Thursday, November 10, 2011

•.♥.•Baraka Allahu •.♥.•

Assalamualaikum...
Setelah  terbaca buku solusi bertajuk " Mencipta SYURGA Rumah Tangga"...sedar tak sedar,hampir terlupa buatku akan tarikh keramat seorang sahabatku didunia dan diakhirat ini.. Alhamdulillah sahabatku dulunya berkenalan  di kem Jati Diri yang kini lebih dikenali JDK anjuran badan NGO ~ HALUAN~ kini selamat bergelar isteri orang. Begitu cantik tarikh dipilihnya ~ 11.11.2011~



Cinta Kerana Allah 
"Pasangan yang bernikah atas dasar aqidah akan mampu berdepan dengan apa jua cabaran, sama ada dalam bentuk kekurangan harta benda , pengesaran jiwa, perbezaan fikiran atau pertembungan emosi. Bukan tidak berkrisis, tetapi krisis itu mudah dibina dengan sama-sama meletakkan Allah sebagai kuasa Pengatur dalam apa jua aktiviti dan perancangan dalam rumah tangga"...moga dapat Mencipta SYURGA Rumah Tangga..kerna disitu Ada Cinta Tanpa Balasan dan Alasan........


Mabruk, ya ukhti, Sobiroh Sabry & suami...^_^ tahniah buat sahabatku..sangat manis dan comel di hari sangat bermakna dan istimewa..alhamdulillah..cepat masa berlalu..dah bergelar seorang isteri..semoga bait al-muslim yang dibina kekal dalam barakah Allah selalu...semoga menjadi isteri yang solehah yup,bercinta hingga ke syurga... •.♥.•Barakallahula kuma wabaraka 'alaikuma. wajama'a 'alaikuma fi khair •.♥.•



No comments:

Post a Comment