Alhamdulillah....Alhamdulillah ramadhan datang lagi
Jom tenangkan jiwa untuk menyambut Ramadhan dengan penuh
bahagia. Bersihkan masalah HATI dahulu sebelum berjumpa RAMADHAN.
Sebagai umat islam, tiada istilah ‘jiwa kacau’ kerana
kita mempunyai Allah yang maha Kuasa dan Maha mendengar. Jiwa pasti mempunyai
tempat bergantung dan mengadu yang paling istimewa. Allah tidak pernah menolok
rintihan dan luahan hambaNya. Senyumlah selagi nafas Allah kurniakan kepada
kita insan pilihan. Hidup ini terlalu singkat untuk murung dan melayan perasaan
tidak keruan.
Hati
umpama kain yang putih
Jangan
dicorok sedih dan rintih
Hati
itu perlukan isi
Bukan
hanya dengan fantasi
Hati
itu amat sensitif
Usah
biar selalu negatif
Bacalah
selalu buku motivasi & fikrah
Sebagai
panduan hidup berbudi
Hati
itu perlu sahabat
Zikir
dan Quran itulah ubat
Hati
itu persoalan jiwa
Sebentar
menangis sebentar ketawa
Pujukan
iblis teramat kuat
Sabarkan
hati tabahkan semangat
Jika
sudah terlajur laku
Segera
kembali kepada Yang satu
Sunnah-sunnah
terus lakukan
Terkadung
hikmah tiada bandingan
Dengan
amalan yang istiqamah
Insya-
Allah jiwa tiada gelisah
“
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau
menjadikan keduakaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.” (Riwayat ibn Sunni
No.351)
Hidup adalah pentas perjuangan dan salah satu antaranya
adalah perjuangan ketika berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Kita
tidak terlepas daripada berselisih pendapat , dan berbeza pandangan dengan
orang di sekeliling kita.
plezzz... JANGAN lupa Target kita sempena RAMADHAN kali ini >_<
No comments:
Post a Comment