Ramadhan datang lagi
bersimpuh malu antara bulan mulia
dan aku menyahut cintamu
membersih noda dan dosa
aku lihat kau tersenyum berseri
memberi nikmat dan syafaat
terangmu membawa cahaya
dimalam suci menanam taqwa
menyubur jiwa
aku ingin tersenyum padamu, ya Ramadhan
terimalah senyuman tulus ikhlasku
moga hati ini dekat padaNya
Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran kita rafakkan ke hadrat Allah swt kerana kini kita makin menghampiri bulanNya yang terlalu istimewa, iaitu Bulan Ramadhan AlMubarak. Dalam beberapa hari saja lagi, seluruh umat Islam akan ‘berpesta’ menyambut kedatangan bulan mulia yang dinanti2kan saban tahun. Benar, kita belum tentu lagi dapat bersama dengannya kali ini, kerana ajal dan maut, tiada siapa yang mengetahui, kecuali Allah. Namun, Ramadhan tetap akan menjengah jua (insyaAllah), maka rugilah sesiapa yang belum bersedia menerimanya…
Dan tahun ini juga saya sangat bersyukur berpeluang berpuasa Full di rumah bersama-sama ayah & bonda tercinta,dapat solat terawih di masjid yang paling ku suka iaitu dimana lagi klu tidak di masjid putih, kuala terengganu..masjid nie terletak di tengah-tengah bandar KT..kenapa erk saya suka sangat dengan masjid nie...of course kerana iman dia besttttttt sangat2 ( iman mesir) bila dia mengimankan solat seolah-olah saya nie solat di MAkkah tau..dapat hayati surah yang dibaca terkadang tue menitik air mata ketika solat...agaknya terlalu menhayati bacaannya..tahun lepas langsung tidak berpeluang solat berjemaah nga iman mesir Alhamdulillah tahun ini Allah masih mengizinkan lagi...
Ayah : bulan ramadhan nie ayah kena iring iman palestinla, dalam 10 orang akan datang, pastu akan kena iringi diorang ke masjid yang ditetapkan..nie under HALUAN
si anak : alaaaaa...ayah orang baru tahun nie nak solat kat masjid putih tue jew..x nak da g masjid lain cz iman dia best sangat2...tolong la suruh orang lain jew wat keje ayah tue..please, tahun nie jew k
Ayah : okla..6t ayah tengok balik jadual dia macam mana
si anak : yes2..ayah cuba tau, orang harap sangat nie, rindu kat iman mesir nie..hehe... da la tahun lepas full puasa kat kedah..tahun nie klu boleh nak jugak..ayah cuba la yep ^^
*walaupun rumah dekat jew dengan masjid Kristal ( ada aircond, comel & ade iman mesir)..masjid putih tetap pilihan ku..kenapa???.,,hehe, jawabla sendiri
No comments:
Post a Comment