Sunday, May 29, 2011

KAHFI zon timur 2011

ShaRinG MomEnT ^-^







Alhamdulillah belabuh jua tirai KahFi zon timur 2011.Walaupun hanya sedikit tenagaku mampu disumbangkan, hanya 1 aku harapkan agar segala amalku diterima-Nya.Kahfi sedikit sebanyak improve ilmu dan pengalaman diri ini. Teringinku kongsikan kata-kata PC Jasri dalam pengisiannya ada menyebut 10 perkara yang tidak membawa manfaat ~Ibnu Qayyim~

 1.Ilmu yang tidak guna pakai
2.Perbuatan yang tidak ikhlas
3.Kekayaan yang dikumpulkan tidak membawa faedah kepada islam
4.Hati yang kosong
5.Tubuh badan tidak bawa manfaat pada islam
6.Cintai Allah tapi tak patut pada arahannya
7.Masa yang diluangkan tidak mendekatkan diri pada-Nya
8.Berfikir benda yang tak berfaedah
9.Berkhidmat pada orang yang tak dekatkan dirinya pada Allah
10.Takut pada orang untuk buat kebaikan

"jika kita rasa kita ini rantai islam, kita akan buat kerja islam ini dengan sungguh-sungguh "

Remaja kalian adalah pentiang! kalian merupakan harapan islam dan imej masyarakat!
begitu juga,kenapa adanya KahFi ini? of course  untuk melahirkan remaja yang berkepimpinan, mempersiapkan & menanamkan keimanan dalam generasi muda. Kita tidak mahu remaja yang rosak memimpin negara kita masa hadapan tapi kita perlu remaja yang hebat untuk mengantikannya. "Bagaimana remaja yang rosak, kemudian dengan peningkatan umurnya dia menjadi ketua kepada keluarga? bagaimana agaknya keluarganya nanti? ". Remaja perlu memandang dirinya bagi harapan ummah. Bahawa dia adalah yang akan dipertanggujawabkan untuk memandu masyarakat masyarakat di masa hadapan.
Apa yang penting! semuanya untuk islam... ^^
                              
peserta

fesilitator & urusetia


      
Antaranya....


Night walk
 First day's camp, peserta sudah dihidangkan night walk dimana setiap kumpulan dibekalkan 2 batang lilin & perlu meredah hutan pada tengah malam mengikut clue diberi..paling bestnya kami barisan fesilitator & urusetia menimbulkan sedikit gimik dimana salah seorang peserta hilang,emm, kesian diorang kul 3pg baru keadaan kembali reda, tido lewat lagi...^^ disinila kami ingin menguji tahap ukhuwah mereka walaupun baru hari pertama bersua. Sebelum ini, kami buat ice-breaking tetapi tak dapat nak buat team building cz kesuntukan masa. terselamat aku dari mengendalikan team building bg Rescue ranger.. walaupun begitu terasa tak lengkap pulak program ini tanpa rescue ranger..ngeh2

Kahfi Race
Keesokan hari plak, sebanyak 8 cabaran check point perlu dilalui oleh peserta, diantaranya Hafazan, Hadis & Sirah, Survival, Nilai, Kuat x?, Batik ukhwah, Pendakwah bukan penghukum, Musang & ayam...dan saya memegang checkpoint Musang & Ayam cabarannya diorang terpaksa berkejaran dalam air berarus ... diantara check point sukar ditemui, ada yang cakap sampai 360 darjah kena pusing...huhu...kesian plak ^^ dimana kami ingin terapkan daripada aktiviti ini, musang ini bagaikan jahiliyah pada masa kini yang cuba merosakkan islam ( ayam ) ...arus sungai plak sebagai cabaran arus kini...
    Saat inilah kita perlu bangkit, jika karat pagar boleh kita hilangkan dengan kertas pasir, kemudian kita cat semula menjadi cantik, maka karat di hati kita akibat jahiliah ini perlu kita kikis dengan al-quran dan mengigati pertemuan dengan Allah, seterusnya kita cat, hiaskan dengan cantik menggunakan akhlak rabbani daripada sunnah Rasulullah. sabda Baginda :
   Hati itu akan berkarat sebagaimana karatnya besi, sahabat- sahabat pun bertanya, maka apakah cara untuk memulihkannya? Rasulullah menjawab membaca Al-quran & mengigati mati. ~ Hadis riwayat baihaqi~

Kerosakan hati tidak akan membawa kepada kebaikan. Kerosakan hati hanya membawa kepada kecelakaan.  





Permasalahan dunia hari ini, ubatnya adalah iman. Maka, marilaha kita kembali muhasabah dan membina keimanan kita.
Jika kita inginkan kebahagian di dunia dan juga di akhirat sana....buatlah semua kerna Allah ^^






 


No comments:

Post a Comment