Tuesday, June 21, 2011

hatiku ♥ ♥ ♥

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.
Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?
Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.
Hati sentiasa bertanyakan kenapa?? tuhan x dengar doaku ka?kenapa doaku x kabulkan?kenapa &kenapa?
tapi pernahkah kita bertanya pada diri kita ape dah Allah bagi kat kita....
Tapi bila difikirkan Allah sudah pun kabulkan doa kita cuma cepat atau lambat..
yup diriku bersyukur...syukur sangat doaku masih didengar-Nya
Ingat lagi mase form 2 aku mintak nk...Alhamdulillah, aku dapat mase form 3 aku mintak nak nie.. hampir 3 tahun masih mengharap..Alhamdulillah ,sekarang Allah masih ingin menunaikannya malah bagi yang lebih baik...terima kasih tuhan ku    ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 




Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Dan Tuhan kamu berfirman:
Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.


No comments:

Post a Comment