Sunday, May 1, 2011

JOM BerCinta ! ! ! ! ! !

3 malam ku hanya tidur sendirian, dek ditinggalkan family..why???...cz my family go to penang,...today..sudddenly i think something to write down & want to share something with my friend...



  
     kisahnya bermula disini..INSPIRASI DARIPADA WATAK KHAZINATUL  ASRAR..Aku selongkari episod hidup semalam. Diariku penuh coretan..Aku teringat pada kisah hidup dalam novel karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin, seindah Mawar Berduri.Antara lain, Khazinatul Asrar berkata:
  " Waktu di sekolah dulu, Allah banyak uji saya dengan lelaki.Mula-mula rasa tak suka tapi lama- kelamaan saya rasa seronok apabila diminati. banyak surat cinta dan hadiah yang saya terima tanpa dipinta. ada yang mengatakan inilah cinta kerana Allah. Hari-hari yang dilalui terasa lebih ceria apabila mengetahui diri ini amat dihargai. Namun, sifat pemalu membuatkan saya kelihatan seperti jual mahal, hakikatnya hati saya suka.

     Saya hanyut dek arus dari segi pemikiran saya. KAta-kata indah dan pujian didalam surat-surat ini menyebabkan saya terlentok. Memang lelaki pandai bermain kata.Waktu itu hidup saya penuh dengan angan-angan. Kadang-kadang syaitan membisikan agar saya melayani surat-surat yang datang. Tapi Alhamdulillah, berkat didikan yang saya dapat secara sedar ataupun tidak di sekolah agama, saya rasa malu dan rasa bersalah untuk berbuat begitu biarpun waktu-waktu dalam hidup saya kian dibual keasyikan.

     Kemudian, keasyikan itulah yang menjejaskan pelajaran saya. Saa tak dapat menumpukan  sepenuh perhatian dalam kelas. Ketika waktu ulagng kaji pugn, isi surat-surat itu mengganggu minda saya untuk fokus. Saya terlalu asyik kerana mungkin itulah pengalaman paling mencabar  dalam dunia remaja.

     Saya mula bertanya diri, apakah yang telah angan-angan berikan dalam hidup saya ini? Hanyalah kegagalan.Cintalah punca angan-angan. Saya mula dilanda keliru dengan dunia cinta walaupun ianya cuma berlegar di sudut hati, bukan secara zahir.Saya tak pernah menterjemahkannya.Tapi, hatilah yang menjadi raja, pemberi arahan kepada seluruh anggota tubuh kita.Saya bertanya lagi, bersihkah hatiku ini? Layakkah hati sebegini untuk menadah nur ilmu? Bukankah ilmu itu cahaya dan cahaya takkan menebusi hati yang berbuat maksiat?

    Saya rasa lebih bersalah lagi apabila keputusan peperiksaan akhir tahun saya agak merosot. Saya cemburu pada kawan-kawan yang sebelumnya tak pernah mengatasi saya dalam pelajaran tiba-tiba jauh meninggalkan saya. Saya buntu. Tak tahu nak mengadu pada siapa.

    Saban hari, dengan tazkirah dan usrah yang menjadi aktiviti wajib di sekolah, entah bagaimana saya tertarik dengan ungkapan " Cinta Allah". Menurut ustaz-ustaz dan naqibah, saya dapat simpulkan bahawa cinta Allah tak mengecewakan. Cinta-Nya sentiasa membawa kebahagian kepada hati, perasaan dan kehidupan. Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini, saya ada Allah untuk dicintai.Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hamba-Nya, cuma saya yang tak kenal cinta Allah. Pintu taubat-Nya sentiasa terbuka luas untuk dikunjungi.

    Saya mula bertekad untuk mencari cinta agung itu.Saya cuba bersihkan hati dengan mengamalkan banyak amalan sunat dan zikir. Tika itu, sukar juga untuk istiqomAH  terutamanya tahajud. Namun menyedari ada rahsia cinta Allah disebalik amalan-amalan itu, saya paksa juga diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan saya,darah daging saya. saya mula dapat rasai kelainan pada suasana hati saya. Melihat kawan-kawan yang tak diuji dengan lelaki, saya terfikir alangkah indahnya kalau cinta Allah ini tak pernah dicemari oleh cinta dusta manusia.

    Rasa macam bodoh pula hidup dalam angan-angan cinta, sudahlah masih sekolah....semua itu ternyata sia-sia.Buang masa dan boleh tergadai cita-cita.Aku tak salahkan mereka dan diriku jika perasaan ini timbul, kerana itu fitrah kehidupan sebagai manusia yang berjiwa remaja.

    Genap 17 tahun, saya  genggam azam baru.Saya ketepikan lelaki daripada fikiran saya.HAti saya yakin bahawa cinta Allah mampu mencemerlangkan akademik saya kerana dialah penentu segalanya. Bukan sekadar akademik, tapi cinta Allah mampu membawa kebahagian yang hakiki. Dialah sumber inspirasi dan pemberi motivasi.

   Saya boleh rasakan bahawa saya amat perlukan Allah untuk membantu saya dalam mendepani fatamorgana dunia remaja. Cinta lelaki hanya akan merampas perasaan ini terhadap kekasih Agung saya.Pemikiran saya rasa lebih terarah apabila sedikit sebanyak mengenal cinta Allah, seterusnya tindakan juga lebih terpandu. Saya mula memberi perhatian pada pelajaran dan habiskan waktu lapang untuk mengikuti majlis-majlis ilmu. Saya yakin bahawa tarbiah inilah yang mampu menyemarakkan lagi cinta saya pada pencipta. Siang malam saya berdoa agar Allah hadirkan rasa cinta dan rindu kepada-Nya dalam jiwa saya yang kosong ini.saya ingin jatuh cinta pada Allah. Saya dapat rasakan ketenangan jiwa yang lebih bermakna . 

    Saya terus mencari cinta-Nya. Hinggalah keputusan SPM diumumkan, saya menjadi Salah seorang pelajar terbaik sekolah.Susah nak percaya. Semua itu kerana cinta Allah sebenarnya.Saya bertambah yakin bahawa cinta Allah takkan  mengecewakan.Hanya bila tersemai semangat mencari cinta Allah dalam jiwa, barulah saya kenal nikmat cinta sebenarnya.Kudus dan suci. Sebab itulah pada usia ini , cinta Allah boleh dikongsi sesiapa. itu prinsip saya."

Panjang lebar Khazinatul Asrar menceritakan dunia remajanya.Tetapi jika dilihat perwatakan khazinatul asrar..mengagumkan kan2..bukan senang nak istiqomahkan diri dalam mencari cinta-Nya pada usia remaja...JOM BERCINTA Pada-NYa..... 

   "Apabila manusia tidak kenal Allah, manusia tidak akan mencintai-Nya. Apabila manusia tidak kenal Allah, manusia tidak akan takut kepada-Nya. sedangkan cinta dan takut kepada Allah itu sumber segala kebaikan. Tanpa cinta ALlah, tidak ada cinta sesama manusia." 

No comments:

Post a Comment