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Yang Satu. Tetapi aku... Aku menangis lagi..
Aku menangis.. Menangis.. Menangis.. Namun, tangisan ini membuatkan aku kembali kuat. Menyedarkan aku daripada lamunan. Kerana aku bukan perempuan yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan perempuan yang begitu. Lembik. Lemah!

Aku bukan perempuan lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan perempuan yang penakut dan pengecut! Aku bukan perempuan yang mudah kalah terhadap cabaran!
Aku mahu menjadi perempuan yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku perempuan yang mampu berpijak atas kaki sendiri.
Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku perempuan yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup.

Aku tidak mahu neraka. Aku mengatakan. Itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang mahukan syurga.

"Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."
[An-Nisa', 4 : 13]
 i love islam  ♥ ♥ ♥

Sunday, May 29, 2011

KAHFI zon timur 2011

ShaRinG MomEnT ^-^







Alhamdulillah belabuh jua tirai KahFi zon timur 2011.Walaupun hanya sedikit tenagaku mampu disumbangkan, hanya 1 aku harapkan agar segala amalku diterima-Nya.Kahfi sedikit sebanyak improve ilmu dan pengalaman diri ini. Teringinku kongsikan kata-kata PC Jasri dalam pengisiannya ada menyebut 10 perkara yang tidak membawa manfaat ~Ibnu Qayyim~

 1.Ilmu yang tidak guna pakai
2.Perbuatan yang tidak ikhlas
3.Kekayaan yang dikumpulkan tidak membawa faedah kepada islam
4.Hati yang kosong
5.Tubuh badan tidak bawa manfaat pada islam
6.Cintai Allah tapi tak patut pada arahannya
7.Masa yang diluangkan tidak mendekatkan diri pada-Nya
8.Berfikir benda yang tak berfaedah
9.Berkhidmat pada orang yang tak dekatkan dirinya pada Allah
10.Takut pada orang untuk buat kebaikan

"jika kita rasa kita ini rantai islam, kita akan buat kerja islam ini dengan sungguh-sungguh "

Remaja kalian adalah pentiang! kalian merupakan harapan islam dan imej masyarakat!
begitu juga,kenapa adanya KahFi ini? of course  untuk melahirkan remaja yang berkepimpinan, mempersiapkan & menanamkan keimanan dalam generasi muda. Kita tidak mahu remaja yang rosak memimpin negara kita masa hadapan tapi kita perlu remaja yang hebat untuk mengantikannya. "Bagaimana remaja yang rosak, kemudian dengan peningkatan umurnya dia menjadi ketua kepada keluarga? bagaimana agaknya keluarganya nanti? ". Remaja perlu memandang dirinya bagi harapan ummah. Bahawa dia adalah yang akan dipertanggujawabkan untuk memandu masyarakat masyarakat di masa hadapan.
Apa yang penting! semuanya untuk islam... ^^
                              
peserta

fesilitator & urusetia


      
Antaranya....


Night walk
 First day's camp, peserta sudah dihidangkan night walk dimana setiap kumpulan dibekalkan 2 batang lilin & perlu meredah hutan pada tengah malam mengikut clue diberi..paling bestnya kami barisan fesilitator & urusetia menimbulkan sedikit gimik dimana salah seorang peserta hilang,emm, kesian diorang kul 3pg baru keadaan kembali reda, tido lewat lagi...^^ disinila kami ingin menguji tahap ukhuwah mereka walaupun baru hari pertama bersua. Sebelum ini, kami buat ice-breaking tetapi tak dapat nak buat team building cz kesuntukan masa. terselamat aku dari mengendalikan team building bg Rescue ranger.. walaupun begitu terasa tak lengkap pulak program ini tanpa rescue ranger..ngeh2

Kahfi Race
Keesokan hari plak, sebanyak 8 cabaran check point perlu dilalui oleh peserta, diantaranya Hafazan, Hadis & Sirah, Survival, Nilai, Kuat x?, Batik ukhwah, Pendakwah bukan penghukum, Musang & ayam...dan saya memegang checkpoint Musang & Ayam cabarannya diorang terpaksa berkejaran dalam air berarus ... diantara check point sukar ditemui, ada yang cakap sampai 360 darjah kena pusing...huhu...kesian plak ^^ dimana kami ingin terapkan daripada aktiviti ini, musang ini bagaikan jahiliyah pada masa kini yang cuba merosakkan islam ( ayam ) ...arus sungai plak sebagai cabaran arus kini...
    Saat inilah kita perlu bangkit, jika karat pagar boleh kita hilangkan dengan kertas pasir, kemudian kita cat semula menjadi cantik, maka karat di hati kita akibat jahiliah ini perlu kita kikis dengan al-quran dan mengigati pertemuan dengan Allah, seterusnya kita cat, hiaskan dengan cantik menggunakan akhlak rabbani daripada sunnah Rasulullah. sabda Baginda :
   Hati itu akan berkarat sebagaimana karatnya besi, sahabat- sahabat pun bertanya, maka apakah cara untuk memulihkannya? Rasulullah menjawab membaca Al-quran & mengigati mati. ~ Hadis riwayat baihaqi~

Kerosakan hati tidak akan membawa kepada kebaikan. Kerosakan hati hanya membawa kepada kecelakaan.  





Permasalahan dunia hari ini, ubatnya adalah iman. Maka, marilaha kita kembali muhasabah dan membina keimanan kita.
Jika kita inginkan kebahagian di dunia dan juga di akhirat sana....buatlah semua kerna Allah ^^






 


Thursday, May 19, 2011

SELAMAT HARI GURU

                        
16 Mei saban tahun pastikan tiba
 Hari Guru, buat warga pendidik 

‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’ menjadi tema

 Tugas mendidik semakin mencabar akal dan minda



SELAMAT hari guru! Ya, dalam kita mengejar cita dan impian, jangan sekali dilupa jasa dan pengorbanan insan-insan di balik kejayaan kita. Insan yang tidak pernah mengharap balasan, wang, atau segala pun melainkan kejayaan kita. Itulah seorang manusia yang dipanggil guru.EMM...walaupun masa sudah berlalu, saya rasa masih belum terlambat untuk update blog ini untuk semua guru2 yang pernah mengajar saya....terima kasih cikgu!

Jadi, dengan kesempatan sempena hari guru
saya nak ucap
SELAMAT HARI GURU..
HAPPY TEACHER'S DAY.. ^_^

Terutama sekali mereka yang telah mengajar aku. Jasa mereka memang tak dapat dinafikan banyak menyumbang kepada kemajuan diri sendiri. Sekali lagi.Tanpa anda, siapalah saya, siapalah peguam yang petah berhujah, siapalah doktor, siapalah akauntan hebat, siapalah bisnesman berjaya… tanpa anda, siapalah perdana menteri kita hari ini!


Palestina

Mereka ditinggalkan,
seperti matahari yang sendirian,
berjuang tanpa lelah, tanpa jeda
bergerak memberi harapan,
kemenangan itu masih dalam gapaian.
ibarat matahari yang tidak jemu muncul saban pagi
menyatakan Allah masih membuka penerimaan.

    

..............   Marilah membantu kami.Bukankah dalam al-quran yang kita sama-sama baca ada tertulis:
  "Dan sekiranya mereka meminta pertolongan kalian(ketika mereka diserang) kerana islam, kalian mestilah sudi menolong merek". "


Ah!!
kereta kebal mereka telah hampir. Aku mesti bersiap sekarang. Kalian tahu, andai kami mati, kami akan masuk syurga. kalian yang hidup akan kemana? Kami akan dipersoalkan atas perkara yang berlaku pada  kami hari ini.Allah bersama-sama kami dan tidak bersama-sama musuh kami.Mati kami, mati mulia.Menang mereka, menang hina.
kami yang menang sebenarnya,

Allah itu matlamat kami,
Rasul itu contoh ikutan dan pemimpin kami,
jihad itu adalah jalan kami,
mati dijalan Allah itu, adalah cita-cita tertinggi kami

Aku tinggalkan perasaan ini.Moga ia tidak hancur dalam kemusnahan yang berlaku di sini.Pesanan ini untuk kalian.Ya, kalian, saudaraku yang seakidah denganku.
  Semoga Allah campakkan kesedaran  dalam hati kalian. Semoga Allah bangkitkan raksaksa yang tertidur akibat bius suntikan musuh.Semoga Allah teguhkan kekuatan kita. Semoga Allah teguhkan kekuatan kita.Semoga martabat islam kembali tinggi seperti dahulu atau mungkin lebih baik lagi.
   Janganlah kalian takut,sesungguhnya Allah telah berjanji:
    "sekiranya kamu membantu Allah, maka Allah akan membantu kamu dan menguatkan kaki-kaki kamu  "

ketahuilah, Allah  tidak akan mengubah nasib kita melainkan jika kita berusaha.Allah tidak akan mengubah nasib kita melainkan jika kita berusaha.Allah mengingatkan kita dalam firman-Nya.

  "sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,melainkan kaum itu mengubah dahulu apa yang ada pada diri mereka . "

  salam daripada sahabat dan saudara kalian, anak Palestina, bumi berdarah,bumi perjungan, bumi pengorbanan

  Selamatkanlah diri kalian daripada api neraka.
seSungguhnya api neraka itu azabnya tidak terkira
 wassalam

Anak palestina .. 



Monday, May 16, 2011

Orang yang terasing



Pernahkah anda berasa terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam? Ketahuilah buat mereka yang rasa terasing ini, sesungguhnya Rasulullah SAW memberi khabar berita gembira buat anda.

BAGAI MENGGENGGAM BARA API "Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing"...kerna sekarang kebaikan dalam memperjuangkan islam kini dipandang asing bagi yg orang jahil ...kemaksiatan yang berlaku sehingga dipandang normal.. Asingkan diri daripada kejahilan, tetapi jangan asingkan diri dari hidayah Allah.

"Diproses daripada rumpun didikan yang sama namun produknya berbeza.Terasing membawa mesej,jangan mengasingkan diri daripada kawan yang soleh supaya tak terasing daripada hidayah Allah.sungguh memberi kesan"    ~Kak Fatimah Syarha~

~♥✿.¸¸.•´✿◕ Dalam kita melangkah,terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat..Hingga kita terduduk dan menangis..Peritnya terasa tetapi ketahuilah dan renungilah dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dr kbenaran.. ~♥✿.¸¸.•´✿◕

Monday, May 2, 2011

MaTriKuLasi OR DipLoma!!! -_-"



Baru-baru ini result kemasukan pelajar ke matrikulasi sudah keluar...kebanyakan student sukar nk buat keputusan...kata orang belajar dimatrikulasi nie susah nak skor..Klu saya Online kat FB, ramai Adik2 yang mendapat tawaran matrik meminta pandangan..antaranya..akak klu stdy akaun kat matrik susah ker??...berapa pointer minimum?? macam maner cara study?? ish2  em..macam2 la.. but it is normal dalam membuat keputusan...
BIaR BeRsuSAh-SusaH DaHulu...

Dalam hidup ini, hendak mencapai sesuatu kejayaan tiada jalan pintas.Jalan menuju kejayaan mesti menempuhi banyak kepayahan dan pengorbanan.Hendak mengejar pangkat,perlu berusaha lebih dan tingkatkan prestasi.Hendakkan segulung ijazah perlu gigih dan bersungguh belajar.Bagaikan mengejar mutiara di lautan, terpaksa menyelam ke laut dalam yang penuh dengan bahaya.

   Ketika salah seorang adik mendapat tawaran ke kolej matrikulasi, hatinya berbelah bagi sama ada hendak menerima atau menolak,kerana dia juga mendapat tawaran memasuki IPTA dalam jurusan diploma.KAKAk bertanya berkenaan alasannya menolak tawaran ke matrikulasi.Bukankah ia jalan pintas untuk mendapatkan ijazah tanpa perlu mengambil diploma?

BUANG TANGGAPAN NEGATIF
 "Orang kata pelajaran di matrikulasi susah nak skor.Ramai kawan ina tak terima tawaran tu, sebaliknya memilih ambil diploma."
  " Jadi kamu ni hendak ikut apa kata orang ya? kenapa tak cuba dulu? Tiada perkara yang senang dalam dunia nie.Bukankah kita ada Allah S.W.T. yang akan membantu jika kita berusaha?..
  Begitulah dengan sikap kebanyakan orang kita yang lebih suka mendengar kata orang daripada mencuba dan berusaha,SEpatutnya jangan peduli sangat apa kata orang,Jangan akhirnya kita memilih sesuatu yang senang hanya kerana tidak mahu merasakan kesusahan dan cabaran.Akibatnya terjadilah lambakan penganggur yang susah mendapat pekerjaan.
 kata yang pernah mengugatkan hatiku untuk masuk matrik
"Abang dulu student matrik juga, matrik nie susah klu x dapat 4 flat susah nk apply medic, Accounting, & kos yang kita nk..kawan abang pointer 3.7..student science hayat degree jst dapt tesl..
abang pun dapat course...
ada kata sampai xsempat makanla...jadual pad giler LA..jangan hiraukan k..ambil yang positif tolak yang negatif.


Tetapi dengan hatiku tekad nk masuk matrik juga salah satunya cz nk grade cpat..hehe...tetapi permulaan memang betul apa yang diorg cakap..rasa letih pun ada, putus asa, menyesal pun ada...tapi atas nasihat parent & sister saya, saya mula bangkit & semangat mula tumbuh dalam diri ini...YUP. NOW saya perlu strategi..setiap masalah pasti ada penyelesaian..sy perlu bijak bertidak...sy bijak kenapa perlu ikut & dengar kata2 yang melemahkan...CHAYOOOOKKK..Aku mula buat penyusunan jadual..mmg padat la..TP klu diingatkan aku hanya 10 BUlan jer kat matrik nie, xkan dapat klu x usaha...jadual biasa kat matrik biasa habis kul 5..rehat kul 1-2..maSA  nie akan guna sebaiknya baiknya kebiasaan klu ada rehat kul 12 sy akan Khailullah( wajib tdo sekejap nk kumpul tenaga utk bgun thjud & stdy),makan & solat...kul 2 sambung kelas balik..petang biasa siapkan homewark...sy biasa x makan malm so no prblemla..jimat masa..mgrb break skjp solat pah isyak smbung stdy balik smpai kul 12..& kul 4.30 bangun..klu x faham esk g jupe lectre tnye jgn tangguh tau...jangan ikut klu x biasa, setiap orng lain cara..cuba reka cara sendiri pun boleh...Alhamdulillah walaupun letih sy tingkatkan hbungan dengan Allah,InsyaAllah Allah akan bg kekuatan..perlu percaya pada-Nya.

KURANG PERCAYA KEPADA ALLAH S.W.T
 Dimanakah keyakinan kita kepada Allah s.w.t, bahawa dia al-razzaq iaitu maha memberi rezaki.Yakinlah bahawa Allah s.w.t. telah menjamin rezeki setiap anak adam.Cuma kita dituntut supaya berusaha dan membuat sesuatu dengan sebaik-baik pelaksanaan.
  Jika awal-awal lagi kita sudah menolak sesuatu peluang kerana takutkan kesusahan,orng lain pula berebut-rebut mengambil peluang dan ruang tersebut.

adik-adik yang dikasihi
  Tetapkanlah matlamat yang kita ingin capai dalam hidup ini.Fikirkan masa depan yang cemerlang,kita akan menjadi apa yang kita selalu fikirkan.
  Berpegang teguh pada ajaran al-quran dan sunah supaya kita tidak terpesong jauh daripada landasan islam.Bersabarlah dengan setiap kesusahan,kegagalan atau rintangannya kerana Allah s.w.t akan memberi ganjaran kepada orng yng bersabar sebagaimana firman-Nya bermaksud;"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah berita gembira kepada org yang bersabar" ~surah al-baqarah 2:155~
  Cabarlah diri untuk melakukan yang terbaik.Misalmya lebih banyak membaca, bijak mengatur masa,solat pada awal waktu , bijak menyusun strategi,lebih berdisiplin dan sebagainya.Jika gagal,carilah kelemahan sendiri dan baikinya.Belajarlah daripada pengalaman orang telah berjaya.
  Bersusah-susah dahulu bersenag-senang kemudian.Semoga kesusahan atau kepayahan yang dihadapi hari menjadikan kita insan yang mempunyai semangat juang yang tinggi.Dengan semangat juang itulah kita akan menjadi orang yang berjaya..InsyaAllah.....Good luck, buatlah pilihan terbaik, solat istikarah itu penting ^_^

Sunday, May 1, 2011

JOM BerCinta ! ! ! ! ! !

3 malam ku hanya tidur sendirian, dek ditinggalkan family..why???...cz my family go to penang,...today..sudddenly i think something to write down & want to share something with my friend...



  
     kisahnya bermula disini..INSPIRASI DARIPADA WATAK KHAZINATUL  ASRAR..Aku selongkari episod hidup semalam. Diariku penuh coretan..Aku teringat pada kisah hidup dalam novel karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin, seindah Mawar Berduri.Antara lain, Khazinatul Asrar berkata:
  " Waktu di sekolah dulu, Allah banyak uji saya dengan lelaki.Mula-mula rasa tak suka tapi lama- kelamaan saya rasa seronok apabila diminati. banyak surat cinta dan hadiah yang saya terima tanpa dipinta. ada yang mengatakan inilah cinta kerana Allah. Hari-hari yang dilalui terasa lebih ceria apabila mengetahui diri ini amat dihargai. Namun, sifat pemalu membuatkan saya kelihatan seperti jual mahal, hakikatnya hati saya suka.

     Saya hanyut dek arus dari segi pemikiran saya. KAta-kata indah dan pujian didalam surat-surat ini menyebabkan saya terlentok. Memang lelaki pandai bermain kata.Waktu itu hidup saya penuh dengan angan-angan. Kadang-kadang syaitan membisikan agar saya melayani surat-surat yang datang. Tapi Alhamdulillah, berkat didikan yang saya dapat secara sedar ataupun tidak di sekolah agama, saya rasa malu dan rasa bersalah untuk berbuat begitu biarpun waktu-waktu dalam hidup saya kian dibual keasyikan.

     Kemudian, keasyikan itulah yang menjejaskan pelajaran saya. Saa tak dapat menumpukan  sepenuh perhatian dalam kelas. Ketika waktu ulagng kaji pugn, isi surat-surat itu mengganggu minda saya untuk fokus. Saya terlalu asyik kerana mungkin itulah pengalaman paling mencabar  dalam dunia remaja.

     Saya mula bertanya diri, apakah yang telah angan-angan berikan dalam hidup saya ini? Hanyalah kegagalan.Cintalah punca angan-angan. Saya mula dilanda keliru dengan dunia cinta walaupun ianya cuma berlegar di sudut hati, bukan secara zahir.Saya tak pernah menterjemahkannya.Tapi, hatilah yang menjadi raja, pemberi arahan kepada seluruh anggota tubuh kita.Saya bertanya lagi, bersihkah hatiku ini? Layakkah hati sebegini untuk menadah nur ilmu? Bukankah ilmu itu cahaya dan cahaya takkan menebusi hati yang berbuat maksiat?

    Saya rasa lebih bersalah lagi apabila keputusan peperiksaan akhir tahun saya agak merosot. Saya cemburu pada kawan-kawan yang sebelumnya tak pernah mengatasi saya dalam pelajaran tiba-tiba jauh meninggalkan saya. Saya buntu. Tak tahu nak mengadu pada siapa.

    Saban hari, dengan tazkirah dan usrah yang menjadi aktiviti wajib di sekolah, entah bagaimana saya tertarik dengan ungkapan " Cinta Allah". Menurut ustaz-ustaz dan naqibah, saya dapat simpulkan bahawa cinta Allah tak mengecewakan. Cinta-Nya sentiasa membawa kebahagian kepada hati, perasaan dan kehidupan. Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini, saya ada Allah untuk dicintai.Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hamba-Nya, cuma saya yang tak kenal cinta Allah. Pintu taubat-Nya sentiasa terbuka luas untuk dikunjungi.

    Saya mula bertekad untuk mencari cinta agung itu.Saya cuba bersihkan hati dengan mengamalkan banyak amalan sunat dan zikir. Tika itu, sukar juga untuk istiqomAH  terutamanya tahajud. Namun menyedari ada rahsia cinta Allah disebalik amalan-amalan itu, saya paksa juga diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan saya,darah daging saya. saya mula dapat rasai kelainan pada suasana hati saya. Melihat kawan-kawan yang tak diuji dengan lelaki, saya terfikir alangkah indahnya kalau cinta Allah ini tak pernah dicemari oleh cinta dusta manusia.

    Rasa macam bodoh pula hidup dalam angan-angan cinta, sudahlah masih sekolah....semua itu ternyata sia-sia.Buang masa dan boleh tergadai cita-cita.Aku tak salahkan mereka dan diriku jika perasaan ini timbul, kerana itu fitrah kehidupan sebagai manusia yang berjiwa remaja.

    Genap 17 tahun, saya  genggam azam baru.Saya ketepikan lelaki daripada fikiran saya.HAti saya yakin bahawa cinta Allah mampu mencemerlangkan akademik saya kerana dialah penentu segalanya. Bukan sekadar akademik, tapi cinta Allah mampu membawa kebahagian yang hakiki. Dialah sumber inspirasi dan pemberi motivasi.

   Saya boleh rasakan bahawa saya amat perlukan Allah untuk membantu saya dalam mendepani fatamorgana dunia remaja. Cinta lelaki hanya akan merampas perasaan ini terhadap kekasih Agung saya.Pemikiran saya rasa lebih terarah apabila sedikit sebanyak mengenal cinta Allah, seterusnya tindakan juga lebih terpandu. Saya mula memberi perhatian pada pelajaran dan habiskan waktu lapang untuk mengikuti majlis-majlis ilmu. Saya yakin bahawa tarbiah inilah yang mampu menyemarakkan lagi cinta saya pada pencipta. Siang malam saya berdoa agar Allah hadirkan rasa cinta dan rindu kepada-Nya dalam jiwa saya yang kosong ini.saya ingin jatuh cinta pada Allah. Saya dapat rasakan ketenangan jiwa yang lebih bermakna . 

    Saya terus mencari cinta-Nya. Hinggalah keputusan SPM diumumkan, saya menjadi Salah seorang pelajar terbaik sekolah.Susah nak percaya. Semua itu kerana cinta Allah sebenarnya.Saya bertambah yakin bahawa cinta Allah takkan  mengecewakan.Hanya bila tersemai semangat mencari cinta Allah dalam jiwa, barulah saya kenal nikmat cinta sebenarnya.Kudus dan suci. Sebab itulah pada usia ini , cinta Allah boleh dikongsi sesiapa. itu prinsip saya."

Panjang lebar Khazinatul Asrar menceritakan dunia remajanya.Tetapi jika dilihat perwatakan khazinatul asrar..mengagumkan kan2..bukan senang nak istiqomahkan diri dalam mencari cinta-Nya pada usia remaja...JOM BERCINTA Pada-NYa..... 

   "Apabila manusia tidak kenal Allah, manusia tidak akan mencintai-Nya. Apabila manusia tidak kenal Allah, manusia tidak akan takut kepada-Nya. sedangkan cinta dan takut kepada Allah itu sumber segala kebaikan. Tanpa cinta ALlah, tidak ada cinta sesama manusia."