Bersambung di part 3..
Assalamualaikum dan salam sejahtera... >_<
Nak update part 3
nie memakan sedikit masa disebabkan oleh kerana beberapa kekangan
...memilih gambarnya
yang begitu banyak, apa tidaknya Kolek punya kolek dari semua kamera totalnya
sampai 56 GB..ish!, bergambar sakan kawan-kawan saya nie... nak buat susunan
perjalanan yang seharian suntuk...+ kena siapkan kerja dokumentari yang
sepatutnya hantar bulan 8 nie...tak campur aktiviti personal lagi.......
Teringat kembali kata-kata ini...
“ Sejuta penceritaan tidak akan sama dengan secalit
kenangan yang terukir.."-Dr Hamdan
....apa yang saya ceritakan ini tak akan sama dengan
pengalaman kita lalui sendiri... & banyak lagi nak dikongsi tapi..
Apabila duduk berbincang +berkawan bersama-sama DR.hamdan, ustaz Razi, Ustaz
Kasyf & puan isma selama di bumi Beijing ... macam-macam gelagat yang ada,
sampai tidak rasa ada perbezaan antara student dengan lecture, yerla jika dalam
bas siap main teki-teka, share & caring satu sama lain,makan satu meja,
melawak entah apa-apa....tetapi dengan ini membuatkan hubungan kami &
lecture semakin rapat. Jika sampai di sesuatu tempat dilawati saya lebih senang
berjalan dengan my lecture, ( Dr.hamdan,Ustaz Razi , Pn.Isma or ustaz kasyf ) kerana bila bersama mereka , mereka akan mengeluarkan pendapat,
pandangan tentang sesuatu yang mereka lihat..ini membuatkan ilmu saya +++++ (
ambil kesempatanla jugak)
Seterusnya ini antara tempat kami lawati pada 30/6....
PAGI ini kami mendarat di bumi Beijing, Alhamdulillah, cheak in hotel terus solat subuh & selesai mana yang patut then rehat di atas katil yang empuk + penghawa dingin ( Alhamdulillah,walaupun masa untuk rehat sekejap sahaja at least boleh menghilangkan sedikit rasa kepenatan )
Jam 7.30 kami berkumpul di Lobi hotel
Sementara tunggu kawan-kawan lain turun dapat juga beramah mesra dengan satu family dari malaysia, asal dari Syah Alam
Sembang-sembang pasal serunding, iron
&....
Macam mana entah tiba-tiba boleh
keluar pasal serunding bagai. oppss...Aunty nie cakapla masa First day dia
sampai, dia speaking dengan staff sana mintak iron, tapi kecewoo diorang tak
faham pula, pening dia buatnya, entah nak guna language apa lagi (Negara Chinakan
taat setia dengan bahasa bondanya). Seterusnya kami tawarla, klu nak kami ada
bawa dari Malaysia jika nak pinjam bolehla datang bilik kami (siap bagi nombor
bilik sekian2..)...bukan setakat Iron kami bawa segala mak nenek kami angkut
dari malaysia (serunding, sambal,maggi, makanan, plat station...KEROPOK LEKOR
pun ada, patutla beg overweight pun )
Walaupun baru jer kenal, tapi
bersembang macam sudah lama kenal..
Seterusnya, sebelum bergerak ke First
place destination yang patut kami lawati, kami break first dahulu di sebuah Restoran
Muslim . Biasanya, orang jika sudah Cheak in di Hotel mesti ambil package makan
di Hotel itu jugakan, tapi kami tidak, sebab makan di Hotel sudah tidak terjamin
Halalnya, so terpaksala cari restoran di luar
Restoran Western Mahua
Restoran in terletak berdekatan
dengan hotel penginapan so kami pergi naik bas yang memakan masa 15 minit . Jika
di Beijing, untuk membezakan restoran muslim dengan restoran lain papan tanda
dia mesti berwarna HIJAU (kebetulan sama pula dengan warna tema baju &
banner kami...HIJAUKAN beijingla plak ). Walaupun ia merupakan restoran muslim,
tapi didalamnya penuh dengan minuman arak ( bak kata Ustaz Razi : klu dekat
Malaysia nie, Aku x pandang pun ini punya restoran..hehe..)
Gambar di atas merupakan menu Break first
kami selama di Beijing, tapi apa saya terkejut pinggan, judge yang sudah
"sumbing" still dipakai.. Jika ikut sunnah nabi, sama sekali ditegah
dan dilarang memakainya..makruh hukumya kerana ia membahayakan. Sudah terhidang
pakai jerla kan..pada mulanya agak kekokla juga.
Hadis dari Abu Said Al-Khudri bahawa ia mengkhabarkan:
"Rasulullah SAW melarang minum dari bahagian cawan
yang pecah dan melarang untuk bernafas dalam air minuman."
Seterusnya, tepat Jam 9.50 pagi kami
sampai di Beijing Foreign Studies University ( BFSU ), agak terujala juga
tengok suasana universiti di negara orang. Sementara menunggu kedatangan warga
BFSU, biasala bergambarla dulu, posing sana posing sini...
Kedatangan kami telah disambut mesra oleh
Penyandang Kerusi Pengajian Melayu, BFSU, Prof. Dr Muhammad Taib Dora dan wakil
pelajar malaysia di universiti itu. Dalam sesi dialog yang ringkas itu, kami
telah didedahkan mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh beliau dalam
usaha memartabatkan Bahasa Melayu di sana. Sepanjang sesi ini juga kami sempat
menemubual wakil pelajar-pelajar Malaysia di sana, sedikit sebanyak peserta
dapat mengetahui mengenai suasana sesi pelajaran dan graduasi, cabaran
yang pernah mereka hadapi serta cara interaksi mereka dengan pelajar dan
pensyarah disana
Nampak tak gambar petak-petak
yang kakak tue lukis, sebenar dia sedang menceritakan bentuk Kota Beijing, dimana ia sudah dirangcang 600
tahun dahulu lagi, totalnya beijing mempunyai enam lingkaran dan BFSU ini
terletak di lingkaran yang ketiga. Bahagian tengah sekali merupakan Pusat
pertadbirannya dan sekarang Pemerintahnya sedang merancang untuk mewujudkan
lingkaran yang ketujuh pula...teruja betul apabila mendengar penerangannya. patutla tengok
kotanya strategik jer,jalan raya straight (tak mudah Trafik la begini),sepanjang
jalan penuh dengan pokok redang & pokok bunga...suasana graduasi disana pula, mereka just bagi sijil dan jubah kepada para graduate pastu pergila nak bergambar pun & siap bergelar graduate (ringkaskan), tidak grand seperti di Malaysia, tapi sepatutnya beginila caranya jika nak dibandingkan zaman rasulullah mana ada macam kitakan, yang penting ilmu...
Suasana pembelajaran disana pula,
meraka cakap macam di zaman sekolah still pakai kapur, tunggu lecture masuk,
dalam kelas dan paling seronok mereka akan duduk dalam kelas yang terdiri dari
semua pelajar Malaysia dan sesetengah subjek jer mereka akan gabung
kelas ( tidak banyak beza sangatla dengan cara kita di Malaysia)..tempoh pengajian disana selama 5 tahun (1 tahun Foundation, 4 tahun
degree), kebanyakkan mereka ambil course bahasa Mandarin merupakan di bawah tajaan MARA
& KPT dan apabila meraka grad, balik malaysia akan jadi cikgu bahasa Cina. Best jer dengar
mereka bertutur bahasa mandarin ( yerla jarang tengok orang melayu bercakap
bahasa cina ). Tetapi ada juga orang Malaysia yang ambil course lain disini seperti
course business tapi tajaan PAMA (parent ) la...
agak-agak ada yang kenal tak bila
tengok Student BFSU dan Lokasi nie
hehe...siapa pernah tengok SHORT FILM nie
mesti kenal...
&
Next, sebelum meneruskan pergi melawat tempat seterusnya kami LUNCH
dahulu
Suasana bilik VIP (masa nie segan lagi nak makan dengan
Lecture, tau-tau jerla makan kenalah beristiadat sikit, tak boleh ketawa kuat-kuat..makan
pun kena sopan-sopan..
Saya dan yang lain dibilik ini, satu
meja 10 orang. Hari-hari makan besar, tapi still kena makan sopan sebab staff
dia tengok kami makan, tercegak jer kat pintu tue & telur dadar wajib ada
setiap menu tidak kirala waktu makan mana (muka macam telur da). Setiap
hidangan sayur sahaja lebih dari 5 jenis & Nasi dia pun banyak kanji, makan
sikit pun sudah kenyang ( kata kawan saya patutla kulit orang Cina cantik,
makan nasi yang banyak kanji rupanya )..apa-apa pun bersyukurla
Seterusnya, ke
SUMMER PALACE
walaupun di musim panas..suhu di sini
tetap dingin dan nyaman. Di sini juga menjadi tempat persinggahan Maharani Cixi
ketika musim bunga dan panas. Tasik disini time musim panas akan
ditumbuhi dengan pokok bunga teratai (cantik sangat ). Summer Palace ini
terletak di utara Beijing. Ia dikelilingi juga bukit yang namanya Longevity
Hill dan Tasik Kunming yang luasnya kira-kira 2.9 kilometer persegi. 3/4
kawasannya adalah tasik. Struktur bangunannya sangat cantik dan klasik.
Di belakang sana terdapat istana yang sangat cantik,tapi kami tidak berpeluang hendak pergi seberang sana kerana kesuntukan
masa.
Summer
Palace (Istana Musim Panas), pada zaman dahulu ia berfungsi sebagai istana singgah
bagi Maharaja-maharaja Dinasti Qing. Maharaja, Maharani dan gundik-gundik serta
keseluruhan rombongan akan pergi ke istana ini pada musim panas berikutan suhu
di Beijing sangat panas. Pada hari-hari biasa diorang tinggal kat Istana di
Forbidden City.
Satu
daripada ciri landskap utama istana ini ialah Tasik Kunming yang luasnya 2.2
kilometer persegi. Masa musim sejuk, tasik ini beku dan ia digunakan untuk aktiviti
luncur ais (bestnya tapi tak berpeluang pula... )
Next destination ke THE FRESH WATER PEARL CENTER ( Pusat MUtiara)
Sesi
teka-teki, Berapa biji Mutiara ada didalam (MasyaAllah, indahnya Cipta-Nya ) & mutiara nie terdapat banyak warna, ia berdasarkan kandungan kalsium +++ )
Tidak
terlepas juga untuk memborong alat perhiasan & Krim muka Mutiara, harganya
bolehla tahan (pilih-pilih jangan tak pilih..tempat first shopping, time nie
tak reti lagi nak tawar- menawar sebab tak tau lagi keadaan orang sini, masa
nie saya RUGI sebab kawan saya dapat lebih dari saya pada harga yang
sama...Kecewalaaa, tapi tak mengapa masih belajar..>< .)
Bersama Mr. liew
NEXT solat time.........
Masjid pertama yang kami lawati ialah Masjid Nue
Jie yang merupakan masjid tertua di Beijing dengan umur mencecah 1000 tahun.
Selepas berada sendiri di dalam masjid ini, apa yang dapat dilihat adalah seni
bina masjid ini mempunyai keunikan dan ia masih kukuh dan tak lapuk di telan
zaman. Di sekitar masjid nue Jie ini juga terdapat pekampungan muslim dan
pasaraya muslim (tapi setelah solat orang lain pergi ke pasaraya muslim, tapi saya berehat sahaja di masjid ini, melihat keindahan masjid dan sempat lagi bersembang dengan penduduk yang menjaga masjid ini ) . Letih seharian berjalan tapi rugila plak rasa tak masuk pasaraya muslim. Pasaraya muslim nie just menjual produk dijamin halal jer untuk orang islam disini dan pelanggannya kebanyakkan dari kalangan orang islam.
Alhamdulillah, dapat juga beribadat di sini >_<
sempat lagi, bermain bulu tangkis dengan penduduk setempat (sementara tunggu kawan yang lain bershopping di pasaraya muslim)
Next pergi tengok pertunjukkan arkrobatik
molek sangatla baru jer solat tadi selepas tue pergi tengok akrobatik plak...istighfar jerla masuk dalam
nie...hihi...sekejap tunduk sekejap tengok balik (jaga pandanganla
sangat kan)...nak kate hebat tak taula, teruja jer sebab boleh buat aksi yang saya
tak boleh buat (lentik sana, lentik sini ), ramai pula penonton yang tengok
sekali sampaikan tak cukup tempat duduk
Next,
sebelum balik hotel DINNER dulu ( sudah lapar nie )
Next BAlik Hotel
Jam 7.45 pm
sampai hotel ( aktiviti persendirian )
Selepas balik ingat nak rehat jer kat bilik tapi kawan-kawan plak ajak keluar.. mula teragak-agak juga nak join sebab jika di rumah my parent manalah benarkan keluar merayap nie malam-malam... lastly joinla juga tapi bukan merayap saja-sajala tapi pergi melihat, mendekati & buat researchla tentang kehidupan setempat. Tapi bila kami keluar tengok ustaz-ustaz aka my lacture terlebih dahulu dari kami, siap bershopping baju lagi...ish..ish..
Just tengok je, tak beli pun. buah kat atas tue pun ustaz Razi belanja ( best sungguh..hihi).Apabila memerhati kehidupan sekitar kebanyakkan mereka menghabiskan waktu malam mereka beramai-ramai tengok Tv yang dipancar screen pembesar di kedai + yang lelaki tak pakai baju (panas kot ).. disebelah hotel kami, ada pusat hiburan (karoke) + arak pun bersepah sekali, kami pandang jerla..pengalaman yang menakutkan semasa lintas jalanla, tahu-tahu jerla pemandu dia macam mana bawak punya kereta tahap kelajuan ( kami melintas jalan pun lintang pukang sekali ) & jam 10 malam di sini semua kedai sudah pun da nak tutup (awal betul)...walaubagaimanapun sedikit sebanyak memberi pengalaman yang sangat berharga kepada saya...
Sekian sahaja untuk hari ini
bersambung lagi di lain part....