Saturday, May 12, 2012

SKEMA



Assalamualaikum w.b.t....rajin plak nak update blog hari ini...Alhamdulillah, setelah selesai siapkan satu assignment writing, tiba-tiba hati memberontak supaya buat perkongsian jugak tentang SKEMA (Seminar Kesejahteraan Mahasiswa ) yang ku hadir pagi tadi, syukur tak terkata Allah masih izin juga saya menghadirkan diri ke majlis tersebut walaupun tak dapat mengikuti slot pertama ...yang sangat saya suka dapat juga saya bawa best friend syahirah berkenalan dengan sahabat saya yang lain...yerla, apabila kami bertemu terasa Auranya, rasa dekat jer dengan Allah, niela berukhwah kerana Allah, kemanisannya terserlah  kan...kuikuikui...


Yang penting sekali yang ingin dikongsikan disini adalah tentang isu-isu yang dibincangkan

 Apakah Misi Utama sebagai Mahasiswa....

Misi utama adalah untuk menjadi khalifah Allah dimuka bumi-Nya. Kita tak nak menjadi buih dilautan, apabila dipukul angin ia pecah. Jika iman kita tidak kuat , diri kita mudah terdedah dengan bahaya, mudah terpengaruh dengan suasana.

Perlu BERTUKAR

Dari  Mahasiswa dinamik Fantastik  ---> Mahasiswa Alim Mujahid

Apa maksud alim???

Alim ialah dimana perlu menguasai ilmu pengetahuan  (feqah,Arab, hadis, Akademik ). Kenapa seorang mahasiswa Alim mujahid perlu semua ini, kerana supaya diri kita teguh dalam akidah, tidak mudah tergugat dengan suasana universiti. Seterusnya diri kita perlu jernih dalam fikah iaitu kita perlu buat apa islam kata bukan ikut hati kita kata.

ciri-ciri Kehidupan Alim Mujahid :

1-    Belajar bahasa Arab
2-    Cemerlang dalam akademik
3-    Mahir dalam pengucapan awam
4-    Tunjuk Qudwah hasannah
5-    Pandai bahasa elektif (jepun, mandrin, china)
6-    Tersusun dan teratur dalam kehidupan
7-    Mendalami dalam ilmu-ilmu islam
j     
      Apa yang paling terkesan pada diri apabila panel : En.Nizam berkata Universiti Adalah "Rumah Penyembelihan " ... nak tau lebih lanjut  lawat blog nie ( http://asrul85.multiply.com/journal/item/46?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem )..
           
"Alangkah bertuahnya kepada mereka (mahasiswa) yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan." (kata-kata al-Maududi)
 
 Nasihat yang paling best saya dengar “ perlu kepada agenda untuk menjadi orang yang soleh & musleh dan mampu mengsolehkan orang lain juga ” makna disini tak perlu kita soleh sorang-sorang, tapi membawa juga sahabat kita menjadi orang yang soleh...biar sama-sama masuk syurga. Kerana apa saya sangat takut apabila saya ingin melangkah masuk ke pintu syurga, ada sahabat saya menuntut haknya kepadaKU kenapa tak habak kat dia pasal ini dan itu...huis  =_=”, susahla macam nie...........



“HATTA ENGKAU  TERJUN KE NERAKA, AKU TETAP TERJUN UNTUK MENGAMBILMU SEMULA KERANA AKU CINTAKAN ENGKAU KERANANYA, MAHU BERPIMPIN TANGAN KETIKA MASUK KE SYURGA SANA..BERUKHWAH SEHINGGA KE SYURGA “

*sorry tak dapat nak kongsi panjang-panjang kerana masa begitu terhad untuk berblog buat masa sementara ini.....

No comments:

Post a Comment